“Jadi... saya ada satu permintaan pada kamu, Euria.”
Dahiku berkerut. “Permintaan? Apa tu?”
Kemudian Tuan Armand berpaling ke arah Zryan, seakan memberi isyarat. Apabila aku lihat ke arahnya, dia menelan air liur.
Zryan pandang tepat ke dalam anak mataku. “Antara salah satu misi aku adalah untuk lindungi kau, kan?”
Aku angguk.
“Kau ingat apa yang lelaki topi tu kata? Dia ada cakap tentang rancangan pasukan aku.”
Aku cuba mencari semula memori yang dikatakan Zryan. Setelah mengulang tayang apa yang lelaki topi itu katakan, baru aku teringatkan satu ayatnya.
“Tentang kemalangan dua tahun lepas, ibu ayah dia, rancangan pasukan kau...”
Aku angguk. “Dia cakap yang kau–” kata-kata aku terhenti. “Kejap. Selain lindungi aku, kau ada misi lain ke?”
Dan perlahan-lahan Zryan mengangguk kepala.
Bingo.
“Jadi, misi aku adalah untuk merekrut kau masuk ke dalam organisasi ni,” ujar Zryan mendatar.
Aku terkedu dengan permintaan itu. Aku direkrut?
“Kau bergurau ke?”
“Mestilah tak, Euria.” Tiba-tiba muncul Eiman yang entah dari mana. “Patutnya Tuan Armand dah tarik balik misi Zryan untuk rekrut kau sebab nak bagi kau hidup normal macam orang lain. Tapi adalah orang tu yang sibuk nak rekrut kau juga. Dia kata mana tahu kau nak join, kan pa?”
Mataku terus tertumpu ke arah Zryan. Dapat aku lihat warna wajahnya yang dah berubah. Sempat juga dia beri jelingan tajam pada Eiman.
Tapi itu masih tidak mengejutkan aku apabila aku dengar Eiman gelarkan Tuan Armand dengan panggilan ‘pa’.
Terkebil-kebil aku melihat mereka berdua.
“Tuan Armand tu ayah Eiman,” terang Zryan seakan tahu apa yang sedang aku fikirkan.
Mataku membulat. Serius? Wau.
“Eh, kenapa Eiman kat sini? Bukan Eira suruh ambil dia kat sekolah ke hari ni?” soal Tuan Armand pada Eiman yang sedang dirangkul kepala oleh Zryan.
Nampaknya Zryan sedang membalas dendam.
“Haah, tapi dia kata lambat lagi. Petang sikit baru pergi.” Setelah dapat larikan diri daripada Zryan, segera Eiman berlalu pergi. Takut kena tendangan Zryan pulalah tu.
“Siapa Eira?” soalku pelik.
“Adik dia. Nanti dia juga akan jadi salah seorang ahli organisasi ni selepas capai umur 18 tahun.”
“Berapa umur dia sekarang?”
“16 tahun.”
Aku angguk. Semakin berkembang nampaknya organisasi ni. Pasti semakin hebat.
“Jadi Euria... apa jawapan kau?” Zryan meminta kepastian.
Aku seakan berfikir seketika. “Apa misi saya nanti, Tuan?”
“Kamu akan jadi orang terpenting dalam organisasi ni disebabkan kebolehan kamu tu. Dalam hal lain, kamu juga boleh ikut misi-misi seperti Zryan untuk latih lagi cara kawalan kuasa telekinesis kamu.”
Tawaran itu agak menarik bagi aku. Tapi yang pasti, hidup aku akan berubah 180 darjah. Bahkan, jauh dari normal seperti kehidupan orang lain.
Setelah berfikir masak-masak, akhirnya aku beri keputusan. “Baik, saya terima untuk menjadi salah seorang ahli organisasi ini.”
Tersenyum lebar Tuan Armand dan Zryan. Mereka berdua anggukkan kepala tanda berpuas hati dengan keputusan aku.
“Selamat berkhidmat, Ejen Euria.”
YOU ARE READING
target
Science FictionMenjadi buruan. Rahsia terbongkar. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. "Jangan beritahu siapa-siapa tentang apa yang ada dalam diri kamu."