bab 14

16 2 0
                                    

Bunyi deringan alarm daripada telefon menyedarkan aku daripada lena. Telefon dicapai untuk menutup bunyi yang bingit. Aku melihat waktu yang tertera.

6.30 petang. Ah, lama betul aku terlelap. Selepas solat asar tadi, aku terus baring di atas katil yang empuk ini bersama telekung. Nasib baik sebelum tidur aku sempat memasang alarm.

Aku bangkit dari perbaringan untuk membuka telekung lalu dilipat kemas untuk disimpan. Setelah itu, aku kembali merebahkan badan ke atas katil.

Jari membelek telefon. Memastikan sekiranya ada benda penting yang aku dapat. Jari aku terhenti pada nombor yang tidak dikenali. Nombor semalam yang menghantar mesej untuk aku ke Klia pada hari ini.

Aku masih tak tahu siapa di sebalik nombor tersebut. Mungkin Zryan tahu? Nantilah aku akan tanya padanya.

Tiba-tiba satu notifikasi baru masuk di ruang mesej. Tanpa fikir banyak, aku segera melihat mesej yang dihantar. Mesej daripada Zryan. Kami sempat bertukar nombor telefon sebelum ini.

Aku nak keluar sekejap. Apa-apa boleh telefon aku.

Selesai sahaja membaca sebaris ayat itu, aku segera bangun mendekati pintu yang menjadi penghalang antara aku dan Zryan. Sempat aku mencapai tudung sarung yang disangkut di atas kerusi.

Sebaik sahaja aku membuka pintu itu, terus terlihat figura Zryan yang sedang duduk di kerusi di tepi tingkap. Di atas mejanya terdapat sebuah laptop bersama beberapa buah buku nota tebal bewarna hitam.

Benar Zryan kata tadi. Dia memang tak tutup pintu biliknya ini. Bila aku buka saja pintu, terus boleh lihat ruang di bilik Zryan.

Mata Zryan terus memandang ke arahku. Tiba-tiba aku berasa malu. Dengan tiada salam, tiada ketuk, aku terus buka pintu. Kalau Zryan tidak berbaju tadi macam mana? Dapat malu aje nanti!

Aku berdehem seketika. Kemudian pandang figura jejaka yang sudah bangkit daripada duduk. Dari pakaiannya, dia memang sudah bersiap untuk keluar walaupun hanya mengenakan hoodie biasa. “Kau nak keluar? Pergi mana?”

“Kau dah bangun?”

Keningku terangkat. Pelik dengan soalan Zryan. “Hah?”

“Tadi aku ada ketuk bilik kau. Tapi tak menyahut. Aku agak kau tengah tidur.” Dompet dan kad biliknya dicapai.

“Haah, terlelap tadi. Kenapa kau ketuk?”

“Nak tanya kau nak makan ke tak. Kali terakhir kau makan sarapan tadi je kan?”

Aku angguk. Zryan bagaikan sedang menjaga aku seperti anak kecil. Soal makanan pun dia yang uruskan, sedangkan aku boleh buat sendiri.

“Zryan, aku rasa kau tak perlu susah-suah nak jaga makan aku. Banyak sangat dah kau tolong. Aku terhutang nyawa tau dengan kau.”

Aku nampak Zryan senyum nipis. Dia hanya geleng kepala sebelum berkata, “Aku yang terhutang budi dengan kau.”

Kemudian Zryan bergerak ke arah pintu. “Aku keluar beli makanan sekejap. Kunci pintu. Jangan buka pintu kalau ada orang ketuk. Apa-apa yang curiga, cepat call aku,” pesan Zryan sebelum melangkah keluar.

Aku tutup kembali pintu yang menjadi penghalang bilik hotel kami berdua. Aku merenung dinding bilik. Mengulang semula ayat Zryan tadi.

Dia terhutang budi dengan aku? Apa yang aku dah buat untuk dia?

Sekejap melangkah ke arah kanan, kemudian ke kiri. Aku lihat sekali lagi skrin telefon yang masih gelap tanpa ada mesej baharu yang masuk. Jari jemari diletupkan walaupun tiada bunyi letupan yang didengari.

Aku menggigit bibir. Mata tak lepas daripada mengerling ke arah jam. Mana Zryan? Sudah dua jam dia tidak munculkan diri. Tadi katanya nak beli makanan. Ni beli makanan ke pergi buat beras?

Sudahlah tak ada sebarang mesej yang dihantar. Lagi buatkan aku tak senang duduk. Ikutkan hati, aku nak bertanya di mana dia berada sekarang. Tapi tak nampak macam aku terlalu ambil peduli ke?

Ah inilah perempuan, nak tunjuk ego sangat!

Takkan... Zryan dah ditangkap oleh musuh? Mereka dah tahu orang yang mereka buru adalah orang yang salah? Jadi, mereka akan soal Zryan di mana aku berada? Macam mana kalau lelaki itu beritahu lokasi aku?

Hisy, tak mungkin. Misi Zryan untuk lindungi aku. Tapi macam mana kalau mereka dah seksa Zryan sehingga paksa untuk cakap benar?

Argh, serabutnya kepala!

Kini kaki aku berhenti melangkah. Nafas ditarik, kemudian dihembus perlahan. Fikir positif, Euria. Mungkin kedai yang Zryan pergi ramai orang.

Ya, ramailah sangat sampai tunggu dua jam.

Aku bergerak mengambil bag galasku lalu membawa keluar semua barang dan diletakkan di atas katil. Daripada membuang masa otakku fikir perkara yang mengarut, baik aku kemas apa yang patut untuk esok.

Zryan beritahu, esok malam kami akan ke lokasi organisasinya. Di situ, mereka akan cuba lindungi aku sehingga musuh dapat ditewaskan. Zryan kata lagi, waktu malam lebih sesuai untuk mereka bergerak ke sana.

Boleh elakkan daripada mata-mata musuh memerhatikan kami.

Aku memandang segala peralatan yang aku susun di atas katil. Daripada pakaian seperti tudung, baju, hoodie, seluar kargo hinggalah peralatan asas seperti berus gigi, powerbank, dompet dan bermacam lagi.

Satu barang yang diletakkan dihujung katil dikerling sekilas. Barang ni... aku tak tahu nak simpan ke tak. Zryan yang beri sewaktu di dalam kereta menuju ke hotel. Katanya, aku memang perlukan peralatan tersebut sebab aku adalah target oleh musuh. Bila-bila saja nyawa aku terancam.

Sepucuk pistol itu aku hanya tenung jauh. Aku memang letak sejauh mungkin. Nak pegang pun aku dah menggeletar tangan, inikan pula gunakannya.

Aku lebih rela buka semula seni mempertahankan diri yang aku pelajari dulu daripada guna senjata api itu. Lainlah kalau dari kecil aku dah diajar menggunakannya.

Aku kembali mengemas apa yang patut. Barangku memang tak banyak. Segala baju kotor telah aku asingkan di dalam bag yang lain. Nanti sampai rumah boleh aku terus basuh.

Mengingatkan hal itu, entah bila agaknya aku boleh pulang semula ke rumah. Aku pasti rumah aku sudah menjadi tempat paling bahaya untuk aku pergi. Pasti musuh sudah menanti saja jikalau aku pulang untuk mengambil barang penting.

Dengan itu, keluhan dilepaskan.

targetWhere stories live. Discover now