SD - 37

925 49 2
                                    

Setelah puas memujuk darwish, akhirnya yasmin mendapat keizinan daripada lelaki itu untuk ke warung irfan untuk bertemu dengan tipah sebelum pulang ke bandar.

"Kalau kau main mata dengan jantan tu, esok jugak aku bagi triple kembar dalam perut kau. Ingat tu !" Ugut darwish apabila mendengarkan permintaan yasmin padanya. Hati yang tenang, terus bertukar kepada membara.

Bibirnya hanya tersenyum. Geli hati melihat sikap darwish yang sentiasa mencemburui lelaki yang berkenalan dan mendekati dirinya.

"Tak adalah awak. Saya nak jumpa tipah je sebelum balik ke KL. Lepasni tak tahu dah bila lagi boleh berjumpa" pujuk yasmin lembut.

Darwish menjeling tajam. Telinga dan hatinya panas apabila yasmin memintanya untuk dibawa ke sini meskipun tiada niat untuk bertemu dengan jejaka itu. Terasa mahu pulang terus tanpa perlu menyinggah tetapi ditahan api cemburunya.

Selepas sahaja menziarahi kubur diana dan ibu bapa mertuanya, mereka terus ke warung irfan kerana ingin menjemput tipah sekaligus untuk hadir ke majlis makan malam syarikat darwish jika berkelapangan.

"Fine. Cepat sikit, aku tunggu sini" kata darwish tanpa memandang isterinya.

"Awak marah saya ke ?" Soal yasmin sambil melihat wajah cemberut suaminya dengan senyuman.

"Tak" balasnya sepatah.

"Kalau awak tak marah, cium sikit" usik yasmin sambil mendekatkan wajahnya dengan bibir yang dimuncungkan sedikit.

Dengan perasaan geram, darwish menoleh dan terus memagut bibir yasmin dengan kasar. Dicium rakus dan tidak dilepaskan walau sesaat kerana ingin meluahkan rasa cemburunya melalui perbuatan.

Apabila hampir kehilangan nafas, yasmin menolak dada tegap suaminya itu agar menjauh. Berona merah wajahnya menahan malu. Mujur sahaja kereta darwish gelap dan mereka tidak kelihatan, kalau tidak ? Tontonan percuma buat orang-orang di luar dengan aksi mereka.

"Aw... awak ! Saya gurau jelah !" Marah yasmin sambil memukul bahu darwish perlahan.

"Aku takde masa nak bergurau. Kau nak main-main, tunggu balik rumah. Ke nak dekat belakang ni ? Kereta aku ni luas kalau kau nak pun" balas darwish bersahaja dengan wajah yang dingin memandang yasmin.

Sudahlah marah, ditambah pula dengan gurauan manja isterinya. Imannya dicabar, memang mendapatlah bibir merah yang memanggil-manggilnya itu.

Yasmin berdehem.

"Yelah, saya mintak maaf. Saya pergi sekejap, kalau lambat nanti awak call saya" pinta yasmin dan terus berlalu dengan segera tanpa berlengah lagi.

Hilang saja tubuh kecil itu dari pandangan, bibirnya tersungging senyum. Entah bila perasaan malu itu akan hilang dalam diri yasmin.

Seperti pagi tadi, bangun tidur pun yasmin masih malu apabila dicium dan memanggilnya dengan panggilan manja.

Yasmin, yasmin. Kepalanya digeleng. Ketika ini dan harapnya sehingga akhir hayat, dia tidak terdetik untuk melepaskan gadis itu.

Dengan langkah yang pantas, yasmin terus mencari kelibat tipah di belakang warung untuk mencari memandangkan sahabatnya itu tiada di hadapam.

Apabila kelihatan sosok tubuh yang tinggi itu berada di sinki sedang membelakanginya, yasmin mendekat secara perlahan-lahan untuk memberikan kejutan pada gadis itu.

"Bah !!!!"

"Oh mak kau aku nak kahwin !" Latah tipah dengan pinggan plastik yang terpelanting keluar dari sinki.

Ketawa besar yasmin melihatnya dan membantu mengutip semula perkakas yang terjatuh dan diletakkan ke sinki semula untuk dibasuh.

Tangan tipah menampar sediri mulutnya. Haihlah latifah !

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now