bab 12

26 2 0
                                    

Zryan terlihat mengeluh kecil. Dalam beberapa saat dia mendiamkan diri sebelum kembali bersuara. “Kau percayakan aku?” Soalan dibalas dengan soalan.

Aku angkat kedua bahu. “Kau tahu rahsia yang paling besar dalam hidup aku. Hanya ibu dan ayah saja yang tahu tentang kuasa luar biasa yang aku ada. Aku tak pasti kau selamat atau tak.” Jujur aku. Walaupun begitu, aku yakin Zryan ialah orang yang baik. Tetapi dia masih meragukan untuk dipercayai.

“Cakap pasal tu, boleh tahan hebat kau guna kebolehan tu. Itu kali pertama aku tengok depan mata aku sendiri,” puji Zryan, nadanya terselit perasaan bangga.

Entah kenapa, tiba-tiba saja pipiku berbahang. Dalam diam aku memarahi diri sendiri. Dah kenapa aku ni? Mungkin dah lama tak kena puji. Dulu hanya ibu dan ayah yang beri semangat apabila aku menggunakan kebolehan ini.

“Bukan ibu dan ayah kau saja yang tahu. Kat luar sana, ramai percaya dengan manusia bertuah macam kau ni wujud. Segelintir daripada mereka masih sedang mencari.”

“Macam sekumpulan lelaki tadi?” tanya aku.

Zryan angguk. “Ya, macam mereka.”

Ayat Zryan tadi diulang. Sama seperti kata-kata ayah sebelum kami kemalangan. Bukan hanya ibu dan ayah yang tahu, tetapi ramai.

“Macam kau jugalah kan?” ujarku selamba. Masih tersisa rasa kecewa kerana Zryan telah menipu aku.

Zryan terdiam, beberapa saat setelah itu dia kembali bersuara. “Kau memang nak tahu perkara sebenar?”

Aku angguk yakin. Memang aku perlukan jawapan untuk tutup suara hati yang masih berlegar di kepala. Macam-macam aku fikir.

Zryan mengerling ke arah skrin telefonnya melihat maps yang terpasang. Mengikut penelitian aku, hanya tinggal beberapa minit sahaja kami akan sampai ke destinasi. Aku sendiri tak tahu di mana dia membawa aku, tetapi aku hanya diam tidak bertanya.

Aku pandang Zryan yang sudah bersedia untuk menjawab segala persoalan yang belum dirungkaikan.

“Misi aku adalah untuk lindungi kau.”

Mataku terkebil-kebil memandang Zryan. Jawapan kepada misinya jauh tersasar daripada apa yang aku fikirkan. Aku sangkakan misinya adalah untuk mendapatkan aku bagi kepentingan dirinya, iaitu untuk gunakan kelebihan yang ada dalam diri aku. Ataupun misinya ialah menangkap aku daripada jatuh ke tangan orang lain.

Senang cerita, siapa cepat dia dapat.

“Lindungi aku? Daripada apa?”

“Daripada mereka yang cuba salah gunakan orang seperti kau,” balas Zryan serius.

Otak aku cuba berfungsi. “Kejap, siapa sebenarnya kau orang ni?”

Aku dengar Zryan mengeluh. “Lambat tangkaplah kau ni.”

Aku berdecit. Salah aku pula. “Kau yang balas sekerat-sekerat. Mana aku nak tangkap? Cuba straight to the point,” bidas aku.

“Dah straight to the point pun tak dapat tangkap. Cuba guna otak sikit,” balas Zryan tak mahu kalah.

 Sempat aku dapat tangkap dia senyum mengejek. Ish lelaki ni!

“Kau tahu siapa yang cuba tangkap kau sejak tiga hari lepas?” soal Zryan.

“Kalau aku tahu, tak ada aku suruh kau terangkan semuanya.”

Zryan ketawa kecil. “Ya, sabarlah.”

Aku lihat kereta yang dipandu Zryan sudah masuk ke kawasan yang dipenuhi hutan kecil. Kami sudah mula jauh daripada jalan raya besar.

“Mereka semua adalah daripada satu organisasi rahsia. Tujuan utama mereka adalah untuk memburu semua manusia-manusia istimewa untuk kepentingan mereka tersendiri,” terang Zryan dengan teliti.

Aku sedikit tergamam. “Organisasi rahsia?”

Zryan angguk. “Ya. Sama macam kami. Aku juga daripada organisasi rahsia yang lain dengan tujuan yang lain. Kalau mereka bertujuan untuk memburu, kami pula melindungi.”

“Semua organisasi ni memang wujud?” soalku lagi.

“Ya, Euria. Tetapi organisasi kami adalah rahsia negara. Tak semua orang tahu dan hanya orang tertentu sahaja. Misi dan semua maklumat juga sangat sulit. Senang cerita, kami berkhidmat pada negara tetapi dengan cara yang tersembunyi. Kalau orang yang tak sepatutnya tahu, akibat yang teruk kami perlu hadap.”

Otak aku cuba mencerna maklumat yang disampaikan. “Apa maksud kau dengan manusia istimewa?”

“Kami gelarkan mereka manusia istimewa kerana mereka mempunyai kebolehan luar biasa yang tak semua manusia ada. Termasuk kau. Kebolehan kau adalah telekinesis. Boleh mengawal pergerakan sesuatu benda tanpa sentuhan fizikal. Kau patut bangga, Euria. Itu anugerah yang sangat hebat.”

Aku hanya senyum kecil mendengar pujian Zryan. Tetapi nak dibandingkan dengan apa yang aku hadapi, aku lebih rela tidak dianugerahkan dengan kelebihan ni.

“Jadi, organisasi kau dengan sekumpulan lelaki tadi memang tahu tujuan masing-masing?”

Zryan angkat kedua bahu. “Not really. Pada awalnya kitaorang memang tahu ada organisasi lain yang mencari orang istimewa ni. Tapi setelah buat siasatan, tujuan mereka nak dapat orang istimewa adalah dengan niat yang jahat.” Kereta yang dipandu oleh Zryan berhenti di tepi kawasan hutan kecil.

“Apa mereka akan buat kalau dapat orang macam aku?” soalku perlahan. Kini aku sudah faham. Memang benar tekaanku. Lelaki yang memburu aku selama ni kerana kelebihan yang ada dalam diri aku.

Zryan merenung aku sesaat. “Mungkin paksa kau untuk sertai mereka dengan cara yang kejam. Lakukan perkara yang salah dari segi undang-undang. Kau akan dilatih sekeras-kerasnya tanpa kerelaan kau untuk melaksanakan misi mereka tersendiri. Senang cerita, all the bad things.”

Dengar saja kemungkinan itu buatkan lututku longgar. Dapat aku rasa kegelisahan di dalam hati aku. Kini, aku benar-benar bersyukur kerana Zryan sudah selamatkan aku di airport tadi. Kalau aku berkeras tak mahu ikut dia, mungkin aku sudah berada di tangan musuh.

“Euria,” panggil Zryan. Biji mata aku menangkap sepasang mata milik lelaki itu.

“Kau jangan risau. Aku akan jalankan misi aku sebaik mungkin. Kau dah ada dengan aku,” tutur Zryan cuba menenangkan aku yang dalam kerisauan. Mungkin perkara yang telah terjadi dalam hidupku sejak sebulan yang lalu buatkan diri aku mudah berasa gelisah.

Aku angguk. “Terima kasih.”

“Jom.” Zryan membuka pintu kereta lalu beridri di luar.

Aku turut keluar walaupun hairan dengan destinasi kami. Di dalam hutan, buat apa? Berkhemah?

“Pergi mana?” tanya aku.

“Ikut je, jangan banyak bunyi.”

Aku gulingkan mata ke atas. Langkah Zryan aku turuti. Setelah beberapa langkah berjalan, mataku disapa dengan sebuah kereta Honda Civic bewarna silver yang elok di parking di dalam hutan.

“Tuan Armand arahkan kita untuk tukar kereta. Kereta tadi mungkin dah jadi sasaran musuh sebab kita keluar daripada airport. Banyak mata-mata mereka yang melihat. Untuk selamat, kita kena kaburkan pemerhatian mereka,” terang Zryan tanpa aku bertanya.

“Tuan Armand?”

“Ketua atasan aku.”

Setelah itu, kami berdua mula menukar kenderaan dan teruskan destinasi.

targetWhere stories live. Discover now