SD - 31 (M)

2.2K 38 8
                                    

"Baby, aku cuma nak remind tau yang weekend ni ada dinner. Kau okay ke since this is your first appearance for my company ?" Soal darwish sambil mengelus rambut yasmin yang berada di sebelahnya.

Yasmin terdiam. Sejujurnya dia tidak mahu, tetapi melihatkan darwish yang sentiasa mengingatkannya tentang majlis yang akan berlangsung, jadi serba salah untuk menolak.

Bibir menguntum senyuman nipis. Kepalanya diangguk perlahan.

Yasmin menukar sedikit posisi kedudukannya, dia berhadapan dengan darwish bersama dengan kaki kiri yang dilipatkan dan kaki kanan dibiarkan berjuntai ke atas lantai.

"Okay, tapi...." Mulutnya terkunci.

Kepala ditunduk sambil menggigit bibir bawahnya.

"Why ?" Soal darwish dengan kening yang dijungkitkan.

Sepi.

"Kau nak aku tolong gigitkan tak bibir tu ?"

Yasmin terus melepaskan gigitan di bibirnya dengan kepala yang didongakkan, mencari mata coklat milik suaminya.

"Saya malu. Mesti yang datang nanti orang yang ada nama kan ? Saya ni orang biasa je darwish. Nanti saya malukan awak macam mana ?"

Kepalanya ditunduk semula sambil bermain dengan jari jemari.

"Siapa kata kau orang biasa ? Kau luar biasa apa" seloroh darwish.

"Saya tak main-mainlah darwish" keluh yasmin.

Darwish senyum nipis. Bahu yasmin dipaut dan kepala didongakkan agar memandang ke arahnya.

"Kalau pun rata-rata yang datang nanti ada nama, yasmin maisarah tetap satu-satu nama yang paling besar dalam hidup aku dan tak mampu kalahkan orang yang datang nanti. Faham ?" Kata darwish, cuba meyakinkan isterinya.

"Lagipun, aku tak sabar tau nak kenalkan kau dekat semua orang. Biar semua orang tahu yang kau tu isteri aku dan takde siapa boleh sentuh kau selain daripada aku. Clear ?"

Yasmin hanya mampu menyembunyikan rasa bahagia. Malu jika ditunjuk bahawa hatinya kini rasa berbunga dengan kata-kata darwish.

Tetapi di sudut hati yang paling dalam, masih tersisa dengan rasa rendah diri bila orang yang hadir nanti dapat tahu tentang asal usulnya.

Bagaimana pula jika ramai wanita  yang akan hadir nanti lebih bagus darinya dan layak untuk bergandingan dengan darwish ?

Yasmin memandang suaminya sedalam yang boleh. Cuba mendapatkan kekuatan untuk mengusir segala anasir jahat yang bermain di mindanya.

"Pandang-pandang. Cium nak ?" Usik darwish sambil mendekatkan wajahnya dengan yasmin.

Kedudukan yang masih tetap menimbulkan rasa aneh pada darwish kerana yasmin tidak menjauhkan diri seperti biasa.

"Ciumlah" balas yasmin. Sengaja bermain dengan darwish, entah dari mana datang keberaniannya.

"Kau cabar aku ke ?" Soal darwish dengan suara dalam.

Yasmin menyembunyikan senyum. Jemarinya mula dinaikkan ke dada bidang darwish dan bermain di situ.

"Mana ada. Saya cuma nak main-ma...."

"I don't have time to play cause it wasting my time. So, here we are"

"Argh ! Darwish ! Turunkan saya !" Jerit yasmin apabila tubuhnya berada di awang-awangan selepas digendong oleh darwish dan dibawa ke bilik tidur mereka.

Tubuh isterinya diletakkan ke atas katil dan ditindih agar yasmin tidak melarikan diri.

"Aw... awak. Sa... saya gurau je ta... tadi. Serious" kata yasmin gugup.

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now