Malam yang dinanti-nantikan oleh darwish telah pun tiba. Di mana malam yang akan dia perkenalkan seorang wanita pada khalayak ramai agar semua orang tahu tentang statusnya saat ini.
Tiada apa yang dia pinta, cuma berharap agar majlis pada malam ini akan berlangsung dengan baik tanpa gangguan daripada sesiapa.
Tetapi meskipun begitu, hatinya tetapa resah gelisah apabila memikirkan tentang perbualannya bersama hud dan iffat semasa di pejabat sebelum pulang ke rumah.
"For tomorrow, just be careful okay ? Sebab aku dapat info yang sebenarnya qaisara memang dah lama cari kau. Cuma kalini dia berani datang ke office sebelum betul-betul munculkan diri semula depan kau. Dan aku tak rasa mustahil pun untuk that girl datang majlis syarikat tanpa undangan" kata hud, sekadar mengingatkan.
"Soal pengawal tu, tak boleh nak buat apa pun. Dorang memang akan ada dekat luar tu sentiasa but expect less okay ?" Tambah iffat sambil melirik ke arah darwish yang kelihatan bercelaru.
Memikirkan tentang kisah silam membuatkan dadanya rasa sesak.
Darwish mendengus kasar. Perkara yang tak sepatutnya dia fikirkan tetapi mindanya harus dikerah juga untuk bekerja agar gadis itu tidak membuat sebarang gangguan ketika majlis berlangsung.
"Kau kata dia dah lama cari aku. Maksudnya, news pasal dia ke luar negara tu tak betul lah ? Bukan ke dato' idris tu taknak bela perempuan tu sebab dah tahu kegiatan dia ?" Soal darwish pada hud.
Bahunya dijungkit.
"Nak taknak, tu amanah yang parents qaisara tinggalkan pada dato' idris. Suka atau tak, dia takde choice selain daripada kutip perempuan tu semula. Well, you know dato' idris macam mana kan ?" Kata hud.
"Untuk yang news tu, sebenarnya dia tak keluar negara pun. Kau ingat banyak sangat ke duit haram dia untuk stay luar dari malaysia ? Kalau setakat nak bercuti, lepaslah. Lagipun informer aku ada bagitahu, dia cari kau sebab nak selesaikan benda yang tak sudah" celah iffat.
"So, ada baiknya jugak kan kalau dia munculkan diri dan kau selesaikan apa yang patut. Kalau tak, sampai bila nak macam ni ?"
"Silap-silap, kita boleh korek rahsia lebih dalam lagi daripada dia tentang aktiviti darwin. Kan ?" Tambah hud sambil bermain dengan pelipisnya.
Darwish menggeleng perlahan. Terasa sakit otaknya memikirkan perkara yang tidak penting pun dalam hidupnya.
"Ergh ! Serabutlah aku macam ni !" Tangannya dihentak ke meja dengan kuat sebelum bangun dan menuju ke arah tingkap.
"Nak taknak, aku kena hadap si gila tu jugak. Dato' idris tu business partner dalam syarikat ni. Aku confirm perempuan tu akan datang tanpa jemputan. So, kau suruh bodyguard untuk kawal majlis supaya terkawal" arah darwish pada dua sahabatnya.
Lupa tentang hubungan yang terjalin di dalam perniagaan dan kini, tiada guna untuk mengawal segala pergerakan orang yang keluar masuk ke dalam majlis pada esok hari.
Senak perut dirasakan !
Hud dan iffat saling berpandangan. Memang itulah yang mereka fikirkan sejak beberapa hari lepas apabila tiada jalan lain untuk menghalang qaisara daripada hadir ke majlis tanpa undangan.
Tetapi nampaknya, darwish masih dengan mimpinya apabila tidak memikirkan tentang hal-hal yang kecil sebegini.
"Takpelah, kau chill je. Aku rasa dia just nak clarify about the past. Don't worry cause if anything happen, kitorang semua ada dekat sekeliling kau" kata hud agar darwish kekal tenang.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...