“Euria!”
Langkahku terhenti. Mataku meliar mencari susuk tubuh yang memanggil namaku. Dengan keadaan sebegitu, memang sukar untuk aku mencari. Mata aku juga sudah pedih dengan serpihan yang termasuk ke dalam mata.
Tiba-tiba, muncul seseorang yang berlari ke arah aku. Betapa legannya aku saat itu apabila orang yang memanggilku itu adalah Zryan. Segera aku berlari mendapatkan dia.
“Zryan!” Mataku berair. Entah sebab mata pedih atau sebab bertemu semula dengannya. Aku ingatkan tak ada peluang untuk berjumpa semula dengan lelaki yang banyak menolong aku itu.
“Ya Allah, Euria!” Wajah Zryan gelabah melihat keadaan aku.
Kini aku yakin pihak yang serang tempat ini adalah daripada pihak Zryan. Dia berpakaian lengkap bersenjata seperti skuad elit. Segala persiapan seperti mask, sarung tangan dan senjata semua lengkap di tubuhnya.
“Aku minta maaf sebab lambat beritahu musuh dah ada di hotel kita. Maafkan aku, Euria. Aku risau mereka dah buat apa-apa kat kau.” Zryan memohon maaf. Matanya jelas terpancar riak kesesalan dengan tindakan lambatnya beberapa minit tadi.
Aku geleng kepala. Bagi aku, Zryan tak lambat, dia datang tepat pada masannya. Tepat sebelum aku menjadi bahan eksperimen.
Kemudian bunyi tembakan mula kedengaran. Zryan mula mengarahkan aku untuk mengikutnya ke tempat yang selamat. Aku dibawa jauh dari kawasan tersebut.
Sebuah lorong kecil menjadi tempat perlindungan sementara kami. Aku masih terbatuk-batuk. Entah berapa banyak debu sudah masuk ke dalam kerongkong aku ni.
Zryan menatap wajahku. Dia memerhatikan setiap inci wajah dan badanku agar tiada kesan luka atau kecederaan serius.
Dia mengetap bibir. Entah kenapa aku berasa sesuatu saat melihat matanya yang masih memandang aku dengan perasaan kesal.
Dia sedang mengelurkan sekeping mask hitam dan satu botol ubat kecil.
“Aku minta maaf,” ucapnya lagi.
Aku terus pegang tangannya. Matikan pergerakan Zryan yang sedang menuang ubat daripada botol kecil itu. Dia memandang aku.
“Zryan, ni bukan salah kau. Kau datang tepat pada waktunya.” Aku cuba yakinkan Zryan.
Sejak bila dia jadi cepat bersalah macam ni?
“Euria, lepas aku dapat tahu kau dah kena tangkap, aku jadi serabut. Aku takut mereka apa-apakan kau. Kau tak tahu siapa mereka. Kau tak tahu apa benda paling teruk mereka boleh buat. Bila kau dah ada dalam tangan mereka, nyawa kau dah ada di hujung tanduk. Aku tak nak usaha aku selama ni sia-sia. Aku tak nak orang sebaik kau, jadi mangsa terkorban.”
Luahan Zryan menyentapkan aku. Aku faham apa yang dia maksudkan. Aku sendiri dah lihat dengan mata kepala aku sendiri apa yang musuh akan buat padaku tadi.
Kini kami saling bertatapan. Aku menghela nafas perlahan. “Sekarang aku dah ada kat sini. Ada depan mata kau. Kau patut bersyukur aku masih selamat dan boleh membebel kalau kau masih salahkan diri sendiri.”
Zryan kembali duduk sambil sikunya diletakkan di atas lutut. Dia cuba mengawal pernafasannya. “Alhamdulillah.” Perlahan saja aku dengar saat dia lafazkan kata syukur itu.
Setelah beberapa minit, dia kembali memandang aku. “Kau okey?”
Aku angguk. “Alhamdulillah, okey.” Walaupun masih terdapat rasa sakit-sakit di badan, aku hanya angguk kepala. Kalau cakap sakit nanti lelaki ni kembali gelabah.
Zryan hulurkan mask hitam tadi kepadaku. “Pakai ni. Kau dah banyak sangat hidu kesan runtuhan tadi.”
Aku ambil kemudian disarungkan ke muka. Kami hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk melakukan persiapan sebelum kembali melarikan diri.
Sebelum bergerak, Zryan turut memberikan aku senjata untuk melindungi diri. Kami berdua terus bergerak selepas Zryan mendapat isyarat oleh rakan sepasukannya melalui alat komunikasi di telingannya.
“Kau dapat kesan aku dengan cincin ni ke?” soalku meminta kepastian.
Aku pandang wajah Zryan yang ditutup separuh daripada mask hitamnya. Jelas kelihatan peluh yang masih menitik di dahi lelaki itu. Dia angguk kepala, mengiakan soalanku tadi.
Kini kami sedang berjalan di sebuah lorong kecil yang telah aku lalu sebelum ini. Cuma aku tak ingat ke mana lorong ini membawa kami pergi. Zryan berada di hadapan manakala aku mengikutnya dari arah belakang.
“Lepas aku dapat tahu kau dah kena tangkap, aku terus periksa lokasi kau. Bersyukur gila aku bila kau sempat aktifkan alat pengesan tu. Ikutkan hati, aku nak terus ke sini. Tapi pihak atasan tangguhkan dulu untuk buat perancangan. Sebab tu kami lambat sampai,” terang Zryan.
“Kau orang datang tepat pada waktunya.” Aku betulkan ayatnya.
YOU ARE READING
target
Science FictionMenjadi buruan. Rahsia terbongkar. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. "Jangan beritahu siapa-siapa tentang apa yang ada dalam diri kamu."