Andai sahaja jika mereka di hutan, bunyi cengkerik pasti memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Yasmin kekal dengan menunduk sambil bermain dengan jari jemarinya sendiri. Manakala irfan, sesekali memandang wajah polos yang sentiasa membayangi hidupnya.
"Yas taknak cakap apa2 dengan abang ?" Soal irfan memecahkan hening.
Kepala yasmin digeleng perlahan.
Apa lagi yang harus dia katakan ? Jalan selamat adalah berdiam diri dan hanya menjawab jika ada persoalan.
"Atau ada apa2 yang yas nak bagitahu ?" Duga irfan.
Kepalanya digeleng lagi.
"Abang perlu tahu apa2 ke ?" Irfan masih mencuba dan tidak berputus asa tetapi jawapan wanita itu membuatkan dirinya kecewa.
Bibirnya mengeluh tipis tetapi tetap mengukir senyuman buat wanita yang disayangi meskipun pahit dan tawar.
"Abang tahu yas tengah tak sihat tapi boleh abang tanya sesuatu ?" Tanya irfan setelah hampir sejam dia menahan diri untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang akan dia anjurkan pada yasmin.
"Apa dia ?" Balas yasmin sambil membalas pandangan irfan terhadapnya.
"Yas tahu perasaan abang pada yas ?"
Yasmin tidak menggeleng mahupun mengangguk. Dia tahu, tetapi dia tetap memilih untuk merendah diri kerana masih tidak percaya cinta irfan buatnya, bukan pada orang lain.
Bibirnya tidak lepas dari keluhan sejak tadi. Yasmin maisarah, gadis ini benar2 menguji cintanya yang tulus.
"Kalaulah abang mampu tunjukkan macam mana membaranya cinta abang pada yas...."
Tidak mampu ayat itu diteruskan. Risau jika yasmin takut dan menjauhkan diri daripadanya selepas ini.
"Abang sayangkan yas sejak dulu. Macam2 abang buat supaya yas nampak semua tu dan terima cinta abang yang betul2 ikhlas untuk yas sorang"
Yasmin mula menunduk lemah, tidak mampu bertembung mata dengan irfan.
"Walaupun yas tinggalkan kampung selama 2 tahun, abang tetapkan hati ni untuk terus tunggu yas sebab abang percaya jodoh kita kuat" irfan menunduk.
Terasa mahu menitik saja air mata apabila cintanya langsung tidak dipandang oleh wanita yang benar2 dia kasihi.
"Abang dah simpan niat untuk halalkan yas tapi apa daya abang...."
Irfan kembali mendongak sambil tersenyum nipis.
"Abang doakan semoga yas bahagia dengan orang yang yas pilih"
Mulut yang terkunci rapat sejak tadi seolah-olah tidak berdaya lagi untuk mengeluarkan suaranya.
"Mungkin orang yang ada dalam hati yas lebih sempurna dari abang atau seseorang yang mampu untuk menyempurnakan hidup yas" kata irfan lagi.
Yasmin terus mendongak memandang irfan. Tidak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki di hadapannya ini.
"Ya.. yas tak faham" kata yasmin dengan kening yang mula berkerut.
Kecewa. Benar2 hatinya kecewa kerana dalam keadaan begini pun, yasmin masih tidak mahu memberitahu perkara sebenar padanya.
"Abang terima yas. Tak perlu sorok apa2 lagi daripada abang lepas ni"
Yasmin menunjukkan telapak tangannya pada irfan.
"Kejap, yas betul tak faham ni. Abang cakap pasal apa sekarang ?" Soal yasmin. Dia benar2 tidak mengerti.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...