Setelah apa yang terjadi di antara darwin dan yasmin, wanita itu memilih untuk berdiam diri dan berkurung di dalam bilik.
Siap sahaja makan malam bersama darwish dan puan linda, balkoni bilik menjadi tempat untuk dia menenangkan hati yang sedang lara.
Meskipun fikirannya bercelaru dengan memikirkan kata2 yang dilontarkan oleh darwin pagi tadi, jiwanya tenteram sedikit apabila figura itu tidak kelihatan.
Lututnya dipeluk erat sambil menongkat dagu dan memandang langit yang dihiasi dengan cahaya bintang.
Matanya mula berlinangan dan membayangkan kehidupan lamanya semasa di kampung yang penuh dengan keamanan.
Alangkah indah, jika dirinya sekarang berada di tempat asal dan hanya menumpukan pada kehidupan yang sederhana tanpa sesiapa.
Matanya dipejam.
"Kakak...."
"Rindu"
Air mata mengalir sejurus yasmin membisikkan kata2 rindu pada langit dan berharap perasaannya itu dapat disampaikan kepada insan yang sudah tiada di dunia ini.
"Kau kan pelacur dia"
Kata2 darwin sentiasa bermain dalam fikirannya dan akan disematkan ke dalam hati sehingga akhir hayat.
Yasmin sentiasa berasa kotor dan jijik, kerana itu dia memilih untuk menjauhkan diri dari masyarakat.
Tetapi, bukankah dia manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan ? Mengapa orang di sekelilingnya harus menghina di saat dia dalam fasa melupakan kisah silamnya ?
Yasmin hampir terlupa bahawa manusia sentiasa menghukum meskipun dosanya pada pencipta, tetapi dia cuba menerima kerana menganggap perkara yang terjadi adalah kifarah buat dirinya.
Tangisannya menjadi semakin kuat dan ditutup mulutnya agar tidak mengeluarkan sebarang esakan.
Tanpa disedari, tubuhnya dipandang sayu oleh suaminya yang sudah memasuki ke dalam bilik dan melihat keadaan yasmin yang sedang memikirkan nasib.
Tangan mula dikepal menjadi penumbuk apabila teringatkan perkara yang diberitahu oleh hud dan juga iffat selepas sarapan tadi sebelum mereka pulang ke pejabat.
POV
"Taknak balik ke ? Aku nak tidur ni" halau darwish sambil menghembuskan rokok ke udara setelah siap bersarapan dan mereka memilih untuk duduk di laman rumah bersama-sama.
"Nak tidur ke, nak continue project yang tergendala ?" Usik iffat dengan mata yang sengaja dikecilkan ke arah darwish.
"Ignore him. I have something to talk with you" celah hud apabila iffat sejak tadi mengusik darwish tidak henti.
Bukan darwish sahaja yang rimas, dia yang melihat pun rasa lelah dengan usikan iffat yang seperti tiada hari esok untuk berjenaka.
"Serious or kau nak main2 ? Kalau nak buat lawak bodoh macam iffat, aku malas nak layan"
Hud berdecit.
"Come on bro. Muka aku ni dah cukup serious whenever i said, i have something important to say. Banyak lagi kerja aku selain daripada menceriakan hidup orang walaupun tak diminta macam mamat sekor ni" marah hud sambil menjeling ke arah iffat.
Iffat hanya menjulingkan matanya ke atas, tidak menghiraukan pada rakan yang sedang memarahinya ketika ini.
Darwish mencebik.
"Fine, i''m sorry. Aku dah letih dengan member kau sorang ni. Nanti balik, jangan lupa kutip dia. So, what's the important thing that you wanna share with me ?" Soal darwish sambil menjungkitkan keningnya.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...