bab 1

227 12 0
                                    

Kelebihan.

Sesuatu perkara yang setiap manusia mahukan. Setiap manusia, pasti mempunyai kelebihan mereka tersendiri yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Tidak kisahlah bagaimana kelebihan itu, seseorang pasti dipandang tinggi kerana kelebihannya dimanfaatkan dengan baik. Tetapi dengan adanya kelebihan pada diri, itu juga akan timbulkan perasaan cemburu atau iri hati oleh segelintir manusia.

Tapi... lain pula untuk mereka yang dianugerahkan dengan kelebihan yang luar biasa. Kelebihan yang tidak mungkin akan ada pada setiap manusia. Hanya yang terpilih sahaja diberi amanah untuk menggunakannya.

Kelebihan luar biasa yang tidak tercapai dek akal. Apa yang kalian fikir apabila sebut tentang luar biasa? Mungkin kelebihan luar biasa seseorang ialah mempunyai ingatan yang kuat. Dia boleh ingat sesuatu perkara dengan teliti walaupun perkara itu sudah bertahun lamanya. Ataupun, kelebihan daripada segi fizikal.

Bagaimanapun kita perlu ingat, setiap kelebihan pasti mempunyai kekurangan. Pasti semua orang pernah dengar ayat tersebut. Orang lain akan berkata ‘Alah, aku rela hadap kekurangan tu, janji dapat kelebihan macam dia.’

Tapi bagaimana kekurangan itu melibatkan nyawa?

Jika kau orang tanya aku...

Aku rela menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Aku rela tidak mempunyai kelebihan ini jika nyawa aku menjadi taruhan.

Disebabkan kelebihan ini, kehidupan aku jauh daripada normal seperti orang lain.

Sebab itu, semuanya bermula...

Deruan nafas aku mula tidak teratur. Kaki bagaikan tahu sudah penat untuk terus melangkah. Tapi apa pilihan yang aku ada? Mahu layan rasa penat ni berbanding hati yang tidak keruan memikirkan nasib sendiri?

Sedaya upaya aku cuba untuk berlagak tenang. Berharap aku tidak bertembung semula dengan lelaki berpakaian serba hitam yang mengekori aku dari tadi.

Kali kedua. Ini sudah kali kedua aku hampir ditangkap. Kali pertama berlaku dua hari lepas. Nasib menyelebahi aku saat ada seorang pak cik berusia lingkungan 40-an yang perasaan aku bergelut dengan seorang lelaki. Disebabkan jeritan pakcik itu, beberapa orang awam turut meluru ke arah aku. Akhirnya, lelaki yang cuba menangkap aku, melarikan diri disebabkan beberapa orang awam yang cuba mengejar.

Tetapi kali ini, aku tidak pasti jika aku dapat selamatkan diri melainkan diri aku sendiri.

Aku bergerak ke arah belakang bangunan yang berdekatan. Aku perlu tukar pakaian bagi mengaburkan mata lelaki tadi. Pakaian kerjaku diambil lalu disarungkan ke tubuh. Pelitup muka hitam dipakai ala kadar. Aku bekerja sebagai seorang barista di sebuah kafe. Memang prosedur kami untuk memakai pelitup muka sepanjang menjalankan kerja. Lebihan pelitup muka memang berguna untuk aku pakai sekarang.

Setelah yakin dengan identiti aku, kaki dibawa melangkah keluar. Aku cuba berlagak tenang. Tak nak kelihatan seperti dikejar seseorang walaupun hakikatnya memang benar.

Automatik kepala teringatkan semula ajaran mempertahankan diri suatu ketika dahulu. Semua gara-gara ayah yang memaksa aku untuk masuk silat. Dulu aku sangat membantah, bagiku ayah dan ibu ada untuk melindungi aku, jadi buat apa aku bersusah payah melatih diri? Tapi kini, baru aku faham.

Sekarang aku hanya seorang diri. Aku hanya ada diri sendiri saja untuk dilindungi. Sebab aku dah tiada siapa-siapa untuk berharap.

Mata mengerling ke arah jam tangan. 6:35 petang. Aku perlu segera pulang ke rumah. Dalam hati aku berdoa, berharap supaya tiada makhluk yang mengekori aku hingga ke rumah.

Tap. Tap. Tap. Tap.

Kaki dilangkah laju. Sesekali mata mengerling ke arah belakang memastikan aku dalam keadaan yang selamat.

Lain pula yang terjadi. Aku terlanggar seseorang saat mata sibuk memerhati dari arah belakang. Rempuhan tersebut mengejutkanku.

Kepala diangkat untuk memandang manusia yang telah aku langgar. Seorang lelaki, berwajah bengis. Topi yang dipakainya menutupi separuh wajah hingga hampir tidak kelihatan. Matanya merenungku serius.

Aku teguk air liur. Wajah cuba dikawal. Kepala diangguk kecil sebelum cepat-cepat aku beredar.

Aku pasti itu salah seorang.

Saat aku menoleh, lelaki tadi sedang memegang sesuatu di telinga kanannya. Seakan sedang bercakap dengan seseorang. Kemudian, mata kami bertembung. Tanpa menunggu lama, aku terus memecut laju. Lagi aku cepatkan langkah saat lelaki itu juga turut mengejarku.

Hanya satu lokasi menjadi tujuanku. Rumah. Beberapa minit kemudian, aku hampir sampai ke kawasan rumah aparment milikku. Aku memanjat tangga bagi menjimatkan masa. Setelah memasuki ke dalam rumah, lekas-lekas aku mengunci pintu.

Mata dikerling ke arah lubang kecil pintu. Dada berdebar kencang. Takut jika ada sesiapa yang tahu keberadaan diri aku.

Beberapa minit berlalu. Kosong. Tiada siapa yang lalu di laluan koridor luar rumahku. Nafas lega dihela perlahan. Tubuh disandar ke pintu. Memgambil nafas setelah penat melarikan diri.

targetWhere stories live. Discover now