bab 4

112 5 0
                                    

Lelaki di hadapanku memang faham akan situasi yang melanda aku sekarang. Sempat aku berpesan untuk mencari tempat yang bersembunyi sedikit untuk elakkan diri daripada jumpa semula dengan orang-orang yang cuba menangkapku seperti tadi.

Dan dia betul-betul menepati kehendak aku. Kami sekarang berada di dalam sebuah kafe yang terletak hujung sekali di dalam kawasan lapangan terbang. Bukan setakat hujung, boleh dikatakan kawasan ini memang sedikit sunyi berbanding kawasan di hadapan sana. Aku juga hampir tak perasan kewujudan kafe ini kerana lotnya sedikit kecil berbanding kedai lain.

“Kau dah okey sikit?” Lelaki di hadapan aku bersuara.

Aku angguk perlahan. Sudah kurang rasa sakit kepala tadi. Cuma pening saja masih terasa. Sampai saja kami ke sini, lelaki itu terus memesan sepinggan nasi lemak dan air kosong untukku. Dia pula hanya segelas air yang aku pasti ialah caramel latte.

Pakaiannya hanya casual. Hoodie bewarna kelabu gelap dipadankan dengan seluar hitam. Rambutnya yang sedikit panjang diikat kemas gaya pony tail. Beberapa helaian rambut di dahi terjuntai menampakkannya lebih menarik. Ketinggiannya memang tinggi. Sewaktu kami sama-sama berdiri, aku sampaikan perlu mendongak untuk memandang wajahnya.

“Terima kasih...” Aku meleretkan suara.

“Zryan. Nama aku Zryan,” ujarnya memperkenalkan diri.

Keningku bertaut. “Ziryan? Macam mana ejaan?” Namanya unik. Tak pernah lagi aku dengar nama sebegitu.

Zryan tertawa kecil. Entah apa yang kelakar hingga dia tertawa menampakkan barisan gigi putihnya itu. “Bukan Ziryan. Zryan. Z-r-y-a-n. Sebutannya zriyen,” terangnya.

Aku terangguk-angguk. Cuba lekatkan di kepala tentang sebutan nama lelaki yang telah selamatkan aku itu.

“Kau...”

“Oh, aku Euria.” Aku turut perkenalkan namaku pada Zryan. Senyum kecil.

Dia angguk. “Unik.”

Yeah, nampaknya nama kami berdua ada keunikkan tersendiri. Cuma nama lelaki itu saja susah sikit nak sebut. Kalau aku senang je. Betul tak?

“Terima kasih tolong selamatkan aku. Aku tak tahu apa akan jadi bila dia dapat tangkap aku.” Keluhan kecil dilepaskan. Kehidupan aku sekarang memang bermain dengan nyawa.

Zryan tenung aku beberapa saat. Entah apa yang dipandang, hingga aku berasa tak selesa. Sudahlah renungannya seperti seseorang yang cuba menyiasat aku.

“Apa yang lelaki tu nak? Dia cuba curi sesuatu daripada kau?” soal Zryan setelah berdiam diri. Serupa menyoal selidik. Tetapi dia berhak untuk bertanya, kalau bukan sebab Zryan, pasti aku sudah berada di tangan musuh.

Terlupa pula aku tentang situasi tangkap menangkap di kedai serbaneka tadi. Semua gara-gara sakit kepala yang tiba-tiba datang menyerang. Apa nasib lelaki itu tadi?

Aku geleng. “Tak. Dia tak ada curi apa-apa.” Aku garu kening. Macam mana nak cerita ya? Perlu ke aku beritahu tentang perkara sebenar?

Tapi aku sendiri tak tahu macam mana mahu terangkan. Aku tak tahu siapa mereka dan kenapa mereka target diri aku. Mungkin aku tahu mereka mahukan aku sebab kelebihan yang ada dalam diriku, tapi tujuan mereka masih tak dapat dirungkaikan.

Jika mereka dapat aku, apa yang mereka mahukan?

Zryan masih memandangku dengan riak keliru.

Aku hela nafas kecil. “Aku... tak tahu siapa dan sebab dia cuba tangkap aku.”

“Kau tak buat laporan pada polis?” tanya Zryan.

Aku geleng.

Zryan sandarkan tubuhnya ke kerusi, menghela nafas. Tak pasti jika nafas lega atau gelisah. Aku tak dapat tafsir riak wajahnya sekarang.

Aku mengetuk meja menggunakan jari. Masih berkira-kira untuk jelaskan perkara sebenar. Sebahagian hatiku menyuruh untuk ceritakan, tetapi separuh lagi masih ragu-ragu.

Sejak kejadian ini berlaku, aku langsung tiada siapa untuk ceritakan masalah yang aku hadapi ni. Tambahan pula aku memang tiada siapa-siapa. Tak ada orang rapat yang boleh aku kongsikan.

Termasuklah kawan. Di tempat kerja aku tiada teman rapat. Kawan baik apatah lagi. Hanya berkawan sebagai rakan sekerja sahaja. Nak lebih dari itu, tak ada.

“Aku... tak tahu macam mana nak beritahu. Mungkin kau akan pelik dengan cerita aku. Sejak tiga hari lepas, dah dua kali aku diekori oleh seseorang. Semalam aku hampir kena tangkap sama macam tadi. Dan kejadian tadi, adalah kali ketiga aku cuba ditangkap oleh seseorang.” Aku pandang Zryan. Dia teliti mendengar ceritaku. Wajahnya masih tenang menatapku.

“Tiga kali? Dan kau langsung tak buat laporan polis?” tanyanya serius. Seakan mahu marahkan tindakan aku itu.

“Aku takut. Aku tak tahu apa nak buat. Aku tak ada siapa-siapa nak cerita tentang benda ni.” Aku cuba pertahankan diri. Zryan tak boleh salahkan aku sebab tidak buat laporan polis. Aku seorang. Macam mana aku nak selesaikan perkara ni seorang sendiri?

Zryan seakan tersentap dengan alasan yang aku beri. Kemudian kepalanya diangguk perlahan. “Maaf, aku cuma terkejut kau masih berani berkeliaran sedangkan kau sedang menjadi sasaran orang.”

“Aku tak berkeliaran, ada sebab kenapa aku datang ke sini,” kataku. Teringatkan tentang mesej yang aku dapat malam semalam.

Mulut lelaki itu seperti ingin bertanyakan sesuatu, tetapi dia hanya diam setelah itu.

targetWhere stories live. Discover now