Khai menemani yasmin sehingga ke dalam butik sahaja dan meminta diri untuk beredar kerana harus menyelesaikan tugas yang diberikan oleh darwish.
"Abang pergi dulu, yas jangan pergi mana2 eh ? Nanti darwish sampai dalam 5 minit lagi" pesan khai sambil mengerling ke arah jam tangannya.
Yasmin berpeluk tubuh sambil mencebik bibirnya.
"Duduk diam2" kepala yasmin diusap apabila tiada balasan dari wanita itu dan terus meninggalkannya.
Dimuncungkan lagi bibirnya apabila ditinggalkan sendirian. Tidak ubah seperti anak yang dibuang dan harus pandai berdikari untuk melangsungkan kehidupan.
"Cik yasmin ?" Tegur seorang pekerja di butik dari arah belakang.
Kepalanya ditoleh dan menunduk sedikit sambil tersenyum.
"Saya" balas yasmin.
Gadis itu tersenyum.
"Boleh panggil saya lisa. Harini, saya akan assist cik ya ? Kita pergi belakang jom, try baju" kata lisa dan mengiring yasmin untuk ke bilik persalinan.
Tiada arah, langkah gadis itu diikuti oleh yasmin.
"Tunggu sini sekejap ya, saya ambilkan baju" yasmin hanya mengangguk saja.
Matanya diliarkan pada seluruh kawasan butik. Nampak mewah dan baju yang dipamerkan juga kelihatan mahal dengan reka bentuk yang sangat cantik.
Seketika kemudian, lisa membawa sepasang baju lelaki dan perempuan, lalu disuakan pada yasmin.
"Ni baju cik, yang ni encik darwish punya" tunjuk lisa pada sepasang baju melayu berwarna putih dan digantungkan di dalam bilik persalinan.
"Kita dah jahit baju cik ikut sizing yang puan linda bagi. Supposedly muat lah dekat badan tapi kalau tak okay, kita alter balik ya ?"
Yasmin hanya mengangguk dan bajunya bertukar tangan. Mindanya ligat memikirkan bagaimana ukuran badannya dapat dianggarkan oleh puan linda.
Tetapi dibiarkan saja, dia malas mahu memikirkan perkara yang remeh temeh.
Yasmin memasuki ke sebuah bilik persalinan dan menyarungkan sepasang baju kurung yang simple pada pandangannya tetapi tampak mewah kerana menggunakan kain satin yang mahal.
Setelah siap, badannya dilihat pada arah cermin yang memantulkan seluruh tubuhnya.
Bibirnya tersenyum nipis. Sempurna !
Bajunya terletak elok dan sangat sesuai dengan tubuh langsingnya. Tidak terlalu kecil mahupun besar. Kemudian, dia meragakan sedikit pakaian di tubuhnya dengan memusingkan badannya hadapan cermin.
"Lawa" bisik yasmin perlahan sambil menatap dalam dirinya. Terserlah kecantikannya dengan busana yang telah dipilih.
Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir ke pipi.
"Kalaulah...." Perkara yang paling menyakitkan adalah membayangi hari yang penting dalam hidupnya, tiada seorang pun yang menemani.
Alangkah indah jika semua yang dia sayangi, dapat berkumpul dan bersatu pada hari pernikahannya. Menjadi saksi semasa diakadkan oleh ahli keluarganya, adalah suatu perkara yang tidak akan berlaku sama sekali.
Diseka laju tubir mata yang mula basah. Sudah berjanji agar tidak menitiskan air mata lagi untuk terus kuat meskipun yasmin tahu yang dia sedang lemah.
"Sorry ganggu, dah ke ?" Lisa menyelak langsir dan melihat ke tubuh yasmin dari atas sehingga ke bawah.
"Wow ! Cantiknya !" Bersinar mata lisa apabila merasakan berpuas hati dengan air tangannya.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...