Selepas beberapa hari, darwish memilih untuk bekerja dari rumah kerana ingin mencari peluang untuk menjernihkan keadaan antara dia dan yasmin. Tambahan pula, cuti kahwinnya masih panjang dan ingin meluangkan sedikit masa bersama isteri tercinta.
Mata masih terpejam dan sukar untuk dibuka kerana beberapa hari dia mengerah tenaga untuk menyiapkan segala kerja yang tertangguh.
Tangannya cuba untuk mendapatkan yasmin di sebelah tetapi ternyata kosong.
Darwish terus membuka matanya dan mencari gadis itu di segenap ruang bilik tidur mereka tetapi masih tiada.
Dengan rambut yang kusut, darwish keluar dari bilik dan memanggil nama yasmin.
"Yasmin ?" Serunya sambil membuka pintu bilik lama yasmin yang sudah dijadikan sebagai closet.
Kosong.
Dicari lagi tubuh itu dalam tandas, tetap sama. Balkoni juga tiada. Dadanya mula berdebar dan berfikir bahawa isterinya sudah lari meninggalkan dia sendirian.
"Baby. Kau kat mana ni ? Aku panggil, jawablah" seru darwish lagi dengan resah. Berharap dapat menemukan yasmin.
Telinganya mula menangkap bunyi berdenting dari arah dapur dan kakinya terus melangkah.
Hembusan lega terbit dari bibir nipisnya apabila melihatkan figura yang dicari sedang tekun memasak sehingga tidak sedar dengan kehadirannya.
Lega, tetapi liurnya ditelan kesat apabila melihat tubuh yasmin hanya tersarung dengan baju tidur satin yang pernah dibeli suatu ketika dahulu buat gadis itu.
Tidak sedarkah yasmin apabila menyarungkan pakaian tersebut ? Sedangkan malam tadi gadis itu hanya memakai kain batik dan t-shirt seperti biasa.
Sengaja atau memang sengaja isterinya menguji keimanan yang senipis bawang pada pagi yang segar ini ?
Darwish berdehem. Cuba mengawal diri agar tidak menyentuh yasmin tetapi pada saat ini, benar2 tergugat rasanya.
Tengkuk digosok perlahan sambil mendekati yasmin.
"Buat apa tu ?" Soal darwish.
Terkejut dengan kehadiran darwish secara tiba2, yasmin pantas menoleh dan menyembunyikan segala barangan yang tidak menjadi.
"Dar.... Darwish" gugup. Tidak menyangka bahawa lelaki itu terbangun dari lena awal dari jangkaannya.
Dipandang kiri dan kanan seperti mencari sesuatu sedangkan dia takut jika dimarahi oleh darwish kerana telah mengotorkan dapur.
"Kau masak apa pagi2 buta ni ?" Tegur darwish dan merapati tubuh yasmin untuk melihat apa yang disembunyikan.
Yasmin menahan dada darwish agar tidak terus merapat.
"Takde apa2. Saya...."
"Saya test je, sorry" kata yasmin sambil memandang wajah darwish.
Sesaat dua, pandangan mereka bersatu. Akhirnya, tawa darwish terletus. Lucu apabila melihat tepung yang melekat di kedua belah pipi yasmin.
Belum lagi dengan baju dan tangan yang melekit dek kerana tepung. Darwish menggelengkan kepala perlahan, entah apa yang dilakukan isterinya.
Yasmin bermain dengan jari jemarinya sendiri sambil menunduk.
"Kau buat apa sebenarnya ni ?" Soal darwish sekali lagi.
"Saya...."
"Saya nak buat....." yasmin mendongakkan kepala memandang darwish sekilas.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
Lãng mạnMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...