Kakinya tidak berhenti dari terus mundar-mandir di tengah ruang tamu rumahnya. Resah, gelisah dan takut bercampur dalam satu perasaan apabila melihat ketiadaan Yasmin dan ditambah pula dengan rahsia yang cuba dia simpan selama ini, akhirnya terbongkar di saat cintanya sedang bersemi.
Darwish menggosok rambutnya kasar, menandakan dia dalam kekusutan.
'Kau pergi mana ni Yasmin ? Kenapa tinggalkan aku ?' Bisik hatinya.
Jika mampu dia menjerit saat ini, pasti dirinya sudah meraung memanggil nama isterinya untuk kembali ke pangkuan dan berjanji akan menjelaskan segala-galanya tanpa berselindung lagi di sebalik rahsia mahupun kisah silamnya sebelum ini.
Darwish cuba mengawal emosinya ketika ini meskipun sukar kerana tidak mahu kelihatan lemah di hadapan sahabat-sahabatnya.
Iffat, hud dan khai memandang di antara satu sama lain. Turut simpati dengan apa yang terjadi tetapi apa sahaja yang boleh dilakukan kini ? Nasi sudahpun menjadi bubur tetapi Darwish harus bersyukur kerana masih belum basi. Jadi, sempat lagi untuk diselamatkan.
"Nasib jelah carpet rumah kau ni jenis mahal dar. Kalau tak, mesti dah haus sebab dari tadi kulur-kilir" tegur hud yang mula naik rimas melihat keadaan Darwish yang tidak menentu.
"Kau taknak try duduk ke dar ? Mana tahu boleh cool down sikit ke ?" saran iffat.
Darwish menggeleng lemah. Semua serba tak kena baik berdiri mahupun duduk. Selagi mana kelibat Yasmin tidak kelihatan, selagi itu dia tidak akan tenang.
Darwish mula mendengus.
"Yasmin dah tahu semuanya, semua ! Apa yang aku simpan dalam bilik tu, semua dia dah nampak. Silap aku"
Darwish menoleh ke belakang, tidak mampu menahan gelora di dada. Buat pertama kali dalam hidup, dirinya seakan tersungkur apabila pulang sahaja ke rumah dan melihat semua pakaian isterinya telah dibawa pergi.
Dia hanya mampu berharap bahawa Yasmin membawa diri tidak jauh dari sini.
"Silap aku sebab lupa nak kunci pintu sebelum aku keluar pagi tadi. Entah macam mana boleh cuai harini" keluh Darwish, sebal dengan diri sendiri.
Hud berpeluk tubuh sambil merenung tubuh belakang sahabatnya.
"Bila terlampau nak sembunyikan sesuatu daripada seseorang, macam ni lah jadinya" tegur hud.
"Sejauh mana pun kau cuba sorokkan benda tu, lama-lama terbongkar jugak dar. Macam sekarang" tambah hud sambil menjungkitkan bahunya.
"Nak-nak lagi orang yang kau cuba sembunyikan tu, isteri kau. Isteri ni lain tau, ada instinct tersendiri. Bukan tu je, kalau dah sekatil, sebantal, setilam, sebumbung, secawan, apa lagi ? M..."
"Sebibir !" celah iffat dengan senyuman mengusiknya.
Khai yang duduk berdekatan cuba menahan senyuman agar tidak kelihatan kerana takut apabila melihat wajah majikannya yang sedang serious.
Dan secara perlahan-lahan, senyuman iffat menjadi pudar apabila direnung dengan tajam oleh kedua sahabatnya itu.
"Sorrylah. Kita gurau aje" kata iffat dan menggaru hidung yang tidak gatal.
"Memang lumrah hidup bersama dar, takkan lama pun kalau kau sorokkan apa-apa daripada dia. Kalau dah ditentukan yang Yasmin tu akan tahu juga semua rahsia dan kisah silam kau dengan perempuan tu, apa je kau boleh buat selain daripada jelaskan apa yang dah berlaku ?" terang hud dengan tenang.
Darwish mengeluh tipis.
"Macam mana aku nak explain kalau dia dah lari dulu ?" keluh Darwish.
"Memanglah lari kalau dah jumpa gambar perempuan lain. Kalau kau kat tempat dia, kau tercongok senyum sorang-sorang ke ? Tak kan ?" marah hud. Nampaknya, minda sahabatnya ini tidak mampu berfungsi secara baik lagi.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...