"Kau dah jumpa ke dia ?" Soal Iffat di hujung talian.
"Belum" sepatah jawapannya diikuti dengan hembusan rokok.
"So ? Kau nak buat apa sekarang ?"
"Aku tetap akan cari dia sampai lubang kubur" jawab Darwish dingin.
Manakan tidak, perempuan itu boleh menghilangkan diri begitu saja tanpa khabar dan perkara ini sudah melanggar perjanjian antara mereka. Cari nahas !
"Tapi dah setahun pun Dar. Kau tak letih ke cari dia ?"
"Aku tak peduli berjuta tahun sekalipun. Dia dah langgar contract and aku nak dia tepati janji dia"
"Bro, this is not about agreement anymore. It is more about your feelings. Falling in love huh ?" Perli iffat. Bukan setahun dua dia mengenali jejaka yang menjadi idaman malaya itu. Semestinya sudah berpuluh tahun dan dia kenal luar dalam lelaki itu.
"Nonsense" darwish menidakkan dan kemudian putung rokok itu dicucuh dalam bekas rokok.
"Kalau kau nak tipu diri sendiri bolehlah, tapi dengan orang lain tak boleh. Bro, aku tahu apa kau dah buat dengan dia. Selalu lelaki ni, kalau dah dapat dia tak peduli pun dengan perempuan tu. Now tell me, kau dah dapat, apa lagi kau nak ?"
Darwish menguncikan mulut. Ya, dia sedang lari dari perasaan sendiri. Betullah, buat apa dia mengejar seseorang yang tak penting pun dalam hidupnya ? Buat apa dia mengejar sedangkan dia sudah dapat pun apa yang dia inginkan ?
Bukan soal perjanjian atau kontrak lagi. Ini soal lain. Tentang perkara yang tidak sesekali dia mahu wujudkan dalam hidupnya tetapi sudah pun terjadi.
"You don't even have an answer bro. So aku assume betul lah apa yang aku fikir"
"Takpelah. If you need helps, kau tahu nak cari aku kat mana kan ? Aku gerak dulu, papehal call jelah aku" sambung iffat lagi dan terus menutup panggilan.
Pandangan darwish jauh dibuang ke langit yang membiru. Sedang memikirkan mengapa perempuan itu harus meninggalkannya di saat dia memerlukan perempuan itu.
Bukan untuk memuaskan nafsunya lagi, tapi ke arah melengkapi hidupnya. Dia sendiri tidak sedar bila perasaan itu datang dan hadir dalam dirinya.
Yasmin Maisarah. Nama yang membuatkan dia gila bayang. Gila dengan setiap perkara yang ada pada diri perempuan itu. Tetapi dia ego, ego untuk mengakui segala-galanya. Dan dia sendiri tidak percaya yang perempuan itu akan melarikan dirinya setalah diberikan segala kemewahan.
"Kau memang mata duitan kan yasmin ?"
"Aku takkan lepaskan kau !" Darwish mengepal penumbuknya.
Masih ada lagi satu perjanjian yang yasmin harus tunaikan. Dan dia yakin yasmin terlupa ataupun perempuan itu sebenarnya tidak membaca sepenuhnya perjanjian yang dibuat.
Darwish mencapai telefon di atas meja dan menelefon pembantu peribadinya.
"Siapkan kereta. Ikut aku cari orang" arah darwish.
"Malam ni ke bos ?" Soal khai.
"Lepastu ? Kau nak tunggu tulat ke ?" Marah darwish.
"Ha.. ha okay boss. Otw otw" balas khai menggelabah. Terus ditutup panggilan telefonnya dan bersiap.
"Aduh mamat ni, aku nak layan movie pun tak senang" keluh khai.
Siapa je yang boleh melawan darwish eiman ? Tetapi dah nama pun boss, kalau diarah buat kerja pukul 3 pagi pun harus dituruti. Dan sebagai pembantu peribadinya, haruslah dia sentiasa bersiap sedia jika ada panggilan atau kerja secara tiba2. Mujur saja gaji tinggi, kalau tidak ? Kirim salam sajalah.
Darwish juga bersiap ala kadar. Mengenakan t-shirt putih kosong dan seluar jeans serta topi.
Sekeping fail dikeluarkan dari dalam almari meja. Ditilik dan dibaca semula berkali-kali tanpa jemu. Bibirnya tersenyum sinis.
"Kau ingat boleh lari dari aku lepas kau sedap joli duit aku ?" Bisiknya.
Fail itu kemudian dibawa sekali ke ruang tamu dan tangannya lincah mencari nombor seseorang.
"Dah jumpa ?"
"Bagi aku location. Aku nak gerak malam ni" arah darwish dan terus menutup telefonnya.
Dalam beberapa saat, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk dan terus dibuka tanpa menunggu lama. Dilihat lokasi yang diberikan dan akhirnya dia tersenyum puas.
"Got you honey" wajahnya tersenyum kemenangan. Setelah setahun, akhirnya dia dapat menjejaki perempuan itu. Pandai perempuan itu bersembunyi daripadanya tetapi sekarang, dia harus keluar dari tempat persembunyiannya.
Tiada masa lagi untuk bermain hide and seek. Darwish sudah jemu dan pastinya dia akan membuat hidup gadis itu sengsara selepas ini.
"Let's start the game honey"
*****
First baby. Enjoy and thank you sebab sudi baca 🫶🏼
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...