"Kakak" seru diana perlahan sambil menatap wajah manis kakaknya itu.
"Ye sayang. Nak apa2 ke ?" Soal yasmin lembut dan meletakkan mangkuk bubur itu ketepi dan mengelus rambut adiknya penuh kasih sayang.
"Nak tanya boleh ?"
"Tanyalah" jawab yasmin dengan senyuman.
"Kita ni miskin, tak pernah ada duit yang cukup. Tapi diana pelik, macam mana kakak boleh bayar semua kos perubatan hospital ? Kakak kerja apa ?"
Diam seribu bahasa. Perlu ke dia menjawab pertanyaan adiknya itu ? Penting ke diana mengetahui pekerjaannya sekarang ?
"Ada orang tolong kakak ya ?" Soal diana lagi menunggu jawapan. Dilihat wajah kakaknya itu sepuas hati seolah-olah tidak dapat melihat lagi sosok itu kemudian hari.
Yasmin tersenyum kecil. Cuba memaniskan wajahnya yang sudah mula suram.
"Ada rezeki lebih, akak buat banyak kerja dalam satu masa. Akak nak diana tahu yang akak sayang sangat dekat diana, akak sanggup buat apa je asalkan diana sihat semula ya ?" Jawab yasmin cuba menyembunyikan sesuatu.
Diana mendongak memandang siling tanpa segaris senyuman.
"Entah boleh sihat ke tak kak, entah hidup lagi ke tak es..."
"Akak taknak dengar semua tu. Selagi akak ada kudrat, akak akan buat apa je supaya diana sihat semula" cantas yasmin apabila dia tahu apa yang bakal diucapkan oleh adiknya itu.
Setahun berlalu.....
Perbualan antara dia dengan adiknya tidak pernah terpadam dalam ingatan. Malah, dia sentiasa sematkan dalam fikirannya sebagai kenangan pahit dan menjadi salah satu tragedi hitam apabila selepas beberapa hari daripada perbualan itu, diana meninggalkannya buat selama-lamanya. Satu2 nya insan yang tinggal dalam hidupnya kini sudah kembali pada penciptanya.
Kini dan selamanya, hanya tinggal dirinya sebatang kera untuk meneruskan kehidupan yang tiada lagi seri dan bermakna.
"Yasmin, harini kita balik awallah. Macam nak hujan lebat je" kata irfan sambil memandang langit. Pelanggan juga sudah tiada, jadi lebih baik mereka berdua pulang. Kalau tak, habis basah dek hujan.
Suara irfan mematikan lamunan yasmin. Terjaga daripada dunia fantasi.
"Takpe ke bang ? Awal sangat ni nak tutup kedai" soal yasmin juga memandang langit yang mendung.
"Takpelah, sekali sekala. Abang pun ada hal ni, nak pegi pekan kejap"
Tanpa banyak bicara, yasmin hanya mengangguk dan mula mengemas.
"Yasmin nak tumpang abang tak ? Hujan dah turun ni" pelawa irfan selepas beberapa minit hujan mulai turun dengan lebat.
"Takpelah bang, yasmin ada payung. Yasmin jalan kaki je, rasanya boleh redah lagi ni"
"Harini abang bawak kereta, jom jelah. Nak takut apa, bukan naik motor pun" desak irfan lagi memandangkan cuaca sudah tidak mengizinkan dan jarak antara kedai dan rumah yasmin agak jauh.
"Takpe bang, yasmin okay. Jangan risaulah. Dah takde apa2 kan ? Yasmin balik dulu ya" pinta yasmin dan meminta diri untuk pulang.
Tanpa menoleh, yasmin terus membuka payung dan berjalan kaki dengan tenang.
Irfan menggeleng kepala perlahan. Takut benar orang kampung akan bercakap soal mereka memandangkan sama2 bujang. Tetapi bagi irfan, dia hanya mahu memudahkan gadis itu sahaja.
Yasmin berjalan dengan bersahaja walaupun hujan semakin lebat. Payung ada, jadi tiada masalah untuk dia berjalan seperti biasa. Tiada apa yang harus dikejar. Balik pun bukan ada siapa2 untuk dia berborak.
Sedang asyik berjalan, baju yang dipakai serta merta menjadi basah lencun dek kerana sebuah kereta dipandu laju dan melanggar lopak air.
"Kurang ajar betullah !" Yasmin mendengus. Terhenti langkahnya kerana terkedu dan semakin geram apabila melihat kereta itu tiada ura-ura untuk berhenti.
"Dasar budak bandar ! Datang tempat orang tak reti langsung nak beradab !" Marah yasmin sendiri apabila melihat kereta mewah itu.
Tanpa berlengah, yasmin mempercepatkan langkahnya kerana sudah tidak selesa dengan baju yang telah kotor itu.
"Dah sampai ke ?" Soal darwish dengan mata terpejam. Perjalanan yang memakan masa itu membuatkan dia letih walaupun tidak memandu.
Mana tidaknya, tak sempat nak berehat selepas balik kerja, terus dia ke lokasi yang diberikan oleh orang suruhannya semata-mata untuk mencari perempuan yang telah memungkiri janji.
"Dah tuan, tinggal nak cari rumah je" jawab khai sambil tekun memandang kiri kanan untuk mencari rumah seseorang.
Darwish mengangguk dengan mata yang dipejam rapat. Walaupun letih, tetapi tidak sabar rasanya untuk dia berjumpa dengan seseorang yang telah membuatkan separuh daripada hidupnya mati dan tidak bernyawa.
Selama dia hidup, tidak pernah ada mana2 gadis yang mampu membuatkan dia rasa seperti sekarang. Tetapi dia ? Yasmin maisarah. Gadis itu harus bertanggungjawab dan membayar ganti rugi dengan cara yang dia mahukan.
Darwish membuka matanya dan tersenyum sinis sambil memandang ke luar tingkap. Gadis ? Tidak layak manusia begitu dipanggil gadis. Pastinya dia akan buat manusia itu balik padanya dan sujud padanya. Jika tidak, akan menjadi gelap gelita hidup manusia itu dia lakukan.
"Boss. Kalau ikut location, rumah dia yang tepi ni" kata khai pada darwish sambil memberhentikan kereta di tepi jalan.
Darwish memandang pada rumah yang ditunjuk dan dia pasti rumah itu milik yasmin maisarah. Nampak usang tetapi di halaman rumah tampak bersih seperti dijaga rapi walaupun dalam keadaan hujan.
'Setiap bulan aku bagi duit, takkan kau duduk rumah macam ni ?' Desis hati darwish seakan-akan tidak percaya perempuan itu menetap di situ.
Tetapi berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang suruhannya, rumah yang ditunjuk oleh khai itu sudah sama seperti dalam gambar.
"Kau park kereta ni jauh sikit. Kalau boleh orang tak nampak pun lagi bagus. Lepastu kau tunggu sampai aku call" arah darwish dan tanpa berlengah dia keluar dari kereta dan terus menuju ke rumah itu sambil memerhati sekelilingnya agar tiada siapa yang melihat. Topi dan jacket yang dipakai juga diperkemaskan lagi sambil kaki laju menapak.
"Tapi boss...." tidak sempat khai berbicara, majikannya itu sudah keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat.
"Aduh, mana pulak aku nak park kereta dekat kawasan sempit macam ni" keluh khai sambil memandang kawasan itu. Kepala yang tidak gatal digaru tanda sedang berfikir.
Rumah yang berada di hujung kampung itu membuatkan dia buntu untuk mencari tempat. Ditambah pula dengan hujan serta jalan yang banyak dengan lubang membuatkan dia sukar untuk memarkir kereta itu.
Tanpa berlengah, khai berusaha jugak untuk mencari kawasan yang agak sunyi dan gelap agar dapat menyembunyikan kereta itu.
*****
Kita publish 2 chapter terus okay. Kalau enjoy, jangan segan nak komen tau untuk kita update next chapter ! 🫶🏼
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...