Tanpa berlengah, darwish memasukkan bagasi mereka ke dalam bonet sambil matanya melilau mencari kereta darwin di perkarangan tetapi tidak kelihatan.
"Win tak balik lagi ?" Soal darwish pada puan linda.
Kepala digeleng lemah. Terasa berat untuk melepaskan anak dan menantunya pergi tetapi dia harus menerima bahawa darwish sudah mempunyai kehidupannya sendiri.
Darwish hanya tersenyum nipis apabila melihat wajah sugul ibunya.
"Takpelah, esok2 dia baliklah tu" pujuknya sambil mengusap belakang badan puan linda lembut.
"Bukan pasal tu, sekarang ni soal dar. Baru je berapa hari dekat sini, dah nak balik" kata puan linda perlahan sambil menghembuskan nafas berat.
"Errr...." Darwish menggarukan kepala yang tidak gatal. Dijangkakan puan linda kesedihan disebabkan darwin, rupanya kerana dia.
Dijeling tubuh yasmin yang berdiri di sebelah puan linda. Wajah itu juga menunjukkan reaksi serba salah tetapi apa yang dia boleh lakukan ? Semua ini kebaikan buat mereka.
Jika darwin tidak melakukan apa2, pasti mereka dapat meluangkan masa bersama ketika ini.
"Okay, macam ni. Kalau dar free, dar bawak yas jumpa mama. Ataupun mama jelah tinggal dengan dar, daripada duduk sorang2" kata darwish, cuba memberi cadangan.
Yasmin di sebelah mengangguk dengan bibir yang tersenyum manis.
Puan linda menekup kedua pipi darwish dan membelainya seolah-olah anaknya itu masih kecil.
"Dar, awak tu dah kahwin. Mama taknak ganggu privacy anak dan menantu mama. Lagipun, rumah ni je yang tinggal untuk mama jaga sebagai kenangan dengan arwah papa" jawabnya lembut.
Rindu mula terbit di hatinya apabila puan linda menyebut tentang arwah bapanya.
"Papa..."
Mata puan linda direnung dengan sayu.
"I miss him so much" bisik darwish perlahan.
"Me too" jawab puan linda sambil tersenyum.
"Dar selalu bayangkan kalau papa masih hi...."
"Cukup doakan untuk papa bila kita rindu pada dia. Tak baik kita kenang sampai mengharapkan pada orang yang dah takde" pesan puan linda sambil mengusap kedua bahu anaknya agar terus bersabar.
Hubungan yang erat antara suami dan anak sulungnya membuatkan darwish hilang arah seketika apabila dato hassan meninggalkan mereka sekeluarga akibat serangan jantung.
Walaupun puan linda sendiri dalam fasa menerima takdir pemergian suaminya, darwish tetap disalurkan kekuatan kerana anaknya seperti hilang arah apabila ditinggalkan oleh dato hassan.
Dipeluk erat tubuh darwish sebagai pemergian anak dan menantunya itu.
"Kalau nak balik, balik je bila2 masa dar nak. Rumah ni sentiasa terbuka untuk dar dan yasmin. Jangan risaukan mama. Kalau ada apa2 mama akan call dan dar pun kena janji untuk bawak yasmin ke sini. Bosanlah mama kalau takde kawan nak gossip" seloroh puan linda sambil ketawa halus.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...