Sara angkat kepala apabila pintu biliknya diketuk.
"Boleh opah masuk ?"
"Masuk lah opah" Jawab Sara. Opah mendekati Sara. Punggung dilabuhkan di sebelah Sara.
"Banyak lagi ?"
"Siap dah" Ujar Sara sambil menyelesaikan lipatan bajunya yang terakhir. Baju itu dimasukkan ke dalam beg. Selepas itu Sara memberi sepenuh perhatian kepada opah.
Opah menghulurkan kotak cincin ke arah Sara. Sara memandang wajah opah dan kotak cincin itu silih berganti dengan kening yang berkerut.
"Cincin ni arwah ibu dan ayah yang bagi. Ibu kata kalau satu hari nanti dia sendiri tak sempat bagi pada Sara, ibu minta tolong opah serahkan pada Sara" Jelas opah dengan anak mata yang mula bergetar.
Sara terkedu. Bibirnya tidak boleh keluarkan apa-apa perkataan ketika ini.
"Sara pakai ya ?" Perlahan-lahan tangan Sara mencapai kotak cincin itu.
Kotak itu dibuka. Terdapat ukiran SS di cincin itu. Sara pasti itu ialah namanya, Sara Sajeeda. Anak mata mula bergetar. Cincin itu diusap.
Opah mengusap bahu Sara. Menyalurkan kekuatan walaupun sebenarnya opah juga tidak kuat. Sara memeluk batang tubuh opah. Tidak dapat menahan tangisan. Air mata mula membasahi pipi. Opah masih mencuba untuk memujuk Sara dengan mengusap belakang badan Sara.
Akhirnya Sara sendiri yang melepaskan pelukkan. Sara menyeka air matanya. Opah turut menyeka air mata. Diusap tangan Sara.
"Jadi isteri yang baik dan soleha ya ? Doa opah akan sentiasa mengiringi Sara. Kalau ada masalah selesaikan cara baik. Kalau boleh bila ada masalah tu jangan cerita atau kongsikan dengan orang lain sebab itu hal rumah tangga Sara. Andai Harraz lukakan hati Sara, Sara berdepan dengan dia. Sara bagitahu apa yang buatkan hati Sara terluka. Katalah Sara tak kuat, opah ada selalu dengan Sara. Datang pada opah" Pesan opah. Terangguk-angguk kepala Sara mendengarnya.
"Opah dan atuk akan selalu capai tangan Sara kalau Sara terkapai-kapai. Sara jangan risau ya ? Hidup rumah tangga ni memang banyak ujian. Ujian tu semua untuk membuatkan kita kuat dan mampu untuk terus menjaga rumah tangga kita. Doa dan selalulah mengadu kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baiknya pendengar" Pesan opah lagi sambil mengelus kepala Sara. Kedua pipi Sara ditekup sebelum opah melabuhkan ciuman pada pipi Sara.
"Terima kasih opah" Opah senyum. Diusap bahu Sara.
"Opah keluar dulu ya ?" Sara angguk. Opah angkat punggung dah berlalu keluar dari bilik Sara.
Ralit Sara merenung cincin yang berada di dalam kotak itu. Diusap cincin itu.
Harraz melangkah masuk ke dalam bilik. Matanya menatap isterinya yang sedang ralit dengan cincin. Harraz labuhkan punggung di sebelah Sara.
"Sayang" Sara tersedar dari lamunan. Kepalanya ditoleh ke arah Harraz.
"Cantik tak cincin ni ?" Soal Sara sambil menunjuk cincin ke arah Harraz. Harraz angguk.
"Arwah ibu ayah yang minta opah bagi saya cincin ni" Jelas Sara dengan suara yang mengendur. setiap kali menyebut ibu dan ayah pasti kesedihan akan menghurungi diri Sara.
Harraz mengusap bahu Sara.
"Awak nak sarungkan tak ?" Soal Sara sambil memandang Harraz.
"Sure"
Harraz mencapai cincin itu. Telapak tangan Sara diletak di atas tapak tangannya. Cincin itu disarung di tangan Sara. Selepas itu tangan Sara dibawa ke bibir dan dicium.
YOU ARE READING
HARRAZ'S
Non-Fiction"Satu-satu Sara sayang ibu, dua dua, Sara sayang ayah tiga-tiga sayang opah atuk. Satu dua tiga sayang abang Raz" - Sara Sajeeda. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka menetap bersama neneknya di kampung. Bermula dengan berjiran akhirnya mengi...