SD - 21

1.7K 37 0
                                    

Jam loceng yang berbunyi mengejutkan yasmin dari lena. Telefon dicapai dan dia terus bangun dari baringnya apabila jam menunjukkan pukul 6 pagi.

Bilik air dituju untuk membersihkan diri dan melakukan rutin hariannya seperti biasa. Sosok darwish yang sedang lena di sofa, tidak dia hiraukan. Selepas kejadian malam semalam, yasmin terus memakai baju dan melelapkan mata sebaik sahaja suaminya masuk ke dalam tandas.

Tubuhnya dibawa ke dapur tetapi disebabkan tiada sesiapa di ruangan tersebut, yasmin membawa diri ke laman dan menghirup udara segar.

Dia memejamkan mata buat seketika untuk melupakan segala masalah yang sedang melanda dirinya.

Bibirnya tersenyum kelat sambil memandang langit yang sedang membiru. Kehidupannya berubah seratus peratus setelah menjadi isteri darwish yang sah dan bukan ini yang dia mahukan. Tetapi sampai bila harus dia menyalahkan takdir dan menidakkan perasaan sebenarnya ?

Apa yang sedang dia usahakan sekarang adalah, mempercayai bahawa semua yang terjadi pasti ada hikmah dan bakal memberikan kemanisan di penghujung cerita. Andai suatu hari nanti darwish benar2 akan melepaskannya seperti yang dipinta, dia harus terima walau bukan itu yang dia mahukan hakikatnya.

Dibiarkan hatinya berbicara sendiri kerana lelah memikirkan perkara yang tidak pasti dan tidak dapat dia jangkakan apa yang akan terjadi kemudian hari.

Tangannya mengambil batang paip dan mula menjirus pokok bunga yang ditanam oleh puan linda.

Tanpa sedar, ada sepasang mata yang memerhati dirinya dari atas dengan senyuman bahagia yang cuba dia sembunyikan.

Bahagia ? Semestinya. Kerana dia telah memiliki apa yang dia mahukan meskipun bukan keseluruhan. Cukup figura yang sudah lama dia idamkan sudah menjadi haknya dan akan dia pastikan bahawa hati, jiwa dan raga gadis itu juga akan menjadi miliknya seorang.

Wajah yang redup menjadi dingin serta merta apabila melihat darwin cuba mendekati isterinya.

Tangannya dikepal menahan amarah dan cemburu yang sedang membuak.

"Hi pretty" tegur darwin sambil memandang tubuh yasmin atas bawah sebelum gadis itu berpaling kepadanya.

Apabila fikirannya terlalu kotor, yasmin yang memakai kain batik dan t-shirt biasa pun dapat dia imaginasikan setiap lekuk tubuh itu dan membuatkan dirinya mempunyai rancangan jahat terhadap gadis ini.

Yasmin hanya tersenyum janggal apabila melihat pandangan darwin padanya.

"Cantik cuaca pagi ni. Macam you" ayat manis yang sentiasa dia lontarkan pada mana2 gadis untuk memancing umpannya.

Yasmin memilih untuk berdiam diri dan menyambung kerjanya tanpa kata.

Hatinya berharap agar dapat melepaskan diri dari figura yang dia tidak selesa sejak di masjid lagi. Disebabkan percakapan darwin terlalu terbuka, yasmin memilih untuk menjauhkan diri meskipun dianggap sombong.

Hendak diceritakan pada darwish tetapi mereka sendiri tidak sekepala, inikan pula ingin mengadu domba.

"Sombongnya. I nak ajak borak je, bukan buat apa pun" kata darwin sambil cuba mengelus pinggang yasmin.

Tindakan drastik lelaki itu memgejutkan yasmin dan tubuhnya terus bergerak menjauhkan diri.

"Aw... awak nak apa darwin ?" Gugup yasmin dibuatnya. Berharap agar darwish masih belum sedar dari lenanya.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now