SD - 18

1.4K 35 0
                                    

Sepanjang persiapan, wajahnya langsung tidak dihiasi dengan senyuman mahupun sebarang reaksi. Dari awal sehinggalah ke penghujung, langsung tiada kata2 yang dikeluarkan dari bibir itu.

Nak menangis ? Tiada guna lagi. Keluar air mata darah sekalipun, hal yang tidak mahu terjadi bakal berlangsung dalam beberapa minit lagi.

Kecuali jika sesuatu terjadi, mungkin saja perkahwinan ini tidak akan berlangsung.

"Cubalah senyum sikit yas. Gaya macam kena paksa kahwin dah aku tengok" tegur tipah apabila melihat wajah muram itu sejak tadi.

"Memang pun" katanya perlahan.

"Apa dia ? Tak dengar ?" Soal tipah apabila suara itu kedengaran sayup2 sahaja di telinga.

Yasmin menggeleng laju. Dilihat wajah yang sudah siap disolek dan memandang ke tubuh yang disarungkan dengan busana pernikahannya.

Dirinya tampak lain tetapi langsung tidak dihiraukan kerana apa yang lebih penting ketika ini, perasaannya. Hati yang sudah mati terasa tidak mampu untuk meneruskan lagi.

"Haih kau ni, harini hari penting dalam hidup kau tau. Sepatutnya muka tu berseri-seri, bukannya masam kelat. Kan semalam kita dah practice nak senyum ?" Keluh tipah sambil menggeleng kepalanya.

Yasmin mengangguk perlahan.

"Sini" bahu yasmin dipegang erat dan dihadapkan di hadapannya.

"Kau nampak cantik sangat bila pakai tudung yas. So, senyum !" Kata tipah dengan semangat.

Yasmin tersenyum nipis. Senyuman buat tipah meskipun bibirnya tidak mampu untuk mengukir.

Aneh, tiada rasa untuk mengalirkan air mata. Tidak tahu sama ada dia sudah benar2 mati rasa ataupun imun dengan perasaan sedihnya.

"Assalamualaikum. Sorry ganggu, pengantin dah siap ?" Soal puan linda lembut di muka pintu sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

Tipah dan yasmin berpaling serentak.

"Dah aunty. Nak ke masjid dah ? Tipah turun dululah, nanti aunty bawakkan yasmin ya ?" Pinta tipah, sengaja memberikan ruang pada dua beranak ini.

Puan linda hanya mengangguk. Jika diikutkan memang dia ingin berduaan sebentar bersama yasmin. Terlalu banyak perkara yang ingin dia kongsikan tetapi masa sangat suntuk. Jadi, dia hanya mahu menyampaikan beberapa perkara yang penting sahaja pada wanita itu.

"Hai si cantik" tegur puan linda dan mengambil tempat di birai katil berdekatan dengan tempat duduk yasmin.

Malu dibuatnya apabila puan linda sering memujinya. Bahkan, dia sentiasa berasa antara mereka berdua ibarat langit dan bumi yang sangat jauh kedudukannya.

Tetapi apabila di sisi wanita itu, yasmin sentiasa merasakan dirinya seperti seorang permaisuri kerana sering mendapat layanan yang istimewa.

Dagu yasmin disentuh dan diusap lembut. Ditatap wajah bersih itu dengan penuh kasih sayang.

"Takde apa yang mama mampu ucapkan selain daripada terima kasih"

"Terima kasih sebab sudi terima anak mama yang banyak kekurangan. Doa mama untuk anak dan menantu, semoga bahagia dunia dan akhirat"

"Mama taknak mintak apa2 daripada yasmin, cukup tolong jagakan harta mama yang sorang tu dan bagi kasih sayang yasmin sepenuhnya pada dia"

Tangan yasmin digenggam erat dan dicium sekilas.

"Boleh ?" Soal puan linda, berharap pada seorang wanita yang bakal menghuni isi hati anak terunanya.

Entah kenapa, ucapan dan permintaan puan linda menyentuh hatinya. Sangat besar kasih sayang seorang ibu kepada anak dan yasmin sendiri tidak tahu dirinya mampu untuk melunaskan permintaan itu atau tidak.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now