“Sebenarnya...”
Loceng pintu kafe kedengaran. Aku automatik berpaling memandang pelanggan yang baru sahaja masuk ke dalam kafe. Seorang lelaki berpakaian serba hitam. Lengkap bertopi bersama cermin mata gelap. Terdapat satu alat pendengaran di sebalik rambut hitam lelaki itu. Perasaan yang sama mula menjalar ke seluruh badan. Mata membulat. Mungkin lelaki ini... salah seorang yang mengekori aku?
Ya, aku pasti dia salah seorang. Lelaki ini aku tak pernah jumpa. Tetapi pakaian yang dikenakan sangat hampir dengan setiap orang yang cuba menangkapku. Muka kesemua mereka juga beku dan tiada riak.
“Euria? Kenapa?” Zryan menyoal. Dia turut memalingkan kepala memandang ke arah lelaki yang baru sahaja masuk. Matanya automatik membulat saat tubuh lelaki itu menyapa pandangannya.
“Zryan... aku rasa tu salah seorang yang ekori aku...” kataku perlahan. Sangat perlahan. Topi ditarik agar wajah disorokkan oleh pandangan lelaki itu. Takut jika lelaki itu dapat mengesan targetnya berada disini.
Zryan bangkit dari duduk. Dia memandang ke arahku. “Jom,” arahnya cukup untuk aku saja yang dengar. Dia jadikan badannya sebagai penghalang agar lelaki itu tidak nampak aku.
Tanpa banyak soal, segera aku bangun dan menarik bagasiku untuk beredar daripada sini. Kami melepasi pintu kafe dan Zryan membawa aku ke kawasan yang tidak mempunyai ramai manusia. Dia berjalan di sisi aku.
Sesekali, Zryan menoleh ke belakang. Mungkin memastikan kami tidak diekori oleh kumpulan penculik itu. Walaupun aku sudah melalui situasi sebegini, rasa takut dan gelisah tetap ada. Seakan kali pertama.
“Cepat, Euria.” Tiba-tiba Zryan bersuara. Langkahnya turut dilajukan. Lenganku ditarik oleh Zryan untuk mengikutnya.
Degupan jantungku semakin kuat. “Kenapa? Mereka dan jumpa aku ke?” Aku mahu berpaling untuk melihat belakang, tetapi ditegah oleh Zryan.
Zryan diam tanpa menjawab pertanyaan aku. Biji mataku melihat wajah Zryan yang hampir dengan aku. Dia betul-betul cuba memastikan aku berada dalam keadaan selamat. Lengan aku masih utuh digenggam olehnya, cuba membawa aku jauh dari lelaki tadi.
Riak wajahnya sangat lain dengan Zryan yang aku berborak di kafe tadi. Wajahnya beku dan ketat. Matanya seakan tiada sinar, hanya tajam memandang jalan dihadapan. Air peluh menitis di dahi.
Aku bingung. Kenapa Zryan macam gelabah daripada aku? Dia kenal ke dengan sekumpulan lelaki yang menarget aku tadi?
Mulut mahu bertanya, tetapi dikunci akan kerana situasi yang tidak sesuai.
Sekelip mata, kepalaku tiba-tiba sahaja berasa sakit. Berdenyut-denyut hingga mataku terpejam rapat. Rasa sakit yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Seperti ada satu batu besar sedang menghempap kepala. Tanganku memegang kepala yang dibaluti oleh tudung.
“Euria? Kenapa? Kau okey tak?” Zryan tanya. Wajahnya kelihatan begitu risau melihatkan keadaan aku. Dia membawa aku ke tempat sedikit tersorok.
Tanganku masih utuh di kepala yang masih berdenyut. Sempat mataku menangkap simbol bilik air yang berada tidak jauh daripada tempatku berdiri. “Aku ke tandas sekejap.” Tanpa mendapat balasan Zryan, aku terus berlalu masuk ke arah tandas wanita.
Sebaik sahaja masuk ke dalam tandas, aku mengeluarkan segala sisa makanan di singki. Isi perutku kembali kosong selepas makanan yang di makan tadi sudah dimuntahkan. Nasib baik tiada siapa di dalam tandas waktu ni. Mesti akan dijelingnya aku sampai nak terkeluar biji mata kerana jijik melihat sisa yang dimuntahkan.
Bibir di cuci dengan air kemudian dilapkan dengan sapu tangan milikku. Muka dibasahkan tanpa mengendahkan krim sunscreen yang di sapu sebelum keluar rumah tadi. Peluh yang mengalir juga dilapkan. Kemudian, nafas lega dihela.
Tak tahulah, sejak kebelakangan ni sering betul aku sakit kepala dan rasa ingin muntah. Mungkin tindak balas dengan kelebihanku ini?
Rasa sakit ini sama seperti pagi tadi. Tapi kali ini makin teruk. Aku tak tahu apa yang perlu dibuat. Hatiku pernah terdetik, mungkin jangka hayat aku tak panjang. Mungkin bila-bila masa saja Malaikat Izrail akan datang untuk menyabut nyawaku.
Mati bila-bila masa aje kan?
Setelah rasa sakit di kepala semakin pulih, aku kemaskan pakaianku sedikit. Tak nak nampak seperti pelarian. Nanti tak pasal aku dituduh lari daripada negara sendiri.
Aku memandang diriku sendiri dalam pantulan cermin. Mataku bertembung sesama sendiri. Biji mata bergerak pula memandang telapak tangan sendiri.
Nafas kecil dihela.
Sweatshirt hitam yang berada di tubuh badan dibetulkan bersama tudung. Nafas ditarik panjang. Semoga Allah memanbantu aku.
Kaki melangkah keluar daripada pintu tandas. Mata mengintai sedikit ke luar koridor memastikan tiada siapa-siapa yang mencurigakan.
Nafas lega dilepaskan sebaik sahaja kelihatan figura Zryan sedang berjalan ke arah aku. Mungkin lama sangat aku berada di dalam tandas sehingga dia mencari aku ke sini. Debaran di hati sedikit berkurang.
“Kepala sakit lagi?” tanyanya. Mataku melihat ke sekeliling, memastikan tiada siapa yang sedang memerhatikan kami berdua.
Aku senyum kecil sebelum geleng perlahan. “Sikit. Mereka kejar kita lagi ke?” soalku perlahan.
Zryan berdiri betul-betul dihadapan aku. Wajahnya tidak beriak dan mengabaikan soalan yang diutarakan tadi. Keningku bertaut. Pelik.
“Status, Ejen Zryan.”
Tiba-tiba aku dengar satu suara asing. Suara lelaki seakan daripada alat komunikasi. Automatik mataku melirik ke arah anggota telinga Zryan. Terdapat satu alat pendengaran dilekatkan di telinganya. Mataku membulat terkejut. Macam mana aku boleh tak perasaan?
Jantung yang sudah berdegup normal, kini kembali laju. Tangan menggigil. Otak cuba mencerna sesuatu. Tak mungkin. Aku... ditipu?
“I found her. Telekinetic one.” Suara garau Zryan menjawab bagi pertanyaan seseorang di sebalik alat komunikasi itu. Matanya merenung ke arahku.
YOU ARE READING
target
Science FictionMenjadi buruan. Rahsia terbongkar. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. "Jangan beritahu siapa-siapa tentang apa yang ada dalam diri kamu."