bab 5

125 7 0
                                    

“Jadi, kau sendiri tak tahu siapa yang ekori kau?” tanya Zryan.

Aku angguk. Jujur. Memang aku tak tahu gerangan yang mengekori aku. Segalanya berlaku dengan pantas. Aku terus ke sini setelah dapat mesej itu tanpa berfikir panjang.

“Keluarga kau tahu?” tanya Zryan lagi. Cuba selesaikan masalah yang di hadapiku sekarang. Lega sikit hati aku bila ada seseorang yang boleh luahkan masalah. Aku sendiri buntu dan tak tahu apa yang perlu aku lakukan.

Soalan Zryan tadi membuatkan mulutku terkunci. Kepala ditunduk lalu menggeleng perlahan. “Ibu dan ayah aku dah tak ada.” Aku anak tunggal. Mereka meninggal dua tahun lepas kerana kemalangan jalan raya. Aku sendiri terlibat sama dalam kemalangan itu. Dan hanya aku seorang yang terselamat.

Bila teringatkan semula kejadian itu, bagai ada sesuatu yang mengetuk hatiku. Di situ, pesanan terakhir ayah dan ibu padaku sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Pesanan itu bagaikan kena dengan situasi sekarang.

Zryan tersentak dengan balasan aku. “Maaf.” Lama dia senyap sebelum kembali bersuara. “Aku pun sama. Dua-dua dah tak ada. Adik pula dah lama meninggal sejak kecil,” ceritanya perlahan.

Laju kepala diangkat memandang Zryan. Tak sangka kami berdua menerima nasib yang sama. Kehilangan mak ayah dan orang yang tersayang.

“Allah uji sebab Dia sayang kita,” gumamku. Cuba beri kekuatan kepadanya, dan diriku sendiri.

Aku memandang pelanggan di meja sebelah. Kelihatan kanak-kanak kecil bersama kedua ibu bapanya. Mereka sedang menyuapkan kek antara satu sama lain. Terbit senyuman kecil di bibirku. Seperti satu gambaran sewaktu aku bersama ayah dan ibu.

Lama kami berdua berdiam diri sebelum Zryan memecahkan sunyi dengan soalan. “Kau tak tahu kenapa mereka kejar kau?” Kami kembali pada topik utama semula.

Aku telan air liur. Patut ke aku beritahu? Tiba-tiba teringatkan pesanan daripada mesej semalam. Jangan percayakan siapa-siapa. Tapi kenapa hatiku bagaikan percaya dengan Zryan? Bagaikan dia bukan ancaman pada aku.

Baru aku tersedar sesuatu. Kami berada di lapangan terbang. Di mana tempat untuk orang melancong atau menuju ke satu lokasi. Aku mengerling ke arah Zryan. Melihatkan pakaiannya, dia hanya berpakaian casual. Tiada sebarang bag atau barang yang dibawa kecuali telefon bimbit yang berada di atas meja makan kami. Zryan sedang menyisip air kopinya sambil mata meliar memandang sekeliling. Dari tadi aku nampak dia asyik perhatikan segenap ruang kafe. Macam mencari seseorang, tapi tidak pula aku bertanya.

“Zryan.” Aku panggil.

Dia mengangkat kening.

“Kau nak pergi mana?”

Dahinya berkerut. Bagai tak mengerti apa yang aku maksudkan tadi.

“You know, sekarang kita kat airport. Tempat seseorang ada tujuan lokasinya tersendiri.” Terangku menjelaskan maksud soalan aku tadi.

Terkebil-kebil lelaki itu memandang aku. Dia seperti hilang kata-kata sebelum wajahnya bertukar beriak biasa semula.

“Aku tak pergi mana-mana. Hanya di sini,” balasnya.

Giliran aku pula berkerut dahi.

“Kau tahu, setiap orang mesti ada tempat healing dia tersendiri. And here i am... airport.” Dia mendepakan tangan.

“Tempat healing kau kat sini? Airport?” tanyaku keliru. Pelik betul cita rasa Zryan. Kalau orang lain, tempat untuk tenangkan diri semestinya seperti pantai, pergi hiking, dan lain-lain. Tapi Zryan... lapangan terbang?

Zryan angguk.

“Kenapa airport?” soalku berminat. Nak tahu juga sebab kenapa Zryan pilih airport sebagai tempat dia tenangkan fikiran.

“Aku tak tahu kenapa aku suka datang sini. Mungkin sebab aku suka tengok situasi orang lain.” Zryan seperti berfikir sejenak. “Bila aku kat sini, aku boleh lihat pelbagai ragam manusia. Contohnya, ada satu keluarga bercerita rancangan mereka untuk holiday, orang berlari kejar flight, sesi air mata sebab berpisah dengan family, ada kecemasan sampai kena tempah tiket last minit, dengar pengumuman perlepasan kapal terbang dan macam-macam lagi ragam yang aku dapat lihat,” cerita Zryan panjang.

“Bila aku tengok mereka, bagaikan itu satu ketenangan untuk aku. Kita dapat tengok bagaiman kehidupan mereka yang lain. Itu buatkan aku berminat untuk datang ke sini.”

Tekun aku mendengar penerangan Zryan. Dia begitu tenang sekali apabila berbicara. Bagaikan mahu aku turut merasai ketenangan yang diceritakan.

“Aku pernah lihat sekumpulan pelajar yang akan berlepas ke bumi London. Itu semua pelajar yang dapat tawaran untuk sambung pelajaran di luar negara. Dari situ, aku dapat semangat baru untuk belajar bersungguh-sungguh sebab nak merantau ke negara orang. Bila tengok wajah sorang-sorang yang tak sabar nak berlepas, lagi buatkan aku semangat belajar.” Zryan tertawa kecil.

“Wah, tak sangka lain betul cara kau tenangkan fikiran. At the same time, kau boleh lalui kehidupan orang lain,” ujarku kagum dengan kelainan cita rasa lelaki itu.

 Biji matanya bertembung dengan mataku. “Yeah, sebab itu saja cara aku nak lalui kehidupan normal macam orang lain.”

Pernyataan Zryan menarik perhatian aku. Nak saja aku mahu bertanya lebih lanjut, tapi kami baru saja kenal, rasanya tidak ada kena mengena untuk aku tahu lebih dalam perihal peribadi Zryan.

“Kau pula?”

“Huh?” soalku blur.

“Kau nak pergi mana? Atau kau cuba larikan diri daripada orang-orang tu?” Zryan memperlahankan suaranya agar tidak didengari oleh orang awam.

Ah sudah... Apa aku nak jawab? Kalau aku tunjuk bagasi aku yang kosong ni, mesti aku digelakkan. Jari mengetuk meja. Cuba mencari alasan logik.

targetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang