bab 22

12 2 0
                                    

Klik!

Langkah kami berdua terus terhenti saat terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang. Saat aku berpaling, kelihatan dua orang musuh lengkap bersenjata merenung ke arah kami.

Salah seorangnya lelaki bertopi tadi.

Matanya teralih pula ke arah lelaki di sebelahku. Kemudian dia ukirkan senyuman.

“Ejen Zryan. Ejen yang sepatutnya dah tak perlukan khidmatnya, tapi diselamatkan oleh seorang doktor. Tak sangka kita berjumpa semula kan?”

Nampaknya lelaki ini kenal Zryan. Tapi apa maksud ayatnya sebelum tu?

“Tak sangka kau masih bertugas dengan misi ni, ingat dah kena buang.” Sinis Zryan membalas.

Senyuman lelaki itu berubah. Jelas tercabar dengan kata-kata Zryan. “Kalau bukan sebab kau dengan doktor tu, misi lama aku tak akan gagal. Masa aku tak akan terbazir sebab nak cari perempuan ni!” jarinya menunding ke arahku.

Zryan angkat bahu. “Maksudnya aku jalankan tugas dengan cekap.”

Semakin tajam pandangan lelaki itu ke arah Zryan. Aku yakin dendam yang lelaki itu simpan semakin menebal. Mana taknya Zryan pun berani balas kata-kata lelaki itu.

Aku yang berdiri di samping Zryan berkerut seribu. Aku masih tak sepenuhnya faham tentang apa yang mereka cakapkan. Tentang ibu dan ayah yang diungkit oleh lelaki itu pun masih tak tahu penjelasannya.

“Kau tak nak beritahu perempuan tu?” tanya lelaki bertopi itu mendatar.

Perhatianku tertarik dengan soalan lelaki itu. Macam ada sesuatu yang mereka berdua sorokkan.

Saat itu, aku dapat lihat wajah Zryan pula mula berubah. Tangannya digenggam kuat.

“Tentang kemalangan dua tahun lepas, ibu ayah dia, rancangan pasukan kau...”

Semakin lelaki itu meneruskan kata, semakin laju detakan jantung aku berdegup. Zryan... kenal ibu dan ayah aku? Zryan tahu tentang kemalangan dua tahun lepas?

Apa yang mereka bincangkan sekarang ni?

“Kau tak perlu masuk campur hal tu.”

Lelaki itu tertawa kecil. Suka agaknya melihat wajah Zryan yang gelabah itu. “Pengecut.”

Setelah itu, bunyi satu das tembakan memenuhi ruang kawasan itu. Terhinjut bahuku dengan bunyi kuat tersebut.

Segera aku menyembunyikan diri di sebalik dinding yang berada di situ. Cis, main serang hendap!

“Euria.”

Bunyi suara Zryan daripada alat komunikasi di telingaku kedengaran. Tadi Zryan sempat menyuruh aku untuk pakai alat komunikasi ini jika kami terpisah.

Segera aku membalas. “Aku okey. Tengah berlindung dari salah satu dinding kat sini.”

“Okey, tunggu situ. Aku selesaikan lelaki tadi.” Kemudian tiada lagi suara Zryan yang bersuara.

Aku mengintai untuk melihat keadaan di sekitar ruangan tersebut. Dari sini aku sudah dapat lihat Zryan sudah mula berlawan dengan musuh.

Pada awalnya mereka menggunakan senjata untuk jatuhkan antara satu sama lain, tetapi setelah lelaki itu berkata sesuatu, mereka berdua lemparkan senjata dan mula berlawan.

Mesti lelaki itu mencabar Zryan untuk berlawan tanpa senjata.

Tanpa berfikir panjang, aku turut ke arah lelaki itu untuk membantu Zryan. Aku dah penat tunggu orang selamatkan diri aku. Biar kali ini aku yang selamatkan diri sendiri.

Serpihan-serpihan runtuhan dinding aku jadikan senjata untuk menyerang dua orang musuh. Dengan menggunakan kudrat kedua-dua belah tangan, aku mengangkat sebanyak batu yang boleh lalu melemparkan ke arah mereka.

Tetapi, dengan semudah itu mereka mengelak. Hanya sipi-sipi sahaja batu yang mengenai tubuh mereka.

Zryan mula mara ke arah lelaki tadi. Dia cuba menendang sisi pinggannya untuk melemahkan pergerakan lelaki itu.

Pap! Dengan tendangan yang kuat oleh Zryan, lelaki itu tergolek jatuh ke belakang. Rakannya mula mendekati kami apabila rakan pasukannya mula tumbang.

“Guna ni Euria!” Aku terus berpaling ke arah Zryan. Mataku membulat apabila dia cuba mencampakkan sebaldi air ke arahku.

Mana dia dapat air dalam baldi tu?

Faham dengan arahannya, dengan pantas aku mengolah air itu dengan kebolehan yang telah ayah ajarkan padaku.

Sebelum ini memang ibu dan ayah sudah latih aku untuk mengawal semua benda yang ada. Air, barang, api, cecair dan pelbagai lagi telah aku mahir mengawal.

Tanganku menari-nari mengawal sejumlah air baldi itu di udara sebelum menyerang lelaki itu dengan sekuat hati.

Dengan tekanan air yang kuat, lelaki itu akhirnya tewas dengan pakaian yang sudah basah kuyup.

Aku cuba mengawal nafas yang mula tidak teratur. Macam mana Zryan berlawan dengan pakai mask? Hampir nazak aku cuba mencari oksigen.

Zryan beri arahan untuk teruskan perjalanan. Kami perlu bergegas mencari jalan keluar sebelum ramai lagi musuh yang akan jumpa di mana lokasi aku sekarang.

“Berbakatlah kau, Euria,” komen Zryan semasa dalam perjalanan.

Aku tayang wajah bangga. “Berkat belajar dengan ayah aku kot. Dah boleh saing-saing dengan kau kan?”

Zryan geleng kepala dengan telatahku.

targetWhere stories live. Discover now