bab 16

21 2 0
                                    

“Aku harap, aku orang pertama dan terakhir yang wish birthday kau,” kata Zryan sambil menghulurkan sepinggan kek brownies tadi. Sekarang kami sedang menikmati kek birthday aku sebagai pencuci mulut.

Aku senyum. “Tahniah, kau berjaya pecahkan rekod.”

Lelaki dihadapanku mengukirkan senyuman. Aku kembali melihat kek yang berada di atas meja makan kami. Banyak juga Zryan beli. Automatik teringatkan hari ulang tahunku dua tahun lepas. Aku tersenyum hambar.

“Kalau kau nak tahu, kek brownies kek kegemaran aku,” ujar aku sambil menyuap sesudu brownies ke dalam mulut. Mata dipejam. Sedap. Rasanya masih sama seperti brownies yang aku makan bersama ibu dan ayah.

Aku cuba menahan sebak yang mula bertandang. Sejak kejadian itu, aku jarang makan kek kegemaran aku ini. Setiap kali aku perhatikannya, pasti memori itu akan muncul di kotak minda.

Zryan mengangkat kening. “Iya? Nampaknya aku buat pilihan yang tepat.” Zryan tayang wajah bangga.

“Kalau tahun lepas, apa kau buat hari ini?” Zryan bertanya tentang hari ulang tahunku setahun yang lalu.

Sedikit tersentak aku dengan soalannya. Perlahan-lahan kepala digeleng. “Aku tak sambut birthday sendiri sejak dua tahun lepas.”

Aku pandang wajah Zryan untuk melihat reaksinya. Lelaki itu hanya tenang sebelum jawapanku tadi seakan menganggu fikirannya. Zryan termenung seketika.

“Boleh aku tahu? Why?”

Aku melihat wajah Zryan yang menunggu ceritaku. Aku mengemam bibir, selama ni tiada siapa pernah aku ceritakan tentang kejadian dua tahun lepas. Memang aku tiada kawan rapat untuk luahkan apa yang aku rasa. Ini kali pertama aku rasa di ambil berat.

Aku tarik nafas perlahan sebelum dihembuskan. “Masa hari lahir aku dua tahun lepas, ibu dan ayah aku sambut di restoran. Memang rutin kami sekeluarga untuk sambut biasa-biasa di kedai makan.” Aku berhenti sejenak.

“Kami sambut tiga hari selepas birthday aku sebab ayah sibuk kerja. Hari tu baru ada masa nak keluar sama-sama. Ibu dan ayah belikan kek brownies. Kek kegemaran aku. Mereka sama-sama nyanyikan lagu untuk aku.” Senyuman hambar terukir. Memori itu kembali di ingatan.

“Aku rasa, itu malam paling bahagia bagi aku. Setiap kali ibu dan ayah ada di sisi, aku tak pernah berasa sunyi. Aku anak tunggal, hanya mereka saja aku ada.”

“Kau mesti anak manja,” ujar Zryan. Bibirnya menguntum senyuman kecil.

Aku angguk perlahan, “dan annoying.”

Zryan tertawa kecil mendengar ayat aku.

“Malam tu, ayah dapat satu panggilan dari seseorang. Aku tak tahu siapa. Lepas ayah selesai berhubung, wajah ayah terus berubah. Macam gelisah. Kadang-kadang tengok sekeliling macam cari seseorang. Aku pandang pula wajah ibu, riak yang sama mereka tunjukkan. Dari situ, aku tahu ada perkara yang tak kena.

Ibu terus ajak kami pulang. Tanpa banyak tanya, aku ikut saja dan terus masuk dalam kereta. Aku tahu mereka ada sorokkan sesuatu, tapi kalau ibu dan ayah rasa aku tak perlu tahu, aku tak akan tanya.”

Aku helas nafas kecil. “Masa aku dalam kereta, tiba-tiba saja kereta yang ayah pandu semakin laju. Tekaan aku tepat bila aku perasaan ada kereta yang ikut. Waktu tu hati aku dah gelisah. Aku nak saja desak mereka untuk beritahu siapa yang ekori kita. Tapi aku takut. Aku takut rosakkan lagi keadaan.”

“Bila aku tanya, ibu dan ayah beritahu mereka tak kenal siapa yang ikut. Tapi ayah ada kata, ayah harap sangat dia tahu lebih dalam tentang mereka. Aku tak tahu apa nak balas. Aku tenung anak mata dorang, masa tu aku dapat rasa itu kali terakhir aku dapat lihat mereka berdua.” Mataku terasa kebas. Mengingati semula kisah tragis itu buatkan hati yang mula damai dengan takdir kembali terasa sesak.

Aku kerdipkan mata berkali-kali agar air mata tidak mengalir.

“Kalau kau tak nak teruskan tak apa. Aku faham,” ujar Zryan perlahan.

Aku cepat menggeleng. Aku dah mulakan cerita, aku perlu habiskan. Kesian Zryan terpaksa mendengar cerita tergantung daripadaku.

“Tiba-tiba saja ibu pesan pada aku untuk simpan rahsia tentang kebolehan kuasa aku. Jangan beritahu siapa-siapa kecuali pada orang yang aku percayakannya. Mulai daripada itu, aku yakin orang yang ekori kami malam tu pasti ada kena mengena dengan diri aku. Tentang kebolehan aku.”

“Selepas itu, kereta yang ekori kami makin laju dan menghalang laluan jalan ayah. Ayah cuba untuk elak, tapi kami semua terbabas masuk ke dalam hutan. Kereta kami rosak teruk. Dahan pokok tertusuk masuk hingga pecah cermin kereta. Tak sempat aku nak selamatkan ibu dan ayah, kereta kami dilanggar lagi oleh kereta yang ekori kami tadi. Makin teruk kereta kami hancur. Dan lagi hancur hati aku bila lihat ibu dan ayah dah tak bernyawa sambil bermandikan darah.” Aku pejam mata saat bayangan ibu dan ayah sewaktu kemalangan dua tahun lepas menjengah fikiran.

Pantas tangan aku mengelap air mata yang deras mengalir. Sungguh aku tak kuat. Setiap kali mengingati orang yang aku sayang, pasti aku sebak. Rasa tak percaya mereka dah tiada di dunia.

“Sejak kejadian malam tu, kehidupan aku berubah 180 darjah. Aku asingkan diri daripada kawan-kawan aku. Aku ikut pesanan terakhir mereka untuk sembunyikan diri.”

Zryan memandang aku dengan pandangan simpati. Dia seperti kehilangan kata-kata.

“Euria... aku tak sangka kau hadap benda macam ni. Kau terlalu muda masa tu untuk terima semua ni.” Zryan bersuara seakan tak percaya.

Aku senyum hambar. “Itulah takdir, Zryan. Aku yakin Allah uji aku macam tu sebab dia sayang aku. Dia nak tengok tahap mana kesabaran dan keredhaan aku terhadap ujian yang dia beri. Oleh itu, aku kena sentiasa bersabar dan bersyukur. Walaupun perkara tu perit untuk ditelan.” Ayat terakhirku diujar perlahan.

Zryan mengoyak senyuman lebar. Entah kenapa aku terasa sesuatu melihat senyuman ikhlasnya yang itu.

“Kau seorang yang kuat, Euria.”

Aku hanya diam. Kalaulah dia tahu betapa peritnya untuk aku kelihatan kuat seperti sekarang.

targetWhere stories live. Discover now