Yasmin melihat sekelilingnya yang dipenuhi dengan rakan niaga dan pekerja yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada malam ini.
Kelihatan tipah dan darina rancak berbual di sebelahnya tanpa ada rasa untuk mencelah. Sebaliknya, yasmin terasa senang apabila sahabatnya itu dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
Sempat dia berkenalan dengan lily, adik kepada iffat yang hadir bersama suraya. Wanita yang pernah dia temui suatu ketika dahulu semasa pernikahannya berlangsung di masjid.
Yasmin dan suraya masing-masing duduk bersebelahan dan hanya diam sambil melihat sekeliling tanpa rasa jemu. Beberapa minit kemudian, lily membawa diri apabila adik kepada hud juga turut hadir pada malam itu.
Sempat dia berbual dengan darina dan diberitahu bahawa gadis-gadis di hadapannya ini berkenalan sejak belajar bersama-sama di dalam satu universiti kecuali darina dan adik kepada hud, berkawan dan menjadi rapat sejak sekolah lagi.
"Yasmin"
Lamunannya terhenti apabila seseorang memanggil dan suara itu datang daripada suraya yang sedang menunduk bermain dengan jemari runcingnya.
"Ya ?" Sahut yasmin dengan kening yang berjungkit.
Sesaat, dua saat. Tiada ungkapan yang keluar tetapi yasmin tetap menunggu.
"Saya...."
"Saya nak mintak maaf" ucap suraya perlahan, antara dengar tak dengar.
Kening bertaut antara satu sama lain sebaik sahaja mendengar kata maaf dari wanita di sebelahnya.
"Kenapa minta maaf ? Awak takde buat salah dengan saya pun"
Suraya menghela nafas berat. Entah mengapa, kata maaf itu hanya ingin diucap dari sudut hati yang kecil. Dia juga tidak tahu jika darwish memberitahu yasmin serba sedikit atau tidak tentang hubungan antara mereka.
"Bagi awak saya tak buat salah, tapi mungkin....."
Suraya mematikan kata-katanya sendiri. Tak tahu sama ada ingin meneruskan atau lebih baik berdiam diri saja.
"Mungkin apa ?" Soal yasmin dengan kening yang sedikit terjungkit. Menanti sehingga ke sudah tetapi tetap tidak dijawab. Ayat yang tergantung dan dibiarkan sepi.
"Btw, seingat saya, masa kita berjumpa dulu, kita tak sempat berkenalan kan ? Kalau tak silap, darwish bawak saya pergi masa kenalkan diri" bibirnya tersenyum nipis.
"Sepatutnya saya yang mintak maaf tau sebab darwish berkasar dengan awak. Maaf sebab...."
"Apa dia cakap masa tu memang betul. Tangan saya kotor, tak sesuai untuk bersalam dengan perempuan sebaik awak" potong suraya sambil melihat telapak tangannya sendiri. Cuba menahan air mata agar tidak mengalir.
Suraya yang sekarang bukan lagi seperti suraya yang dulu. Jika dulu dapat ditahan air mata daripada menitis, tetapi kini, tanpa amaran air matanya mengalir tanpa henti.
"Kenapa awak cakap macam tu ? Tak baik tau. Awak tak kenal saya pun suraya. Jadi, tak boleh assume saya baiklah. Saya pun tak kenal awak. Silap-silap, awak lagi baik daripada saya" balas yasmin dengan lembut sambil mengusap bahu suraya perlahan.
Andai wanita di sebelahnya ini tahu....
"Btw, awak dengan darwish memang berkawan dari kecil ?" Soal yasmin.
Suraya mengangguk.
"Ayah saya dengan ayah darwish business partner. Selalu berjumpa atas urusan perniagaan dan daripada situ kami berkawan sampai ke besar. Pernah nak satukan kami bila dah dewasa tapi...." Suraya tertawa halus.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...