SD - 24

1.3K 33 2
                                    

Walaupun cutinya masih berbaki, darwish memilih untuk bertugas semula di pejabat kerana terlalu banyak urusan yang harus dia selesaikan sebelum membawa yasmin pergi bercuti.

Berat untuk melepaskan isterinya pergi tetapi jika tidak diselesaikan sekarang, pasti kerjanya akan bertambah. Darwish cuma mahukan percutian mereka nanti akan lancar tanpa diganggu oleh sesiapa.

"Aku janji, kita pergi honeymoon lepas kerja aku settle. Okay ?" Kata darwish sambil mengelus rambut isterinya dengan lembut.

Yasmin hanya tersenyum nipis sambil mengemaskan tali leher darwish.

Entah mengapa, dapat dia rasakan darwish semakin berubah dari semasa ke semasa. Tetapi hatinya sukar untuk menerima setiap kali kata2 darwin tempoh hari menyapa mindanya.

Buat masa sekarang, dilayani sahaja hatinya yang semakin berbunga apabila jejaka itu memperlakukannya persis seperti seorang isteri, bukan perempuan simpanan seperti dulu.

Sampai bila ? Dia tidak tahu. Tetapi pada saat ini, yasmin cuma mahu merasakan sekejap bagaimana perasaan dicintai meskipun rasa itu tidak wujud buatnya.

Tidak pernah terdetik dirinya akan menjalankan tugas sebagai seorang isteri pada seseorang yang dia kasihi sejak dulu. Seperti mimpi tetapi akhirnya menjadi nyata.

"Takpelah awak, saya tak kisah pun" jawab yasmin.

"Kau marah ?" Soal darwish sambil menjungkitkan keningnya.

Kepalanya digeleng laju. Tiada apa yang harus dia marahi kerana sejak sekian lama, sudah diketahui tentang tugasan darwish di pejabat bagaimana. Dan sejak dulu lagi, yasmin sudah diajar untuk memahami tentang pekerjaan suaminya yang kadangkala sibuk, dan ada masa sahaja dapat meluangkan masa bersama.

"Tapi saya nak keluar kejap lagi boleh ? Nak cari barang dapur" pinta yasmin setelah siap mengemaskan pakaian darwish yang tersarung di tubuh.

"Cium dulu" usik jejaka itu sambil menyuakan pipinya ke arah yasmin.

"Taknaklah, saya tak mandi lagi" yasmin menolak kasar sambil menjauhkan dirinya dari darwish.

"Kalau taknak, jangan haraplah dapat keluar" bahu dijungkitkan sambil menunjukkan riak yang tenang. Jam tangan di atas meja dicapai dan disarungkan pada pergelangan kanannya.

Terdiam sebentar yasmin kerana mindanya sentiasa mencerna dengan sikap baru darwish yang ditunjukkan padanya.

Jika dulu, pasti dia dimarahi jika menolak sesuatu permintaan. Tetapi sekarang, darwish cuba bertoleransi dengannya dalam sesuatu perkara. Adakah darwish sedang mengubah hidup mereka agar benar2 menjadi seperti pasangan di luar sana yang memerlukan antara satu sama lain ?

"Tapi kalau kau taknak, aku tetap nak cium kau" kata darwish dan memegang pipi yasmin. Lalu, digomol sepuasnya sehingga dia dapat melihat wajah kerimasan isterinya.

"Ish darwish !" Jeritan halusnya terbit di bibir apabila lelaki itu terus-terusan mencium seluruh wajahnya.

"Done ! Kau boleh keluar tapi dengan khai. Nanti aku suruh dia bawak kau" kata darwish dan berlalu ke ruang tamu.

"Tak boleh ke kalau saya pergi sendiri ? Asyik kena berteman je" keluh yasmin.

"Boleh"

Bersinar mata yasmin seketika tetapi kembali muram apabila kata2 darwish hanya menyakitkan hatinya.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now