"Berkahwin selepas 2 tahun tempoh perkenalan..."
Ayat itu diulang dan terus bermain dalam fikiran yasmin maisarah.
Siapa kata mereka berkenalan ? Dan kenapa harus berkahwin ?
Untuk apa ? Mengapa dan macam mana semua ini boleh terjadi ? Kenapa yasmin boleh terlupa tentang soal perkahwinan ini ? Kenapa yasmin tidak ingat langsung tentang perjanjian yang satu ini ?
Yasmin meraup wajahnya dan menyelak rambutnya ke belakang. Serabut dengan perkara yang tiba2 sahaja muncul dalam hidupnya.
Baru saja mahu tenang tetapi hadir pula satu bala yang akan merosakkan ketenteramannya.
"Hai cik kiah, serabut nampak ? Kau okay ke tidak ?" Soal tipah sambil membawa masuk pinggan kotor ke dapur.
Yasmin terus berlagak tenang dari menunjukkan segala kegelisahan dalam dirinya.
"Okay je. Nampak macam aku tak okay ke ?" Soal yasmin dengan tawa palsu.
"Sebab nampak tak okaylah aku tanya. Mata tu, sembap sangat. Gaduh dengan boypreng ke ?" Usik tipah. Setahu tipah yasmin tidak mempunyai sesiapa tetapi boleh jadi sahabatnya itu sudah berjumpa dengan pasangan hati.
Yasmin terus melihat wajahnya di skrin telefon. Nampak sangat ke ? Macam mana tak sembap kalau semalaman dia tidak dapat tidur dengan nyenyak dan pagi2 lagi dia sudah terpacak di warung irfan kerana takut darwish akan mencerobohi lagi rumahnya.
"Takdelah. Mata aku masuk habuk tadi. Aku gosok, tu yang bengkak" tipu yasmin.
"Eleh. Kau kalau nak menipu, bukan dengan aku tau yas. Belajar lagi cara2 nak menipu orang. Dah ada boyfriend, taknak share pun kat aku" cebik tipah sambil membasuh pinggan kotor di dalam sinki.
"Siapalah nak aku ni pah. Rupa takde, kerja pun biasa2. Pendidikan ? Takat spm tu jelah pah"
Harga diri ? Tak usahlah dicakap. Kalau orang tahu tentang masa silamnya, pasti hidup yasmin menjadi cemuhan orang kampung saja.
"Eee menyampah aku dengar. Padahal muka dia tulah yang jadi tatapan jejaka kampung ni tau" usik tipah lagi.
"Ala. Esok lusa mati, muka ni tinggal tengkorak je pah. Masa tu, orang nak pandang pun dah tak lalu"
"Nak pandang macam mana, dah masuk kubur" seloroh tipah sambil ketawa mengejek.
Yasmin menjeling saja. Tipah ni bukan boleh, suka sangat mengusik dia.
Tetapi tipah seorang sajalah sahabat yang dia ada sejak dari dulu. Bahkan, tipahlah yang menjaga arwah adiknya ketika dia bekerja di KL. Bila ada cuti panjang, yasmin akan pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama diana. Sekarang ? Semuanya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tidak dapat dia peroleh lagi.
Yasmin mengeluh tanpa sedar. Air matanya mula berlinang.
"Hei, kau okay ke tak ni ?" Tegur tipah dan mendapatkan yasmin.
"A.. aku rindu dianalah pah. Rindu sangat"
Tipah terus memeluk yasmin erat. Dipujuk agar wanita itu terus kuat. Sedangkan, dia sendiri dapat merasakan segala kesedihan yasmin kerana tipahlah menjadi saksi untuk semua kepahitan yang dilalui oleh sahabatnya itu.
"Shh, janganlah menangis. Kan aku dah ajar kau kuat. Berdiri terus untuk hadap semua ujian ni. Aku dah pesan banyak kali kan, kau tu kuat. Sebab tu tuhan uji. Ingat tak ?"
Yasmin mengangguk.
Mata tipah juga berlinang bila melihat titik terendah hidup yasmin tetapi dia juga harus kuat dan melawan kesedihan buat sahabatnya itu. Dia harus menjadi pembakar semangat buat yasmin agar wanita itu tidak tenggelam dalam kesedihan.
YOU ARE READING
Sugar daddy ? No. (SU)
RomanceMurah ? Itulah hakikat tentang dirinya sekarang. Tapi dia mempunyai sebab tersendiri. Sebab apa ? Biarlah dia saja yang tahu. Lelaki itu juga tidak perlu tahu kenapa dia memilih untuk menggadaikan maruahnya sendiri. Tetapi kenapa lelaki itu harus m...