SD - 8

1.7K 49 3
                                    

Tiba sahaja darwish di pejabat, dia terus membuka laptop dan menyelesaikan semua kerja yang tertunggak. Interkom ditekan dan disambungkan kepada darina, personal assistantnya.

"Darina, khai ada kat luar lagi tak ? Suruh dia masuk jap" kata darwish.

"Ada boss. Tengah makan kuaci, nanti saya suruh dia masuk ya" balas darina, sengaja mengenakan khai.

Dijeling saja tubuh tinggi itu yang sedang bertenggek di mejanya sambil makan kuaci dengan berselera.

Darwish menutup interkom sambil menggeleng. Terlalu banyak masa yang terluang, jadi dia akan berikan kerja "khas" buat khai supaya masanya terisi.

"Ishh, kenapa cakap. Kau ni" marah khai sambil membaling sebiji kuaci ke arah darina.

"Padan muka, pergi masuk. Boss panggil tu" lidah dijelir.

Tangan khai dikibas agar bersih dari segala kekotoran dan sebelum memasuki pejabat majikannya, pintu diketuk terlebih dahulu.

"Sedap makan kuaci ?" Perli darwish sambil memandang sekilas pembantu peribadinya dengan pandangan yang tajam.

Khai hanya tersenyum janggal sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Aku nak kau pergi rumah yasmin, tengok dia kat sana" arah darwish sambil jarinya lincah menekan kekunci laptop.

"Boss nak saya stay sana berapa hari ?"

"Kau stay dalam 3-4 hari. Lepas kerja aku settle, kau ambik aku"

"Okay boss. By now ke boss nak saya gerak ?"

Darwish mengerling ke arah jam tangannya.

"Sekaranglah. Kalau ada apa2, call aku terus"

Khai mengangguk dan bersedia untuk berlalu.

"One more thing...." Langkah khai terhenti apabila darwish tidak habis memberikan pesanannya lagi.

"Kau jangan cuba2 nak menggatal dengan yasmin. Siap kau aku kerjakan nanti" amaran keras buat khai.

Memang tiada hubungan antara khai dan yasmin tetapi kemesraan yang terjalin antara mereka sememangnya boleh dilihat oleh mata kasar darwish.

Kadangkala dia tertanya, mengapa yasmin tidak boleh mencipta situasi seperti itu apabila bersamanya ? Darwish tahu jawapan kepada persoalannya tetapi seperti biasa, ego mengatasi segala-galanya.

Khai hanya tergelak mendengar amaran darwish.

"Boss, agak2 lah. Saya ni nak hidup lama tau. Kalau saya adjust yasmin tu, agaknya tak bertanda kubur saya boss kerjakan" jawab khai tenang sambil ketawa kecil.

Darwish hanya mendiamkan diri. Takut perasaannya dapat dihidu oleh khai.

"Don't worry. Yasmin tu ibarat amanah dari boss untuk saya and i will keep a secret about your feelings toward her"

Liur ditelan kesat.

"Kau tahu ke ?" Soal darwish.

"Mestilah saya tahu. Saya kerja dengan boss bertahun dah. Setakat benda kecil macam tu, apalah sangat"

Darwish berpeluk tubuh sambil bersandar malas di kerusi pejabatnya.

"Kau rasa dia tahu ?" Darwish cuba meminta pendapat daripada khai.

Sejujurnya, mereka bukan sahaja seperti pekerja dan majikan tetapi hubungan mereka lebih kepada sahabat. Saling memerlukan dan mereka sentiasa berada ketika salah seorang memerlukan bantuan. Khai juga bukan sahaja pembantu peribadinya tetapi sudah dianggap sebahagian daripada keluarganya.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now