SD - 39

762 27 5
                                    

Pagi-pagi lagi darwish sudah keluar ke pejabat untuk menyelesaikan urusan yang tergendala. Lebih-lebih lagi tinggal sehari sahaja sebelum majlis syarikatnya berlangsung.

Walaupun berat untuk meninggalkan yasmin tinggal di rumah ibunya disebabkan kejadian yang berlaku, dia percaya bahawa darwin tidak akan pulang selagi mana mereka berada di situ.

Jadi, tinggallah yasmin bersama puan linda.

"Buat sementara waktu, tipah bermalam dekat rumah khai dululah. Nanti nak balik, aku suruh dia hantar sampai ke kampung. So, tipah takpayah balik naik bas dah. Kau okay ?" Soal darwish sambil bersiap.

Tangannya terhenti daripada terus mengemas katil dan berfikir sejenak.

"Kalau tipah tumpang rumah abang khai, dia nak tidur mana nanti ?" Soalnya polos.

Darwish menjungkitkan bahu.

"Dia dah besar, pandai-pandailah hidup. Paling kurang....."

Darwish buat-buat berfikir.

"Bustop belambak. Dia boleh pilih station mana yang selesa untuk tidur" sambung darwish tanpa riak.

"Janganlah macam tu awak. Kesian abang khai. Kalau kita tempahkan hotel untuk dia tak boleh ke untuk sementara waktu ?"

Darwish mula menumpukan perhatian sepenuhnya pada yasmin. Dahinya berkerut seribu sambil bercekak pinggang. Ini sudah lain !

"Kalau pasal mamat sorang tu, kemain betul kau caring pasal dia kan sampai nak book hotel bagai. Biarlah dia fikir sendiri nak tidur mana, bukan masalah aku. Lagipun dia ada duit, gaji yang aku bayar tu cukup untuk sara hidup dia termasuk...."

"Okay-okay. Saya mintak maaf ya ? Pagi-pagi tak elok tau marah-marah, rezeki tak masuk" cantas yasmin dengan pantas dan mendapatkan suaminya. Kalau dibiarkan ni, boleh berdarah telinganya.

Darwish sekarang semakin sensitif apabila dia bercakap soal lelaki lain meskipun yang dikenali. Mulalah angin satu badan ! Darwish, darwish.

Yasmin menghadiahkan senyuman nipis sambil membantu darwish memperbetulkan kemeja yang dipakai.

"Bukan soal caring atau duit. Saya takut saya menyusahkan abang khai sebab tipah kan kawan saya ? Sepatutnya saya yang sediakan tempat untuk tipah, tapi ni tak. Abang khai pula kena fikir mana dia nak bermalam semua. Saya mintak maaf kalau berlebihan" kata yasmin lembut, menjelaskan apa yang bermain di minda agar tidak disalah erti oleh darwish.

Pinggang darwish dipeluk sekejap dan melabuhkan satu ciuman pada dada yang berbalut baju itu. Kurang-kurang, dapat melegakan sedikit rasa panas di hati.

Darwish hanya kaku dan menoleh ke arah lain. Merajuk !

"Awak cemburu ?"

"Eh taklah ! Aku sukaaa sangat bila kau cakap pasal lelaki lain dengan aku. Yelah, isteri aku ni baik hati, pemurah dan penyayang. Aku kenalah faham dengan sikap dia tu kan ?!" Perli darwish dengan nada yang sengaja ditekankan.

Mula-mula agak tercengang, tetapi akhirnya tawa yasmin terhambur. Lucu mendengar omelan darwish yang tak henti.

Pipi darwish dicubit.

"Comelnya suami saya ni ! Saya suka tengok awak cemburu, rasa disayangi betul !" Balas yasmin sambil menggeselkan hidungnya sedikit pada dagu darwish.

Bahu yasmin ditolak lembut agar tubuh itu menjauh darinya. Saat ini, dia mahu jual mahal agar yasmin tahu yang dia sedang merajuk. Tetapi saat ini sajalah sebab dia harus bekerja, malam nanti dia akan membuat perhitungan !

"Dahlah, malas layan kau. Pergilah tanya abang kesayangan kau tu dah makan ke belum. Kot dia gastrik ke, nanti susah pula hati tu" perlinya lagi sambil menuju ke pintu sebaik sahaja mengambil kot di gantungan.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now