SD - 33

1.3K 70 4
                                    

Tubuh yasmin yang sedang membelakanginya, tipah rapati secara perlahan-lahan untuk memberikan kejutan pada wanita itu.

Terjengket-jengket kakinya mendekati yasmin yang sedang leka membersihkan halaman rumah dengan menyapu daun-daun kering yang berguguran.

"Bah !" Kejut tipah dengan jeritan kecil dan terus memeluk tubuh itu dengan tawa halus.

"Mak kau tercabut !" Latah gadis itu. Penyapu di tangan terlepas dari genggaman dan yasmin terus memegang dada sambil memejamkan mata kerana terkejut.

Sakit dada mak !

"Ish, tipah ! Janganlah buat macam tu, aku terkejut tahu tak !" Marah yasmin dan memusingkan tubuhnya bersama wajah yang masam mencuka.

Sempat tangannya memukul perlahan bahu tipah sebagai hukuman.

Wajahnya sengaja dicebikkan agar yasmin tidak terus-terusan berleter padanya. Seketika kemudian, tawa mereka bersatu dan memeluk antara satu sama lain dengan erat.

"Rindunya !" Luah tipah dengan nada gembira.

"Ingat kau sorang je ke ? Aku ni, lagi rindu tau. Tak tertanggung rasa nak gossip dengan kau" balas yasmin, tidak mahu kalah.

Kemudian, matanya memandang sekeliling. Seakan mencari sesuatu tetapi dia inginkan kepastian.

"Cari apa ? Irfan dekat warung tu ha" seloroh tipah, seperti mengerti dengan bahasa tubuh yasmin.

"Ish, takdelah. Aku bukan cari dia. Kau datang sini, tak kerja ke ?" Soal yasmin.

"Aku mintak nak keluar kejap dengan irfan untuk jumpa kau. Dia bagi je, sebab tu aku kat sini. Entahlah, bila sebut je nama kau tadi, bukan main lebar senyum dia. Rindu kot" usik tipah dengan mata yang dikecilkan ke arah yasmin.

Yasmin mencebik. Perkara yang lepas, tidak mahu lagi dia kenang. Cukuplah dirinya menumpukan pada kehidupan yang sedang berlangsung.

Saat ini pun sudah bercelaru, apatah lagi kalau difikirkan perkara yang sudah basi dan tidak mampu lagi dia selamatkan.

"Irfan tahu ke aku kat sini ?" Tanya yasmin sambil menuju ke tangga rumah, diikuti dengan tipah di belakang.

Mereka duduk santai sambil menghirup udara segar.

"Tahulah kalau dah aku mintak izin nak ke sini. Irfan ada ajak kau tadi pergi warung dia, borak-borak. Kau lama ke kat sini ?"

Yasmin hanya membuang pandangan ke jalan raya yang sentiasa kosong memandangkan rumahnya berada di hujung kampung.

Tiada jawapan yang tepat apabila ditanya berapa lama dia akan menyinggah di kampungnya sendiri. Silap-silap, yasmin akan menetap terus di situ untuk mengubati luka yang agak dalam.

"Kalau ada rasa nak balik, aku balik. Kalau takde, sini jelah tempat aku nak mengadu nasib" keluh yasmin.

Tipah menoleh dan memandang wajah sugul yasmin. Tidak seceria selalu dan agak berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Sebagai sahabat sejati, tipah sudah menjangkakan ada sesuatu yang berlaku pada yasmin dan menyebabkan gadis itu berada di kampung ini. Tetapi dia memilih untuk tidak bertanya kerana ingin membiarkan gadis itu meluahkan sendiri isi hatinya.

"Yasmin" panggil tipah lembut.

"Kau tahu kan, hukum keluar tanpa izin suami ?" Soal tipah.

Yasmin mengeluh sambil menguak rambutnya ke belakang.

"Asyik isteri je nak kena fikir dosa pahala. Habis tu suami ? Boleh buat apa-apa je yang dorang nak ke tanpa fikir pasal isteri ? Bosan" jawab yasmin.

Agak terkejut pada pendengaran tipah apabila kata-kata itu dilontarkan oleh gadis lembut seperti yasmin. Tidak melatah, tubuh itu dia dekati dan merangkul erat bahu yang sedang menahan tangisan.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now