SD - 7

2K 49 0
                                    

"Sari, tolong ambik barang2 yang saya beli dekat pasar tadi. Letak dekat dapur ya" arah puan linda yang baru sahaja pulang dari membeli barang keperluan untuk memasak.

Walaupun mempunyai pembantu rumah, puan linda lebih selesa melakukan semuanya sendiri. Pekerja yang ada hanya sekadar membantu apa yang perlu.

"Baik puan" sari menunduk sedikit dan terus melakukan apa yang disuruh.

"Morning ma" sapa darwin sambil menguap dan mencium pipi mamanya.

"Ishh tak senonoh. Pergi lah cuci muku dulu ke apa" tegur puan linda dan menolak kecil bahu anaknya yang bongsu itu.

Darwin hanya tersenyum kambing. Peti ais dituju dan dia mengambil botol yang berisikan air sejuk lalu dituangkan ke dalam cawan.

"Mana abang awak ?" Soal puan linda.

Darwin hanya menjungkitkan bahu dengan bibir yang dicebikkan. Malas untuk dia mengambil tahu tentang darwish memandangkan hubungan mereka tidak pernah erat dan pantang bertemu antara satu sama lain. Ada atau tidak abangnya itu di rumah, sama sahaja bagi darwin.

Abang ? Darwin tersenyum sinis.

"Lambat abang awak balik semalam. Daripada mana pun tak tahulah dia. Risau mama, dahlah jarang balik sini" luah puan linda.

"Nak risau apa ? Dia tu dah besar panjang, tak balik terus pun takpe" kata darwin.

Puan linda mengeluh. Sampai bila lah anak2 nya ini akan terus berkelahi ? Sebagai seorang ibu, teringin benar dia melihat darwin dan darwish bersikap seperti adik beradik yang lain. Bersatu dan bertoleransi antara satu sama lain.

"Win, sampai bila nak gaduh dengan abang ? Abang tu sekali sekala je balik, apa salahnya kalau win layan dia elok2 bila dia balik rumah" tegur puan linda lembut.

Tangannya mula membuka plastik dan menyediakan makanan tengahhari memandangkan sarapan sudah disediakan oleh sari.

"Asyik2 win jelah yang kena mengalah. Lepastu dia ? Boleh layan win sesuka hati ke ?"

"Kalau macam tu, cuba cakap dengan mama. Win nak mama buat apa lagi supaya korang berbaik ?"

"Huh ? Mama rasa kitorang boleh berbaik ke kalau perangai dia macam tu sampai ke tua ?" Soal darwin dengan sinis.

Puan linda hanya mampu menggeleng.

"Then, cakaplah dengan mama. Apa yang abang awak buat sampai awak tak suka sangat dengan dia ?" Mata darwin dipandang tepat untuk mendapatkan jawapan.

"He is not my bro..."

"Win, cukup !" Puan linda memejamkan matanya buat seketika.

"Cukuplah" bibirnya mengeluh tipis.

"Mama ingat benda ni dah habis, tapi sampai sekarang win masih nak ungkit. Apa masalah win sebenarnya ?"

"Benda ni takkan terjadi kalau arwah papa tak lebihkan dia dari win. Benda ni takkan mula pun kalau mama dengan papa tak bawak dia masuk dalam rumah ni !" Suara darwin sudah mula meninggi dan tidak hiraukan lagi tentang perasaan puan linda.

Apa yang darwin tahu, dia puas untuk meluahkan segala-galanya kerana itulah dari sudut hatinya yang sudah lama disimpan.

"Jangan melampau win ! Mama dengan papa buat semua ni bersebab. Tangan ni, tangan ni yang besarkan korang berdua bersama dan jangan sesekali win berani nak ungkit dengan apa yang arwah papa dah buat !" tegas puan linda berkata.

Darwin tersenyum senget sambil berpeluk tubuh.

"Sayang betul dekat anak mama yang sorang tu kan ? Sampai win tak boleh sentuh langsung pasal dia. One of the reason why i hate him so much because mama selalu bagi perhatian dekat dia berbanding win. Win ni apa ma ? Dia tu cuma menum...."

Sugar daddy ? No. (SU)Where stories live. Discover now