bab 20

20 3 0
                                    

Setelah itu, bunyi pintu dibuka dari luar kedengaran. Muncul seorang lagi lelaki berpakaian seperti lelaki tadi cuma dia tidak bertopi.

Lelaki topi tadi terus menjauhkan dirinya daripada aku. Dapat aku dengar mereka sedang berborak sebelum lelaki yang baru saja muncul mula mendekati aku.

Sekali lagi lengan aku dipegang. Lelaki itu cuba untuk mengunci tangan aku menggunakan peralatan mereka.

Aku? Memang taklah nak serahkan diri. Aku mengelak daripada tanganku dikunci. Sudahlah suka hati pegang, tak tahu halal haram betul.

“Bagi kerjasama kalau kau tak nak mati.” Akhirnya, keluar juga suara lelaki tadi setelah bergelut cuba menahan aku.

Berderau darahku saat lelaki itu menuturkan kata. Terus badan menjadi kaku, mengikut segala arahan yang diberi. Tangan aku dikunci oleh sesuatu yang seakan tali. Memang sukar untuk melepaskan diri.

Sebelum melangkah keluar daripada bilik, sempat aku senyum sinis. “Kau yakin nak bunuh aku? Aku pasti ketua kau nak aku hidup-hidup. Aku kan ada benda berharga.”

Aku yakin mereka tak akan senang-senang untuk bunuh aku. Mereka mahukan kuasa yang ada dalam tubuh aku. Paling teruk pun, mereka akan seksa diri aku untuk ikut segala arahan ketua mereka.

Seperti Zryan katakan.

Aku diseret untuk keluar daripada bilik tersebut bersama tangan diikat. Aku tak tahu di mana mereka membawa diriku. Aku hanya diam agar nyawa aku selamat.

Aku masih tak tahu siapa mereka yang sebenar. Boleh jadi mereka sekumpulan musuh yang amat kejam, yang bila-bila masa boleh cabut nyawa seseorang manusia.

Aku dibawa menyelusuri lorong-lorong putih. Beberapa buah bilik sudah aku lalu. Benda yang boleh aku puji di sini adalah tempat mereka. Bersih. Satu habuk pun aku rasa tak ada. Mereka ada sewa bibik ke di sini?

Kini aku sudah berada di sebuah bilik besar. Yang mengejutkan aku adalah tempatnya seakan sama seperti sebuah makmal eksperimen. Di satu sudut dinding, terdapat banyak skrin besar dan komputer yang menyala. Wayar-wayar yang juga turut berselirat di lantai.

Aku didirikan di hadapan sebuah kerusi. Di atasnya terdapat suatu alat yang bersambung dengan wayar besar.

Tengok saja sudah buat bulu romaku menegak. Aku pasti itu untuk diletakkan di kepala dan seterusnya, mungkin akan merosakan urat saraf otak mengikut orang-orang yang mengawal alat tersebut.

Lelaki yang memimpin aku sedari tadi mengarahkan aku untuk berdiri di situ. Kemudian dia mendekatkan wajahnya ke arahku.

“Lepas kami dapat benda berharga dalam tubuh kau, baru kami akan bunuh. Baru tak rugi, kan?” ujarnya separa berbisik di telinga aku. Sempat dia selitkan sindiran.

Darah dipam laju. Hilang sudah wajah yang cuba aku buat-buat berani. Kini aku betul-betul mahu selamatkan diri.

Daripada apa yang aku simpulkan, mereka mahu ambil kuasa yang ada dalam diri aku.

Gila. Mereka ingat ni kehidupan fantasi yang boleh pindah-pindahkan kuasa?

Aku dipaksa oleh dua orang lelaki yang lain untuk duduk di kerusi tersebut. Aku membantah. Sedaya upaya aku cuba beratkan kaki untuk tidak melangkah. Tetapi apakan daya, mereka lebih kuat untuk membuatkan aku terus turuti permintaan mereka.

Dalam hati aku tak berhenti berdoa. Aku tak tahu jika ini adalah pengakhiran hidupku. Mungkin aku masih boleh hidup, tetapi mungkin juga aku akan hidup dengan akal fikiran yang tidak lagi waras.

Dalam masa yang sama musuh sedang mempersiapkan segala wayar yang disambungkan, aku dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang amat kuat.

Bom!

Suasana tenang di dalam makmal tadi mula berubah riuh-rendah. Kepulan asap dan serpihan dinding yang pecah mula berterbangan di udara. Pandangan mata aku tak dapat lihat dengan jelas akibat habuk dari kesan runtuhan tadi.

“Aktifkan pertahanan!” Suara-suara mereka yang menjerit mula memenuhi ruang tersebut. Keadaan bertukar agak huru-hara.

Dengan kesempatan yang ada, aku pantas melepaskan diri daripada menjadi bahan eksperimen dengan fikiran yang kacau bilau.

Siapa yang serang tempat ni?

“Uhuk!” Aku terbatuk akibat terhidu kesan runtuhan tadi. Walaupun begitu, aku masih berusaha mencari jalan keluar.

Aku perlu lepaskan diri. Aku tak pasti orang yang serang itu adalah musuh atau tidak.

targetTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang