Beberapa minit kemudian, telefon aku berdering menandakan seseorang sedang membuat panggilan. Aku pantas mencapai dan lihat nama si pemanggil.
Apabila mata menjamah nama Zryan, perasaan lega campur risau bertandang. Lega kerana telefon Zryan masih bersamanya dan dia buat panggilan. Risau jika pemanggil di sana bukanlah lelaki yang diharapkan. Macam mana kalau orang lain?
Demi menghilangkan rasa negatif, aku geserkan butang hijau ke tepi. Telefon dilekapkan ke telinga. Menunggu suara di talian memulakan perbualan.
“Euria?”
Suara Zryan! Keluhan lega dilepaskan.
“Zryan! Kau pergi mana? Kenapa lama sangat? Tiga jam kau tak balik, tak hantar mesej pula tu.” Laju saja mulut aku melontarkan soalan berturut-turut.
Apabila tiada sahutan di hujung talian, aku kerutkan kening. Melihat di skrin, Zryan masih dalam talian.
“Zryan?”
Kemudian terdengar tawa kecil lelaki itu. “Kau risaukan aku ke, Euria?”
Serentak itu wajah terasa panas. Kalau Zryan ada di depan muka aku sekarang, mesti dah tak tentu arah aku nak menyorok.
“Mengarut! Aku tak nak kau mati sebab aku, nanti roh kau kacau aku kat dunia ni.” Aku beralasan. Entah macam mana ayat itu yang keluar.
Tawa Zryan kedengaran lagi. Aku berdecit. Seronok betul gelakkan aku. Dahlah tadi aku bukan main risaukan dia.
Eh?
“Kau kat mana sekarang?” tanya aku lagi. Ke mana lagi Zryan pergi malam-malam macam ni? Tadi dia keluar pun jam sudah menganjak ke pukul tujuh.
“Aku dah balik. Aku call nak minta kau buka pintu,” balas Zryan di hujung talian.
Pantas aku memandang ke arah pintu penghalang tersebut. Zryan dah balik? Tak dengar pula bunyi pintu diakses tadi.
Aku mencapai tudung lalu bergerak ke arah pintu tersebut. “Oh, okey.” Setelah itu panggilan dimatikan oleh Zryan.
Selesai pastikan tudung diwajahku terletak elok, aku terus memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, mataku terus ke arah seseorang yang berdiri di depan muka pintu ini.
Mulutku ternganga. Aku pandang ke arah Zryan, kemudian mataku jatuh ke arah sesuatu yang berada ditangannya.
“Happy birthday, Euria,” ucap Zryan sambil menayangkan senyuman menawannya.
Aku masih di situ. Tegak berdiri dengan riak terkedu. Sepotong kek brownies bersama tulisan ‘Selamat hari tua!’ bewarna putih menjadi perhatianku.
Seketika aku meraup muka kemudian memandnag ke arah Zryan semula. Mulut teragak-agak mahu bicara.
“Kau lama sangat keluar tadi sebab nak buat surprise ni ke?” soalku sambil menahan debaran di dada. Mulutku masih tidak berhenti daripada mengukirkan senyuman.
Aku terkejut! Aku tak sangka, dalam situasi begini Zryan masih cuba menyambut hari lahir aku. Rasa nak menangis!
Zryan angkat bahu. “Pelan asal nak takutkan kau sebab alang-alang kau tinggal seorang. Tapi macam tak cukup masa, inilah jelah dapat buat.”
Terus aku menjeling Zryan tajam. “Memang makan penumbuk aku kalau kau berani buat!” Aku berani sumpah, aku akan belasah Zryan jika dia jalankan pelan asalnya. Sudahlah aku memang takut tinggal seorang, tambahan pula dengan nyawa yang terancam ni.
Bahu Zryan terhinjut dengan tawanya yang tak henti-henti. Dia bergerak meletakkan kek tadi di atas meja kecil. Aku perasan ada beberapa makanan yang telah disusun cantik di atas meja kecil tersebut.
“Aku ada beli makanan sekali. Yang penting, makanan sedap-sedap untuk sambut birthday kau. Jom, makan sama-sama.”
“Em... nak makan dalam bilik kau ke?” soalku teragak-agak. Segan pula aku nak melangkah masuk. Walaupun bilik kami hanya bersebelahan, tapi tetap boleh menjadi fitnah.
“Tak. Meh sini tolong aku angkat meja ni. letak kat tengah-tengah pintu. Jadi, kau dalam kawasan bilik kau, aku dalam kawasan bilik aku,” ujar Zryan.
Aku angguk-angguk kepala. Setuju dengan cadangan bijak Zryan.
Aku mendekati meja kecil tersebut. Melihat Zryan yang masih tunggu bantuan aku untuk mengangkat meja itu buatkan aku tersenyum kecil.
“Sebenarnya Zryan... aku boleh buat sendiri.” Setelah itu, aku mengangkat tangan kanan aku dan ditujukan ke arah meja kecil itu. Dengan tumpuan minda dan tangan, aku gerakan meja itu perlahan-lahan ke tengah pintu. Beberapa saat sahaja meja itu sudah terletak elok di tempat yang kami rancangkan tadi.
Zryan tercegat di tempatnya berdiri. “Aku lupa kau bukan normal,” ujarnya kemudian mengambil sebuah kerusi.
Aku turut lakukan hal yang sama. Setelah kami duduk berhadapan, Zryan ketuai membaca doa makan sebelum makanan di atas meja itu dijamah oleh kami berdua.
YOU ARE READING
target
Science FictionMenjadi buruan. Rahsia terbongkar. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. "Jangan beritahu siapa-siapa tentang apa yang ada dalam diri kamu."