bab 10

36 1 0
                                    

Kami bertiga pulang ke rumah dengan menaiki kereta. Semua berjalan seperti biasa dan tiada apa-apa yang aneh berlaku. Kami berborak seperti biasa tentang pelbagai cerita. Sekali sekala meletus tawa apabila ada cerita yang mencuit hati.

Baru saja aku mahu melelapkan mata buat seketika, terasa kenderaan bergerak dengan lebih laju. Terus aku membatalkan niat untuk lelap dan melihat ayah yang berada di depan.

“Ayah?” soalku. Riak wajah ayah bertukar serius. Hilang sudah riak wajah yang gelak ketawa bersama kami tadi. Aku paling melihat wajah ibu di sebelah. Sama seperti ayah, serius. Tetapi ada terselit perasaan gelisah.

“Kenapa ni?” tanyaku lagi apabila mereka berdua masih berdiam diri.

Aku cuba menjenguk ke luar kereta. Seperti jangkaan aku, ada sebuah kereta yang mengekori kami. Apabila ayah masuk ke jalan lain, kereta itu masih setia mengikut.

“Ada orang ikut kita ke?” tanyaku walaupun sudah tahu jawapannya. Bibirku dikemam perlahan.

Ayah dan ibu tidak menjawab. Angguk tak, geleng pun tidak. Dan aku pasti tekaanku tepat.

“Euria, pakai seat belt,” arah ayah. Aku hanya menurut. Tarik tali pinggang keledar lalu memakainnya. Dalam hati aku berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku.

Kereta yang dipandu oleh ayah semakin laju. Aku mahu saja bersuara agar ayah memandu dengan baik, tapi aku hanya diam di belakang. Tak mahu ganggu pemanduan ayah.

Aku mencuit bahu ibu yang berada di tempat sebelah pemandu. “Siapa yang ikut kita, ibu?”

Ibu diam seketika sebelum berpusing menghadap aku yang berada di belakang. Ibu kelihatan ragu-ragu. Dapat aku dengar helaan nafasnya.

Ibu geleng kepala. “Ibu tak tahu. Ayah pun tak tahu. Tapi kami nak Euria tahu, bukan hanya kami yang tahu kewujudan kebolehan Euria. Di luar sana, ada orang yang percaya kekuasaan luar biasa ini wujud.”

Aku terkedu seketika. Ini... tentang aku. Tentang kebolehan aku.

“Siapa mereka tu?” soalku perlahan. Menatap wajah ibu yang telah menjaga aku daripada lahir. Disebabkan aku anak tunggal, aku tak boleh bayang hidup tanpa insan bernama ibu dan ayah. Aku dah terlalu berharap dengan mereka.

“Kami tak tahu, Euria. Ayah harap sangat ayah tahu dengan lebih dalam tentang mereka. Tapi apa yang ayah nak Euria buat adalah jaga diri. Jaga anugerah yang Allah beri pada Euria. Jaga amanah itu sebaik mungkin. Ada sebab kenapa Allah pilih Euria daripada berbillion manusia di muka bumi ni. Ayah tahu Euria mampu untuk jaga anugerah ni.” Ayah pandang aku sekilas sebelum fokus pada pemanduannya.

Aku tersentap. Tak tahu nak balas apa. Keadaan sekarang amat serius. Apa yang boleh aku buat adalah mengangguk kepala perlahan.

“Janji dengan kami, jangan beritahu siapa-siapa tentang kebolehan yang ada pada diri Euria. Rapat atau tidak, jangan beritahu. Melainkan Euria sendiri dah yakin dan percayakan seseorang,” pesan ibu dengan serius, merenung ke dalam mataku.

Air liur diteguk sekali. Terasa pahit sekali. “Euria janji.”

Aku bergerak sedikit ke hadapan. Menggenggam tangan mereka berdua. “Euria sayang ibu dan ayah.” Entah kenapa aku mahu tutur ayat itu. Aku mahu mereka tahu aku amat sayangkan mereka.

Ibu senyum. Tawar. “Kami pun sayang Euria.” Terasa tangaku diusap perlahan. Seakan itu adalah kali terakhir aku merasa kulitku diusap lembut oleh ibu.

Beberapa saat setelah itu, kami hanya berdiam diri. Baru saja aku mahu bertanya sesuatu kepada ayah, kelihatan sebuah kereta yang setia mengekori kami tadi memecut ke hadapan.

Kelajuan kereta itu lebih laju berbanding biasa. Kereta tersebut tiba-tiba sahaja berhenti tepat di hadapan kereta kami yang masih meluncur di jalan. Mataku membulat. Akal tak dapat berfikir dengan pantas. Mulut mahu menjerit memberi amaran pada ayah, tapi terasa tersekat di kerongkong.

Ayah cuba mengelak kereta yang dipandu daripada menghentam kereta hitam tersebut. Dengan keadaan yang panik, ayah memusing stereng kereta sehabis mungkin hingga memasuki ke dalam kawasan hutan.

Semua berlaku dengan pantas, aku ingin menjerit, memanggil dan menyelamatkan ibu dan ayah. Tetapi apa yang aku boleh buat adalah menggengam tangan mereka berdua. Kuat. Bagai tak mahu lepas. Bagai itulah kali terakhir aku dapat mengenggam kedua tangan orang tuaku.

Aku pejamkan mata seerat mungkin. Setelah itu, terasa kereta kami menghemtam sebuah batang pokok besar. Berdentum. Bunyi besi-besi kereta kemek. Tidak cukup dengan itu, kereta yang aku pasti sudah hancur, dihentam sekali lagi oleh kereta hitam tadi dari arah belakang. Kereta kami semakin kemek dan hancur. Kaca berderai. Apa yang aku nampak adalah ibu dan ayah yang sudah tidak sedarkan diri. Kepala ayah dipenuhi dengan darah yang mengalir. Kesan cermin kaca yang pecah tersusuk ke dalam kulit ibu.

Pada malam itu, adalah malam yang paling memberi kesan terburuk sepanjang dalam hidupku.

targetWhere stories live. Discover now