Suhu badan yang agak tinggi kerana demam panas menyebabkan yasmin ditahan di hospital untuk beberapa hari.
Tanpa menunggu lama, khai terus menelefon darwish untuk memberitahu keadaan yasmin kini. Lelaki itu juga tidak menghiraukan permintaan yasmin agar tidak memberitahu majikannya tentang keberadaan dan situasinya.
"Mesti sebab kena hujan haritu. Kalau tak, macam mana boleh kena demam panas ? Aku dah kata banyak kali. Haih" keluh darwish di hujung talian sambil memicit dahinya.
Khabar yang disampaikan oleh khai membuatkan dia tidak senang duduk dan ingin segera ke kuala selangor untuk mendapatkan wanita itu.
"Macam mana dia sekarang ?" Soal darwish.
"Hm macam tulah boss. Saya tanya doc tadi, dia cakap nak ambil sample darah. Nak check either demam biasa atau denggi. So far, dorang drip dulu sebab dehydrate" beritahu khai.
"Dehydrate ? Dia tak makan ke ? Minum pun ?" Dahi darwish berkerut.
"Kalau dah dehydrate, tak jamah apa2 lah kot" khai hanya menjungkitkan bahu. Memandangkan baru sebentar tadi bertemu dengan yasmin, lelaki itu sendiri tidak tahu keadaan yasmin sebelum ini.
"Aku otw" kata darwish pantas.
"Nak saya ambik ?"
"No need. Aku drive sendiri"
"Okay boss. Anything, just call me"
Darwish mematikan talian. Bibirnya berdecit dan kepala digeleng perlahan. Baru berapa hari meninggalkan yasmin, sudah terjadi bermacam perkara. Pantas saja hatinya sentiasa terdetik untuk menelefon wanita itu tetapi ditahan dulu kerana ingin memberi ruang.
"Macam mana aku nak berjauhan kalau kau macam ni yasmin" bisiknya perlahan sambil memejamkan mata dengan tangan yang ditongkatkan ke dahi.
Tanpa berlengah, darwish ke pejabat iffat di tingkat bawah dan meminjam keretanya memandangkan khai memandu audinya dan tiada kereta lebihan yang disimpan di syarikatnya.
"Nak pergi mana bro ?" Soal iffat apabila melihat darwish seperti tergesa-gesa.
"Somewhere" jawab darwish sepatah.
Kemudian, darwish memaling semula ke arah iffat meninggalkan pesanan.
"Nanti inform darina, aku cuti 2 weeks terus. Anything suruh dia refer kau atau hud"
"Asal kau tak inform dia masa keluar bilik tadi ?" Soal iffat pelik.
"Tak sempat" jawab darwish selamba dan terus pergi.
"Macam2 lah mamat ni"
Iffat hanya menggeleng saja. Mujur saja boss, boleh kemana sahaja yang dia mahu. Kalau pekerja ? Sudah kena pecat agaknya.
Khai setia menunggu di luar menanti perkhabaran dari doktor walaupun dia diizinkan untuk masuk ke dalam wad.
"Assalamualaikum" salam diberi dan lelaki itu memalingkan wajah untuk melihat gerangan yang memberi salam kepadanya.
"Waalaikumusalam" jawab khai sambil tersenyum nipis memandang sosok yang sama dia lihat di rumah yasmin sebentar tadi.
"Tak sempat nak kenalkan diri dekat rumah yas tadi. Saya tipah, kawan yasmin. Yang ni, irfan. Majikan kami" tipah memperkenalkan dirinya pada khai sekaligus dengan irfan memandangkan mereka berdua ke hospital bersama untuk melawat yasmin.
Irfan dan khai saling berjabat tangan tanda salam perkenalan.
Kelihatan tenang, tetapi di dalam hati hanya tuhan saja tahu. Tidak senang duduk sejak tadi apabila tipah menceritakan padanya ada seorang lelaki yang membawa yasmin ke hospital dan irfan cuba berfikiran positif bahawa antara mereka tiada hubungan lebih dari seorang abang dan adik.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...