BAB 41

279 38 2
                                    

"Abang, abang turunkan lah Sara dekat bas stop tu" Mohon Sara sambil mengoyang-goyangkan lengan suaminya.

Hazzar berdecit. Tajam jelingannya. Setajam mata pisau.

"Why ? Sayang malu ke kita dah kahwin ?" Soal Harraz tanpa kerling ke arah isterinya. Geram dengan permintaan isterinya.

"Bukan macam tu. Sara tak lah diaorang fikir yang Sara kerja sini sebab nak goda abang"

"Sayang tak goda pun tapi abang yang tergoda" Jawab Harraz. Penat Harraz membantah namun Sara masih merayu.

Tepat trafik light merah, Harraz palingkan wajah ke arah Sara. Sara kedipkan matanya berkali-kali mengharapkan suaminya itu bersetuju dengan candangannya.

Harraz lepas keluhan melihat cara rayuan isterinya. Kepalanya disandar di seat. Lemah betul lah macam ni.

"Boleh ea abang ?" Sara masih cuba merayu.

Rasa mahu merajuk apabila suaminya diam. Mesti suaminya itu tidak mahu terima permintaannya.

"Dah lah Sara merajuk dengan abang. Abang memang tak faham Sara" Sara melepaskan tangannya yang mengengam lengan Harraz. Tangan naik memeluk tubuh. Wajah dipalingkan keluar tingkap.

Harraz berdecit. Merajuk pula dah. Bukannya Harraz buat apa pun. Harraz cuma nak mereka masuk ke office secara bersama. Biar jelah orang nak cakap apa pun. Harraz kerling ke arah isterinya. Sara masih tegar memandang luar. Berkira-kira dengan keputusan yang akan dibuat.

"Fine ! Abang turunkan dekat bas stop" Akhirnya Harraz mengalah. Laju sahaja kepala Sara memandang ke arah Harraz semula.

"Thank you abang !" Harraz hanya diam. Sebelum ini jika Sara membantah Harraz tetap buat apa yang Harraz mahukan namun selepas Sara menjadi isteri, hatinya ini bagaikan mudah sahaja termakan pujuk rayu Sara Sajeeda. Besar betul penangan Sara.

Tepat sahaja di depan bas stop, Sara menyangkut tali beg ke bahu. Harraz pusing ke arah Sara. Memang betul-betul degil isterinya ini. Isterinya memang nekad. Geram ada juga. Tapi malas mahu bergaduh pagi-pagi begini.

Sara mencapai tangan Harraz dan disalam. Sara lagakan pipinya dan pipi Harraz dan Harraz turut lakukan perkara yang sama.

"Bye abang. Jumpa dekat atas nanti" Ucap Sara. Harraz angguk.

Tak pasal-pasal Harraz terpaksa lakukan bagaimana dia lakukan semasa Sara merajuk tidak mahu naik bersamanya ke tempat kerja. Memastikan Sara selamat masuk ke dalam HRZ barulah Harraz bergerak masuk ke HRZ.

Harraz turun dari kereta. Kemejanya dirapikan. Mood merajuk turn on ! Pemandangan wajah Harraz yang tiada secalit senyuman itu memang sudah biasa jadi tatapan pekerjanya namun kali ini wajah itu sangat menakutkan. Macam baru lepas bergaduh dengan isteri.

Selepas tiga kali mengetuk pintu, Sara masuk ke dalam. Harraz angkat wajah apabila mendengar derapan tapak kaki.

"Abang, jam 10 nanti ada meeting dengan Direction Global" Ujar Sara. Memang suaminya sudah memberi amaran jangan memanggilnya selain abang walaupun di tempat kerja.

Harraz bergumam dan tunduk semula.

Sara bermain-main dengan jarinya. Kakinya melangkah mendekati Harraz. Sara berdiri di belakang kerusi Harraz lalu Sara melilitkan tangan pada leher Harraz. Harraz hanya membiarkan sahaja. Sedikit pun matanya tidak pandang ke arah Sara.

"Abang tak nak kawan Sara ke ?" Suara Sara betul-betul di sebelah telinga Harraz. Harraz masih diam membisu. Mahu melihat bagaimana isterinya itu memujuk.

HARRAZ'SWhere stories live. Discover now