SD - 14 (M)

2.3K 43 2
                                    

Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam setengah membuatkan darwish agak kelaparan memandangkan mereka tidak berhenti di mana2 perhentian.

Darwish memakirkan keretanya di tempat kosong berhadapan dengan restoran yang dipilih untuk mengisi perutnya.

"Jom, makan dulu" ajak darwish sambil menutup enjin kereta.

"Dekat sini ke ?" Soal yasmin teragak-agak sambil melihat sekeliling. Kawasan yang dipenuhi dengan restoran mewah dan dipandang pula tubuhnya sekejap.

Dia hanya mengenakan pakaian yang sederhana. Manakala darwish ? Sudah tentulah lelaki itu sentiasa segak dan kemas, jauh beza dengan dirinya.

"Lepastu ? Kat mana lagi ?" Soal darwish sambil memandang sekelilingnya juga.

"Takde kedai lain ke ? Kedai tepi jalan pun saya okay je" jawab yasmin.

"Kau okay, aku tak" balas darwish.

Yasmin terdiam. Dia tahu citarasa darwish dan dia juga tahu yang lelaki itu sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Jadi, pemilihan kedai agak cerewet buat jejaka itu.

"Hm tapi saya pakai macam ni je darwish, malulah" kata yasmin sambil memandang tubuhnya sekali lagi. Darwish juga turut melihat pakaian yang disarungkan dan baginya tiada apa yang buruk selagi mana dipakai oleh yasmin.

"Okay je. Nak pergi makan je pun, bukan nak pergi mall" balas darwish.

Baju baggy dan juga seluar jeans, tidaklah terlalu buruk kan ? Di matanya, yasmin kelihatan lebih comel jika memakai begini.

"Taknaklah. Saya malu, baju saya biasa2 je ni"

"Kau nak malu apa sebenarnya ? Pakaian kau ? Ke...."

Tubuh itu dipandang dari atas hingga ke bawah dengan senyuman gatal.

"Size kau tu sama je dari dulu sampai sekarang. Nothing different, unless kau pakai baju size xs mungkin nampaklah ukuran kau berapa" kata darwish tanpa berlapik.

Yasmin menjeling dan terus berpeluk tubuh daripada dipandang oleh lelaki itu.

"Awak makan soranglah, saya tak lapar. Saya tunggu dalam kereta je" marah yasmin walaupun perutnya berbunyi sejak pagi tadi kerana dia tidak sempat untuk menjamah sebarang makanan.

"Jangan mengada. Turun sekarang sebelum aku dukung kau masuk dalam restoran" ugut darwish.

"Taknak" jawab yasmin berani. Dia tetap dengan pendiriannya dan berkeras di tempat duduknya.

Darwish tidak membalas. Malah, dia turun dari kereta dan terus membuka pintu penumpang yang diduduki oleh yasmin.

Tanpa kata, tangan kirinya menyauk ke celah peha yasmin dan sebelah kanan lagi memegang bahu wanita itu erat.

"Ehh, awak buat apa ni darwish ?" Soal yasmin menggelabah dan tangannya serta merta dipautkan ke leher darwish tetapi badannya tetap dikeraskan agar tidak digendong oleh lelaki itu.

"Nak angkut kau masuk dalam restoran. Aku lapar ni, jangan cari pasal masa2 ni. Tak nasi, telinga kau aku kunyah nanti" bisik darwish perlahan dengan wajah mereka yang hampir dekat.

"O... okay okay. Turunkan saya dulu. Orang nampaklah !" Marah yasmin dengan suara yang perlahan tetapi tegas.

Darwish melepaskan pelukannya pada yasmin dan memberi ruang pada gadis itu agar dapat keluar dari keretanya.

"Kalau dengar je cakap aku dari tadi kan boleh. Ni tak, nak kena ugut dulu baru nak ikut arahan" bebel darwish sambil menggelengkan kepala.

Yasmin hanya mendiamkan diri, tidak mahu lagi berbahas. Sudahnya, dia juga akan kalah dan lelaki itu akan sentiasa menang.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now