HRZ EMPAYER
Kekecohan yang berlaku di hadapan syarikat kami semalam disebabkan berita palsu yang tersebar meluas. Segala fakta yang dikeluarkan sama sekali tidak benar. Wanita yang bersama CEO HRZ semalam merupakan isteri yang sah kepada Harraz Nufail Tan Sri Mizan.
Bergetar anak mata Nilam apabila melihat kenyataan yang baru sahaja dikeluarkan oleh akaun rasmi syarikat milik Harraz. Tidak pernah terlintas di fikirannya status tentang status wanita semalam.
"Kenapa kau kahwin dengan dia ?! Kau sepatutnya kahwin dengan aku !" Nilam membaling bantalnya ke bawah. Rambutnya diraup kasar. Tidak boleh menerima kenyataan yang baru sahaja dibaca.
Nilam bangun dari duduknya. Kakinya melangkah ke cermin besar yang berada di hujung biliknya. Wajah Harraz yang ditampal di sekitar cermin itu diusap. Wajah lelaki yang bertahta di hatinya sejak kali pertama dia bertemu Harraz.
"You patut kahwin dengan I. I sanggup buat apa sahaja untuk you" Tidak lekang matanya memandang gambar Harraz dengan penuh cinta.
Hanya sesaat sebelum wajah Nilam bertukar marah. Gambar Harraz direntap kasar dari cermin.
"Kau patut kahwin dengan aku ! Dengan aku ! Aku banyak berkorban untuk kau ! Kau tak Nampak ke ?!" Air mata Nilam jatuh ke pipi. Gambar Harraz dikoyakkan dan dibaling ke lantai. Perlahan-lahan tubuh Nilam jatuh ke lantai. Nilam menekup wajahnya pada peha. Menghamburkan tangisannya.
"Tak ! Aku akan pastikan kau jadi milik aku !" Tekad Nilam. Matanya merenung tajam ke depan. Tangannya memukul-mukul lantai. Tidak dihiraukan dengan kesakitan yang dirasai ketika ini.
Hari ini, buat pertama kalinya Sara Sajeeda melangkah masuk ke dalam HRZ beriringi Harraz. Selalunya biasa sahaja tetapi hari ini menjadi luar biasa kerana statusnya. Isteri kepada Harraz Nufail.
Seperti yang Sara sudah jangka. Apabila semua staf sudah tahu mengenai identitI Sara, layanan mereka terhadap Sara menjadi berbeza. Semasa di pantry tadi, staf suaminya yang berada di situ semuanya menunduk hormat dan menyapanya. Kekok Sara dibuatnya. Tidak pernah-pernah dia dilayan seperti itu. Selama ini, staf suaminya itu tidak pernah menghiraukan kewujudannya.
"S—Sara. Maksud saya puan. Ini surat resign daripada Azamudin" Ujar Aminah sambil menghulurkan surat yang bersampul itu kepada Sara. Sara kerut kening. Azamudin ? Azam ?
"Maksud Aminah, Azamudin descpath boy tu ke ?" Aminah angguk. Sara terkedu. Azam berhenti ?
"Bila dia hantar resign letter ni ?" Soal Sara lagi.
"Pagi tadi" Sara tidak boleh berkata apa-apa.Bibirnya bagaikan di gam. Mungkinkah Azam berhenti disebabkan kebenaran yang sudah tersingkap ? Sebab dirinya ke Azam memilih untuk berhenti ?
"Ada apa-apa lagi puan ?" Sara tersentak apabila lamunanya diganggu dengan suara Aminah.
"Kenapa panggil Sara puan ?" Soal Sara sambil memandang wajah Aminah. Aminah bagaikan tidak tentu arah apabila Sara memandangnya begitu. Selalunya tidaklah rasa takut sebegini. Aminah rasakan yang aura Sara sama seperti aura bosnya.Garang ! Padahal tidak pun.
"Sebab puan kan isteri bos" Jawab Aminah perlahan. Sara melepaskan keluhan. Ini yang tak nak ni.
"Bos Aminah yang dekat dalam bilik tu" Sara tunding jari kearah Harraz yang sedang tekun menatap layar komputer.
"Sara bukan bos awak. Bukan Sara yang bagi gaji pada awak. Jadi Sara tak nak awak panggil Sara puan or anything yang berkaitan dengan tu" Sambung Sara. Matanya menatap mata Aminah mengharapkan Aminah untuk mengerti.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...