"Abang nak rasa ke ?" Soal Sara kepada Harraz. Bukan apa lagi tadi suaminya itu memandang ke arahnya. Tak pasti pandang makanan ke pandang wajahnya.
"Boleh ke ?" Sara angguk. Sesudu nasi disuapkan ke dalam mulut Harraz. Dengan senang hati Harraz menerima suapan daripada isterinya.
"Sedap ?"
"Sedap sebab sayang yang suap" Sara kemam bibir. Pipinya berbahang. Harraz tidak pernah gagal membuat pipinya berbahang.
Sara sambung makan. Lagaknya seolah-olah Harraz tidak buat apa pada dirinya. Senyuman Harraz meniti bibir. Tangan kiri Sara diusap dan digengam.
Terhenti serta merta langkah Nilam apabila melihat adegan di depannya. Matanya terbutang. Dikedipkan matanya berkali-kali untuk menafikan apa yang dilihatnya. Kepalanya digeleng berkali-kali.
Harraz pegang tangan perempuan lain !
Bagai ditikam-tikam hatinya. Sekian lama tidak bertemu dengan Harraz, tiba-tiba hari ini nampak Harraz bersama perempuan lain. Lagi menyakitkan hati Nilam tidak pernah merasakan bagaimana wanita di depan Harraz rasakan. Pegang tangan. Senyum-senyum. Sungguh sakit hatinya.
Iphone di begnya diambil. Beberapa gambar Harraz diambil lalu kenalan ditekan. Nama Azwa ditekan dan gambar Harraz dihantar. Azwa, salah satu wartawan yang berkerja di syarikat wartawan yang agak popular. Senyum sinis meniti bibir.
"Memang mampos kau perempuan. Berani kau nak ambil Harraz daripada aku" Ujar Nilam sambil matanya menatap layar handphone.
Nilam
-Perempuan simpanan CEO HRZ Empayer, Harraz Nufail.
-Tajuk untuk artikel kau. Mesti meletop.Azwa
-Thanks babe. Kau memang paling meletop-Tau je yang aku ni tengah sakit kepala fikir artikel.
Iphonenya dimasukan semula ke dalam beg sebelum melangkah pergi. Senyuman tidak lekang meniti di bibir. Nilam akan pastikan siapa yang berani mendekati Harraz, penyesalan bagi orang itu akan tiba sekelip mata. Dan Nilam dapat rasakan yang Sara akan menyesal nanti.
Seperti biasa, Harraz akan menurunkan Sara di bas stop. Sara turun dari kereta dan terus melangkah masuk ke HRZ. Tali beg yang melorot di sangkut semula ke bahu. Tepat kaki memijak anak tangga pertama secara tiba-tiba Sara diserbu. Bukan seorang tetapi ramai. Semuanya mengelilingi Sara.
"Cik ! Apa hubungan cik dengan Tuan Harraz ?" Soalan yang dilemparkan oleh reporter di depannya itu membuatkan jantung Sara bagaikan mahu berhenti.
Kenapa tiba-tiba soalan itu yang ditanya. Sudah tersebar ke berita mengenai dirinya dan Harraz. Tapi siapa yang sebarkan ? Seingatnya tiada siapa pun di sini yang tahu status mereka selain keluarga Harraz dan Nazrul.
"Betul ke Cik perempuan simpanan Tuan Harraz ?" Seorang lagi reporter melemparkan soalan. Sakit rasanya hati apabila tuduhan tidak bernas itu keluar daripada mulut wartawan. Tuduhan itu menunjukkan seolah-olah dirinya murah.
"Kenapa mesti CEO HRZ ? Kenapa bukan lelaki lain ?" Agak kasar suara yang melemparkan soalan itu. Seperti ingin katakan yang Sara sama sekali tidak serasi untuk berganding dengan Harraz.
Bertalu-talu soalan yang diberikan. Sara bingung. Matanya ke kiri dan kanan. Pertanyaan-pertanyaan ini membuatkan Sara ketakutan lagi-lagi dengan wartawan yang mengelilingi nya.
Dalam ketakutan, tiba-tiba dahi Sara dilempar dengan telur. Berpinar kepalanya. Punyalah kuat yang membalingnya bagaikan sedang dalam acara lontar peluru. Meleleh putih telur itu ke kening dan mata Sara. Anak mata mula bergetar.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...