bab 3

155 9 0
                                    

Topi hitam ditarik bagi menutup wajah. Aku perlu beredar daripada sini secepat mungkin. Terus aku bergerak ke arah kedai yang dituju tadi. Langkah dilajukan. Sungguh, aku rasa tak selamat berada di tengah-tengah kawasan airport. Rasa seperti diperhatikan oleh orang ramai. Oleh mereka.

Aku pejam mata saat terdengar bunyi derap langkah di belakangku. Tapi bagi tidak menimbulkan kekecohan, aku meneruskan langkah.

Kini perasaanku berbelah bahagi. Mungkin mesej itu dihantar oleh mereka? Jadi aku sudah masuk ke dalam perangkap mereka?

Tapi bagai tak masuk akal. Kenapa mereka kata jangan percayakan siapa-siapa? Mereka ingat aku akan percaya dengan lelaki yang masih ekori aku tu?

 Jika lihat dari mata manusia lain, semestinya nampak seperti aku sedang mengejar kapal terbang yang akan terlepas. Tetapi tidak. Aku sedang melarikan diri daripada beberapa orang. Aku yakin, di lapangan terbang ini bukan lelaki itu seorang.

Aku yakin, mereka berkumpulan.

Kini aku sudah berada di dalam kedai, di bahagian makanan sejuk. Aku mengintai sedikit bagi memastikan tiada sesiapa yang mencurigakan.

Mata aku tertancap pada makanan yang tersusun rapi di dalam peti rak tersebut. Tahu-tahu saja, perutku mula berbunyi. Nampak sangat aku sudah tahap kebuluran. Aku terus membelek makanan untuk sarapan pagiku. Beberapa biji kroisan dan roti ban dimasukkan ke dalam plastik. Hanya air mineral saja dipilih sebagai minuman.

Sebaik sahaja aku ingin mengundur ke belakang, tubuhku terlanggar dengan seseorang. Mata melirik pada wajah lelaki yang berbadan tegap.

Damn.

Sepantas kilat, tanganku direntap olehnya. Aku cuba ditarik untuk ke belakang bahagian stor. Aku tak tahu di mana dia mahu bawa aku pergi. Semuanya berlaku dengan pantas sekali.

Aku cuba meleraikan tangannya yang masih kuat menggengam lengan aku. Terasa sakit apabila dia menekan dengan kuat.

Baru sahaja aku ingin menjerit meminta tolong, satu suara mematikan niatku tersebut.

“Hei! Kau buat apa ni?” Muncul seorang lelaki berpakaian hoodie coklat. Wajahnya garang, tajam merenung ke arah lelaki yang cuba menangkap aku.

Aku kenal lelaki ini. Tadi dia ada bersamaku saat aku sibuk membelek roti untuk diambil. Alhamdulillah, dia masih belum berlalu pergi.

Lelaki berbadan tegap itu merenung sebal. Pasti tak suka apabila rancangannya diganggu.

“Lepaskan dia,” ujar lelaki hoodie. Suaranya menahan geram.

Aku ingatkan dia akan lepaskan peganganku tapi sebaliknya dia cuba menarik aku untuk melarikan diri. Akibat beratku yang hanya berapa kilo, badan aku terdorong ke arah lelaki berbadan tegap itu.

Tetapi dengan cekap sekali lelaki hoodie menangkap lengan aku yang digenggam itu sebelum melepaskan tumbukan ke wajah lelaki tegap. Sekelip mata lengan aku yang dicengkam itu terlepas.

Cepat-cepat aku menjauhkan diri.

“Argh!” rungut lelaki tegap itu. Tangannya memegang bahagian mata yang menjadi sasaran tumbukan lelaki hoodie.

Dan sekali lagi, aku ditarik untuk selamatkan diri.

“Jom!” jeritnya membawa aku keluar daripada kedai serbaneka itu. Dapat aku lihat lelaki tegap itu masih mengerang kesakitan. Tanpa mengendahkannya aku pantas mengikut langkah lelaki hoodie itu membawa aku.

Dalam hati, aku berterima kasih kepada Allah kerana telah hadirkan seseorang untuk selamatkan aku.

Sekali lagi.

Langkahku semakin lama semakin perlahan. Dalam hati berdecit perlahan. Belum sarapan lagi aku sudah jalani situasi kejar mengejar untuk sekian kalinya.

Lelaki hoodie yang berada di hadapan terus berhenti saat aku sudah tidak lagi melangkah. Dia berpatah balik ke arah aku yang sudah menunduk.

“Kau okey?” soalnya.

Entah apa yang menyerang, tiba-tiba saja kepalaku terasa berdenyut. Kepala bagaikan berpusing. Sakit hingga aku tak boleh teruskan larian. Mungkin tambah dengan perutku yang kosong.

“Kepala aku...” rintihku perlahan.

Lelaki tadi menghampiriku. “Kepala kau sakit? Pening?”

Aku hanya angguk sebagai balasan. Tak mampu untuk bersuara.

“Kita cari tempat dulu. Kau belum sarapan kan? Kita cari kafe.”

Tanpa berkata apa, lelaki hoodie itu mengambil bagasi di genggaman tanganku. Dia bergerak mencari kafe diikuti oleh aku daripada arah belakang.

targetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang