SD - 27

1.1K 41 1
                                    

Dari tadi yasmin tidak bergerak dan matanya hanya tertumpu pada skrin telefon. Sedikit resah dan agak menganggu fikirannya ketika ini apabila menerima pesanan daripada darwish.

"Tadi kata nak keluar. Bila dah dapat, sibuk main telefon pulak" tegur khai akhirnya apabila yasmin seolah-olah tidak senang duduk hampir 20 minit.

Seperti tidak diendahkan, khai meniup kuat wajah yasmin yang tidak bekerdip sejak tadi bagi mematikan lamunan gadis itu.

"Huh ?" Terpinga-pinga yasmin dibuatnya sambil memandang lelaki di hadapannya.

"Kenapa abang ?"

Khai menggeleng kepala. Sudah dijangka bahawa yasmin berada dalam dunia sendiri.

"Yasmin kenapa ? Ada masalah ke ? Tadi kata nak keluar, ni sibuk main phone. Kalau macam tu baik yas balik je" kata khai, tidak marah tetapi lebih kepada menegur.

Intonasinya juga lembut sahaja kerana tidak mahu yasmin berkecil hati dengannya.

"Tak....." pandangan yasmin masih pada skrin telefonnya. Akhirnya bibir itu mengeluh tipis.

"Darwish...." Sepatah yang dikatakan dan mendiamkan diri semula.

"Kenapa dengan dia ? Tak sihat ke ? Abang tengok dar tadi okay je"

"Ke...." Kening dijungkitkan dengan senyuman mengusik.

"Yas rindu dia ?"

Yasmin mencebik, meskipun benar telahan yang dibuat oleh khai. Eh ?

"Merepek" balas yasmin sepatah.

"Darwish bagitahu ada dinner hujung minggu ni" kata yasmin, cuba mengalihkan topik tentang perasaan kerana bukan keutamaan pada waktu begini.

Khai juga cuba mengikut rentak yasmin.

"Ohh, pasal dinner ke ? Setiap tahun pun ada cuma maybe this year lain sikit kot sebab dar dah kahwin kan" balas khai sambil menjungkitkan bahu.

"So, mungkin dar nak yas prepare lah kot sebab nanti dia nak kenalkan pada staff and client since yang datang masa nikah haritu cuma kenalan rapat" beritahunya lagi.

Kopi yang masih hangat disisip perlahan sambil mata memerhati tingkah yasmin yang seolah-olah tidak suka tentang perkara yang dibualkan sekarang.

"Kenapa ? Yas tak selesa ?" Duga khai.

Perlahan-lahan kepalanya diangguk.

"Bukanlah tak selesa, mungkin tak biasa ? Macam mana kalau orang tahu background yasmin ? Buat malu darwish je nanti" soal yasmin.

Bermacam-macam andaian yang dibuat ketika ini kerana dia tahu, darwish mempunyai nama yang agak besar dalam dunia perniagaan.

Jadi, dia tidak mahu memalukan suaminya kerana memperisterikan seorang gadis kampung yang hidupnya hanya sederhana sahaja.

Selayaknya, darwish bersama dengan wanita yang sama taraf dengannya dari segi kekayaan mahupun pendidikan.

"Dar cakap dia malu ke ada isteri macam yas ?"

"Takdelah dia cakap macam tu, tapi...."

"Sometimes kan....." potong khai.

"Kita kena positive sikit dalam hidup ni. Negative tu pun penting jugak tapi tengok keadaan"

"Kalau yas asyik fikir negative pasal darwish, itulah yang yas dapat. Faham ?" Kata khai sambil merenung tepat pada wajah yasmin.

Tubir matanya mula basah apabila ditegur oleh jejaka itu. Dia cuma sedar posisinya di mana, kerana itu yasmin sering merasakan dirinya tidak layak berada di sisi darwish.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now