SD - 20 (M)

2.3K 33 3
                                    

Satu persatu saudara mara yang hadir pada majlisnya pagi tadi beransur pulang dan yasmin berpuas hati kerana dapat melayan semua tetamu dengan sama rata.

Senyumannya tidak lekang di bibir sehinggalah keluarga yang terakhir meminta diri untuk pulang ke rumah.

"Yasmin, pergilah masuk bilik. Rehat, semua pun dah balik" tegur puan linda di belakang sambil mengusap lembut bahunya.

Air liurnya ditelan kesat. Lupa bahawa dia berada di rumah puan linda dan akan berkongsi bilik dengan darwish yang sudah sah menjadi suaminya.

Terasa lain meskipun mereka pernah hidup bersama sebelum ini.

"Bi.... Bilik ?"

Puan linda mengangguk.

"Haah, bilik darwish. Yasmin tak tahu ya ? Kejap, mama suruh seri tunjuk"

Seketika kemudian, puan linda memanggil seri dan mengarahkannya untuk membawa yasmin ke tingkat atas.

Dadanya mula berdebar semasa menaiki tangga dan langkahnya juga diatur secara perlahan-lahan.

"Ni ya puan" tunjuk seri apabila mereka tiba di bilik darwish.

Yasmin senyum kelat sambil mengangguk.

"Terima kasih" ucapnya.

Sebaik sahaja seri beredar, yasmin menarik nafas dalam dan dihembuskan perlahan. Cuba mengawal perasaannya yang sedang bergelora dengan hebat.

Tombol pintu dipegang dan dibuka. Tangannya cuba mencari suis lampu sebelum memasuki bilik yang gelap gelita.

Apabila cerah, dipandang ruang itu seluasnya. Yasmin menghembuskan nafas lega tetapi sesaat kemudian, perasaan takut mula hadir dalam dirinya.

Jika darwish tidak pecah masuk rumahnya pada malam itu, pasti dia tidak akan trauma pada kegelapan.

Langkah diatur menuju ke katil setelah pintu ditutup dan ditenung sahaja tempat yang akan dikongsikan bersama lelaki yang tidak dia kasihi. Benarkah perasaan itu ?

Yasmin tidak hiraukan hatinya yang sudah bercampur bermacam jenis rasa. Apa yang dia mahukan sekarang adalah memastikan bahawa mereka tidur berasingan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Tetapi mampukah dia mengawal perkara ini ? Sedangkan darwish juga mempunyai egonya yang tersendiri.

Begnya yang berada di atas katil dibuka dan diambil pakaian tidurnya.

Tudung yang terlilit di kepala, yasmin tanggalkan sebelum membawa baju t-shirt bersama kain batik ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

"Dar, taknak masuk bilik lagi ke ? Yasmin dah naik tu, pergilah rehat sekali. Temankan dia" soal puan linda apabila darwish kelihatan masih ralit bersama hud dan iffat.

"Tulah cik abang ni, malu2 kucing pulak. Kitorang ni nak balik dah sebenarnya aunty, tapi dar ni macam taknak lepaskan pulak. Tengah buat preparation kot" usik iffat dengan mimik muka gatal.

"Diamlah !" Bantal kecil yang berada di sisinya diambil dan dibaling tepat ke wajah iffat. Tetapi sayang, lelaki itu sempat mengelak.

"Tak kena !" Ejek iffat dan melayangkan ibu jarinya di hadapan darwish sambil ketawa.

Sesaat, iffat terdiam apabila hud yang duduk di sebelah, menekap wajahnya dengan bantal yang dibaling oleh darwish tadi.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now