SD - 12

1.6K 45 1
                                    

"Today, awak dah boleh discharged. Nothing serious, cuma demam biasa je. But after this, please take care of yourself" pesan doktor lelaki itu kepada yasmin sambil melihat darwish yang berdiri tegak mendengar dengan tekun.

"Your wife ?" Soal doktor kepada darwish.

"Yeah" dengan bersahaja, lelaki itu menjawab tanpa memandang ke arah yasmin.

"She got gastric, so jaga makan minum dia okay ?" Kata doktor itu lagi kepada darwish.

"Sure doc" kepala diangguk.

"Kalau dah takde apa2, saya keluar dulu ya" pinta doktor itu lantas meninggalkan darwish dan yasmin di dalam wad tersebut.

Darwish menunduk sedikit tanda terima kasih dan juga hormat. Rasa lega menerpa di hatinya apabila mendengar keputusan darah yasmin dan tidak sabar untuk membawa wanita itu pulang bersamanya.

"Pack barang2 kau, lepastu ambik apa yang patut dekat rumah. Malam ni kita balik KL" arah darwish sambil berpeluk tubuh.

"Taknak" balas yasmin sepatah tanpa memandang wajah itu.

"Apa yang taknak ?" Keningnya berkerut.

"Balik KL"

Darwish berdecit sambil memandang tubuh kurus yang sedang duduk di birai katil itu.

"Kau nak lawan aku lagi ke yasmin ?" Soal darwish dingin. Tiada masa untuk bergaduh lagi. Yang dia tahu, yasmin harus mengikutinya dan takkan terlepas lagi dari genggamannya.

Yasmin mengeluh tipis.

"Saya nak selesaikan apa yang patut dekat sini sebelum pindah KL" pinta yasmin dan berharap agar darwish dapat bertoleransi dengannya.

"Apa yang kau nak selesaikan ? Hal dengan scandal kau ke ?" Perli darwish.

Yasmin menguak rambutnya ke belakang. Cuba bersabar menghadapi lelaki yang sentiasa kalah dengan egonya sendiri.

Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus.

"Saya nak ziarah kubur adik saya, nak jumpa tipah for the last time and of course, saya kena jumpa irfan jugak untuk bagitahu yang saya tak boleh kerja dengan dia lagi"

"Saya tak boleh tinggalkan macam tu je darwish" kata yasmin sambil memandang figura tegap itu.

Darwish tersenyum sinis. Apa yang dikatakan oleh yasmin hanya alasan semata-mata baginya. Dia mendengar semua luahan lelaki tempoh hari pada wanita itu dan dia menganggap, yasmin juga mempunyai perasaan yang sama.

"Warung cabuk je pun. Takkan nak kena hantar surat resign 24 hour kot" kata darwish lagi.

"Warung cabuk tulah tempat saya cari rezeki. Kalau takde warung cabuk tu, tak hidup agaknya saya ni. Boleh tak awak jangan pandang rendah ?" Marah yasmin.

"Then, salah aku ke kalau kau mati kelaparan sebab tak kerja ? Silap kau sendiri sebab lari dari aku. Kalau tak, cukup je makan pakai kau. Dari atas sampai bawah barang branded, makan pun sedap2" jawab darwish tidak mahu mengalah.

Yasmin mendengus dan terus bangkit dari duduknya.

"Agaknya, sampai mati awak nak mengungkit kan darwish ? Tak letih ke ?"

"Tak. Sebab cara macam tu je boleh buatkan kau sedar kesalahan kau" darwish membalas pandangan yasmin yang tajam tanpa rasa serba salah.

"Kalau macam tu, pergi ungkit dekat kubur saya sampai awak puas kalau esok lusa saya mati !" Yasmin menjeling tajam.

Darwish melangkah beberapa tapak untuk mendekati sedikit tubuh kecil itu.

"Banyak dah ke amal kau sampai cakap soal mati ? Mati ni, kalau boleh bawak amalan sekali. Takkan kau nak bawak dosa kau ?"

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now