SD - 25

1.3K 42 4
                                    

Segala barangan yang dibeli, diletakkan ke atas meja dapur. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus dengan mata terpejam untuk menenangkan diri dari gelora jiwa yang tidak henti sejak bertemu dengan irfan semula.

Keluhan berat mula terlepas dari bibirnya tanpa sedar.

Tubir mata yang mula basah membuatkan yasmin tersedar dari lamunannya.

Kecewa ? Tidak, dia bukan kecewa. Tetapi dia merasakan bahawa irfan mampu mendapatkan seseorang yang lebih baik dari aina.

Yasmin sedih kerana irfan dianggap seperti seorang abang padanya. Jadi, dia sentiasa mengharapkan jejaka itu memiliki suri hati yang baik dan mampu menjaganya dari atas sehingga ke bawah.

Hatinya, hanya buat si dia. Dari dulu sehingga kini, perasaannya tidak berubah sama sekali dan tidak pernah terlintas untuk menyimpan rasa buat irfan.

Tetapi mengapa aina ? Apa yang sudah terjadi sebenarnya di antara mereka sehingga irfan harus terikat pada suatu hubungan yang tidak dia mahukan sama sekali ?

Sedang leka berkhayal, dia mula terjaga dari mimpi apabila pintu dibuka dari luar. Dengan pantas, yasmin mengelap matanya yang basah agar tidak ditangkap oleh suaminya.

"A... awal balik ? Saya tak siap masak lagi, baru lepas beli barang dapur dengan abang khai" gugup yasmin berbicara apabila darwish memandangnya dengan tajam.

Selangkah demi selangkah, tubuhnya merapati yasmin yang sedang berdiri tegak sambil bermain dengan jari jemarinya. Resah, mungkin.

Sejurus mendapat khabar daripada khai, dia terus pulang dan keluar dari pejabat walaupun belum masuk tengahhari.

Seperti biasa, wajah yang dingin cuba menatap segenap wajah bersih isterinya.

"Menangis ?" Sepatah soalan darwish dengan renungan helang.

"Ma... mana ada" tipu yasmin.

"Kau tak pandai menipu. Tak perlu aku ulang sejuta kali kan ?" Balas darwish.

Terasa kesat liurnya di kerongkong. Sah, pasti khai sudah memberitahu apa yang terjadi tadi.

"Aku bagi pilihan untuk kau cerita balik apa yang dah jadi. Atau, kau tahu akibat dia kan ?"

Yasmin menunduk. Cuba memikirkan cara yang terbaik untuk memberitahu darwish agar lelaki itu tidak menuduh mahupun salah faham terhadap dirinya.

Sudah hilang sifat lembut yang ditunjukkan oleh suaminya pagi tadi. Mengapa begitu cepat lelaki itu berubah sedangkan baru saja dia merasai suatu benda beterbangan di hati ?

"Aku tanya yasmin" keras nadanya.

Yasmin mendongak dan mencari sepasang mata coklat milik darwish untuk memberitahu tentang kejujurannya melalui pandangan redupnya.

"Sa... saya...."

"Ta.... Tadi..."

Gugup. Terasa bergetar tubuhnya saat ini.

"Saya dengan dia..."

"Cuma..."

Mati katanya apabila dengan tiba-tiba, darwish menolak kasar segala perhiasan di atas meja dapur. Mujur saja barangan yang dibeli tadi tidak dicampak oleh lelaki itu.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now