bab 17

22 2 0
                                    

“Kau okey aku belikan kek brownies? Itu makanan terakhir yang parents kau beli untuk kau, kan?” soal Zryan setelah sunyi menemani kami buat beberapa seketika. Dia melihat kek brownies yang tinggal separuh  dimakan olehku.

“Aku okey. Walaupun aku akan teringatkan ibu dan ayah setiap kali tengok brownies tu, tapi aku masih boleh makan walaupun memori tu selalu singgah.”

Kemudian aku lihat Zryan sedang menolak pinggan keknya ke arahku. Masih berbaki banyak lagi brownies miliknya. Aku angkat kening dengan perlakuannya.

Seakan faham dengan wajahku, Zryan membalas, “Habiskanlah. Tu kan kek kegemaran kau. Lagipun aku tak berapa minat makanan manis,” kata Zryan sambil meneguk secawan ais kosong.

Dalam hati aku bersorak kecil. Aku memang sukakan manisan. Walaupun begitu, aku tetap ada limit untuk makan makanan manis seperti brownies ini. Mencegah sebelum merawat.

“Euria... aku nak tanya boleh?”

“Tanyalah,” kataku sambil menghabiskan kek milik Zryan.

“Macam mana kau boleh tahu kau ada kebolehan ni? You know... dia datang secara tiba-tiba atau sejak lahir kau dah ada?”

Aku diam buat beberapa seketika. Perkara ni hanya ibu dan ayah sahaja tahu. Aku pandang wajah Zryan. Aku yakin dia orang yang boleh dipercayai. Setelah apa yang diterangkan olehnya, aku tidak meragui untuk letak kepercayaanku padanya.

Misinya adalah untuk melindungi aku.

“Aku tak lahir dengan anugerah ni. Sebelum ini aku pernah hidup normal sama macam orang lain. Macam kau. Pergi sekolah, berseronok, hidup macam biasa,” ceritaku ceria. Teringatkan hidupku sebelum muncul kuasa luar biasa ini. Waktu tu hidup aku sangatlah... tenang.

“Kelebihan ni muncul sewaktu aku berumur 15 tahun. Tanda pertama aku dapat dengan sakit kepala. Sakit yang teramat sakit. Rasa macam nak pecah kepala. Bila jumpa doktor, dia kata aku hanya tertekan dan tiada apa yang serius. Sampailah aku sedar sendiri kebolehan aku itu. Mulai saat itu, aku benci dengan diri sendiri.”

Wajah Zryan berubah. “Kenapa?”

 “Aku selalu hilang kawalan. Kuasa tu keluar dengan tiba-tiba tanpa aku sendiri yang rancang. Pernah suatu hari, aku cuba nak ambil sesuatu barang, tapi belum sempat aku sentuh, barang tu dah bergerak sendiri. Lebih teruk bila aku tertekan dan menangis. Semua benda yang dekat dengan aku akan jatuh, pecah, terapung dan macam-macam lagi. Aku selalu guna kuasa itu tanpa disedari aku sendiri.”

“Aku rasa aku bermasalah. Semua benda yang aku pegang, semua akan hancur.” Suaraku mula bergetar.

“Ibu dan ayah adalah orang pertama yang tahu perkara ini. Pada awal tu, mereka memang terkejut. Tapi yang buatkan aku sebak, perkara tu sedikit pun tak jejaskan kasih sayang mereka pada aku. Mereka sanggup habiskan masa dia orang untuk tolong aku kawal kebolehan ni sampai aku mahir. Sampai aku dapat kawal dengan baik. Sampai aku dapat hidup normal semula dengan terima kebolehan ni.”

“Sebab tu bila mereka pergi, aku susah nak terima. Mereka je yang ada waktu aku ada di titik terbawah.”

Suasana mula sepi setelah aku akhiri ceritaku. Dalam hati, terasa segala beban yang berat lesap begitu saja. Setelah bercerita dengan Zryan, aku dapat rasakan hatiku mula ringan.

“Allah sayangkan kau, Euria. Aku tak rasa orang lain, mahupun aku dapat tanggung peritnya ujian yang kau lalui.”

Aku senyum kecil. “Fiksikan hidup aku? Allah kurniakan anugerah yang mustahil untuk manusia lain ada.”

Zryan angguk kecil. “Lepas tu, macam mana kehidupan kau selepas tu?”

“Aku mula terima anugerah Allah ni dengan hati terbuka, sehinggalah ada orang luar tahu dan buru aku.”

Selalu juga aku menyoal, kenapa? Kenapa aku dipilih untuk dianugerahkan kelebihan ini? Apa istimewanya aku? Dan ibu kata, ada hikmah kenapa Allah beri aku kelebihan luar biasa ni yang mungkin aku tak tahu. Ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk aku gunakan anugerah Allah dengan sebaiknya. Aku tak boleh menggunakannya sesuka hati dan kepentingan diri sendiri.

Itu pesan ibu.

“Lega?” Tiba-tiba Zryan menyoal.

“Huh?”

“Lega tak hati kau bila bercerita?”

Aku gelak kecil. “Lega gila.” Terasa semua masalah hilang begitu saja.

“Tulah kau. Sibuk pendam, cuba bercerita sikit bila aku tanya tu.”

Aku angkat bahu. “Manalah tahu. Muka kau macam penjenayah. Takut cerita kat orang yang salah.”

“Muka handsome macam ni kau kata penjenayah? Kau kena cek mata ni. Tak lama lagi mesti buta.” Zryan mula bangkit membawa pinggan kek yang dimakan tadi ke singki.

“Eh, mana boleh. Kalau aku buta, lagi susah kau nak jaga aku. Aku suka berjalan. Tahu-tahu terlanggar dinding, tersepak meja,” balasku berseloroh, turut membantu Zryan mengemas.

Aku dengar suara Zryan ketawa. “Okey, kalau macam tu aku kena ikat kau kat kerusi supaya tak banyak berjalan.”

Aku mencebik. “Kejam sangat tu!”

Setelah itu, perbualan kami berdua dipenuhi gelak tawa yang ikhlas dengan celoteh masing-masing. Malam itu, hatiku berasa teramat lega. Seakan masalah kami sudah berakhir walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu ditempuhi.

targetWhere stories live. Discover now