Selesai sahaja mesyuarat, darwish terus bersandar pada kerusi pejabatnya dan memejamkan mata buat seketika.
"Hello ! Hello ! Who's there ?" Usik iffat di muka pintu bilik darwish.
"Shut up" balas darwish dingin tanpa menoleh kepada pemilik suara.
"Alaa, come onlah. Mentang2 dah bahagia, nak emo pulak dengan aku. Okay cepat, share sikit memori terindah kau bila jumpa dengan buah hati" kata iffat tidak sabar sambil mengangkat keningnya beberapa kali.
Darwish mendengus perlahan. Terasa diganggu sahaja ketika ini dengan kehadiran iffat.
Lelaki itu dihiraukan saja dan darwish terus menekan interkom untuk disambung ke pejabat hud tetapi tidak disahut.
"Mana pulak si poyo ni" bisik darwish perlahan.
"Aku dengar"
"Shut up !" Pen dibaling tepat ke dahi iffat kerana dari tadi tidak letih menggangu hidupnya.
"Aduhh, sakitlah gila !" Adu iffat.
Darwish menjeling tajam. Interkom ditekan lagi untuk disambung pula ke darina.
"Hud ada dekat bilik meeting tak ?" Soal darwish.
"Ada boss"
"Dia buat apa ?"
"Tak surelah boss, tapi encik hud sorang2 je tu" intai darina memandangkan bilik mesyuarat berdekatan saja dengan tempat duduknya dan boleh dilihat dari luar jika cermin tidak digelapkan.
"Beranganlah pulak. Panggil dia jap, masuk dalam bilik saya. Thanks" arah darwish dan tanpa menunggu balasan, interkom ditutup.
Darina menelan liurnya. Baru sahaja mahu menjauhkan diri tetapi disuruh pula oleh darwish.
Kakinya perlahan-lahan menuju ke bilik mesyuarat. Kemudian, pintu diketuk dan dibuka sedikit untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh hud.
Wajah yang tenang itu sedang terlelap sambil bersandar malas di kerusi. Darina memberanikan diri untuk merapati dirinya kepada hud untuk mengejutkan jejaka itu.
"En... encik hud" panggil darina.
Tiada sahutan.
"Encik hud" diseru lagi.
Masih sama.
Darina menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Encik hud, bangun. Boss panggil masuk dalam office dia" suaranya dikuatkan sedikit.
Darina mengeluh apabila masih tiada sahutan. Takkan tidur mati ?
Bahu lelaki itu dicucuk menggunakan jari telunjuknya sambil mengejutkan lagi hud dari tidur.
"Encik hud, bangunlah"
"Can you call me with another name please ?" Pinta hud tanpa membuka matanya.
"Kalau tak, aku tak bangun" gadis itu sengaja diusik.
Darina menelan liurnya kesat.
"En.. encik hud. Bangunlah kejap, boss panggil masuk bilik" permintaan hud dihiraukan.
"Taknak" balasnya sepatah.
Darina mengeluh. Tiada masa untuk melayan perangai hud. Jika dibiarkan, dia takut pekerja lain melihat mereka berdua-duaan di dalam bilik mesyuarat dan gadis itu tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi.
"Taknak takpelah. Nanti saya cakap dengan boss" kata darina dan berura-ura untuk meninggalkan bilik itu.
"Hei, tunggulah kejap" halang hud sambil mencengkam lengan darina kuat.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...