Seperti waktu dahulu, apabila tiba waktu petang, pasti yasmin dan diana akan ke sawah bersama untuk menghirup udara segar. Tetapi kini, dia di sini tanpa peneman setianya. Hanya seorang diri yang membawa jiwa yang lara. Terasa kosong seperti selalu.
Khai ? Entahlah. Yasmin tidak mengambil tahu lagi tentang lelaki itu sebaik sahaja pulang ke rumah. Sesiapa yang ingin datang dan pergi selepas ini pun, dia sudah tidak peduli. Biar masa saja yang menentukan jalan kehidupannya.
Hatinya kecewa dan perasaannya seperti tiada nilai pada orang sekeliling. Apa yang dimahukan cuma seseorang yang dicintai datang memujuk dan membawanya pulang bersama. Tetapi adakah berlebihan permintaannya ?
Yasmin juga tidak tahu.
Tetapi apakan daya, hati seseorang tidak mampu dia pegang dan takluki jika takdir sudah tertulis bahawa mereka tidak akan kekal bersama.
Rambut yasmin beralun lembut dek angin yang meniup. Barangkali hujan akan turun memandangkan cuaca tampak mendung. Awan seakan mengerti dirinya yang sedang bersedih dan tanpa segan silu, air matanya berlinang kembali.
Kenangan sedang mengusik jiwa apabila terbayangkan figura diana di sisinya. Tempat di mana mereka meluahkan rasa rindu pada insan yang sudah tiada. Dan setiap kali air matanya mengalir, pasti dianalah yang menyeka sehingga kering.
Sekarang, siapa lagi yang akan memujuknya kalau bukan diri sendiri ? Rindu itu sunggu menyakitkan.
Tempatnya hanya sawah padi tetapi kenangan yang mereka cipta sangat luar biasa sehingga meninggalkan kesan dalam dirinya.
Dan saat ini, tanpa rasa lelah, air matanya mengalir ke pipi setiap kali bayangan diana bermain di minda.
Sebaik sahaja kedengaran suara seseorang berdehem di belakangnya, yasmin menyeka air mata tanpa menoleh.
"Abang tahu yas tengah marah lagi, tapi kita balik KL dulu ya yas ? Selesaikan masalah antara yas dengan dar dekat sana. Lagi berapa hari je dinner company darwish. Kalau yas takde, apa pulak kata orang nanti" cubaan memujuk buat kali kedua.
Khai yang sememangnya sudah letih kerana seharian dia tidur di dalam kereta sementara menunggu pagi untuk bertemu dengan yasmin. Tetapi akhirnya, digagahkan juga agar wanita yang sudah dianggap seperti seorang adik itu pulang semula ke bandar bersamanya.
Yasmin hanya tersenyum nipis. Dalam keadaan seperti ini pun, mereka lebih pentingkan majlis yang akan berlangsung. Baiklah.
"Abang jelah yang balik. Rumah yas memang dekat sini" kata yasmin kecewa.
"Tapi tempat yas bukan dekat sini. Yas tahu kan sepatutnya yas ada dekat mana sekarang ni ?" Soal khai pula, cuba bermain tarik tali.
Yasmin hanya mendiamkan diri.
"Tak baik yas buat suami macam tu. Suami ni ka...."
"Jadi, apa yang dia buat pada yas baik belaka lah ya ?" Potong yasmin.
"Untung jadi suami. Kalau dia menipu, isteri kena berfikiran baik. Kalau isteri yang buat salah, kena ceramah balik" perlinya dengan tawa sinis yang perlahan. Sakitnya sehingga ke ulu hati.
"Tak payahlah abang pening kepala soal kata-kata orang kalau yas takde nanti. Darwish mesti ada pengganti kan kalau yas takde nanti ? Suruh je dia pilih mana satu yang berkenan di hati"
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...