Dohyuk Ai by me 🥰
Siwoo dengan berhati-hati melangkah ke arah hadapan rumah dari sisi kanan. Siwoo bersembunyi di balik dinding, tetapi tiada keliatan siapapun di luar rumah.
Sean yang berjalan dari sisi kiri juga telah sampai di hadapan rumah. Mereka saling melihat. Siwoo memberi isyarat cari apa-apa cara buat naik ke atas. Kerna Siwoo terliat ada dua balkoni di sisi kanan dan kiri di lantai dua.
Sean mengangguk faham. Mereka lalu mencari jalan buat naik ke balkoni atas. Siwoo berjalan perlahan di balik dinding dan setiap ketemu jendela, Siwoo akan meliat ke dalam. Sepertinya tiada siapa di lantai bawah.
Siwoo bergerak ke arah sedikit belakang rumah sambil meliat-liat jika punya tiang ato saliran paip yang bisa dipanjat. Akhirnya dia menemui sesuatu. Ada satu tiang saliran paip dari bahagian tepi dapur. Dia tetapi tiangnya sedikit tinggi.
Dia meliat liat jika sesuatu yang bisa dia gunakan buat panjat dan mencapai tiangnya. Tetapi tiada apapun. Sean udah kembali ke arah Siwoo kerna tiada apa-apa di sisi kiri.
" Siwoo, kau panjat ke pundakku dan naik ke atas. Soalnya kau lebih kecil berbanding tubuhku.. " Sean berbisik kepada Siwoo.
" Baik. Kau perhatikan isyaratku dari atas ya jika aku menemui sesuatu apa ga. "
Sean mengangguk faham. Dan kemudian langsung membongkokkan badannya. Siwoo memanjatnya dengan hati-hati.
Siwoo dapat mencapai tiang saliran paip tersebut. Dengan hati-hati dia memanjat ke atas. Sehingga dia dapat berpijak di salah satu jendela, dia terdiam seketika. Matanya membulat.
Di balik jendela itu jelas kelihatan Dohyuk yang lagi berbaring di atas kasur tanpa pakaian. Lehernya dirantai. Kakinya dirantai. Tubuhnya memar memar semua.
Bibir Siwoo bergetar menahan marah. Tubuhnya gemetaran.
" Pssst Siwoo! " Sean memberi isyarat. Siwoo menolehnya lalu mencari jalan ke balkoni. Alhirnya dia dapat ke arah balkoni.
Siwoo berjalan perlahan sedikit hadapan dan keliatan ada dua laki-laki tinggi berbadan sederhana besar lagi duduk berdua, sambil ngobrol dan ngerokok. Mereka bermain kad.
Siwoo dengan perlahan berbalik ke hujung balkoni menemui Sean.
Siwoo memberi isyarat kepada Sean, ada dua laki-laki lagi menjaga pintu bilik. Di dalam bilik ada Dohyuk lagi tidur. Siwoo memberi isyarat buat Sean mengetuk pintu di bawah dan gunakan apa-apa cara buat dua laki-laki itu turun. Siwoo berhasrat mau memecahkan kaca jendela menggunakan dumbell yang dibawanya di dalam tas.
Sean sepertinya faham apa yang dimaksudkan Siwoo lalu perlahan-lahan menuju ke arah hadapan rumah.
Sean punya ide mahu menyamar jadi seolah-olah menjual sesuatu. Jadi dia bisa melengahkan laki-laki di dalam rumah itu sementara Siwoo mencari jalan ke arah Dohyuk.
Siwoo yang di atas kembali ke arah jendela berdekatan dua cowo itu dan menunggu sehingga mereka keduanya turun dan mahu memecahkan jendela dan seterusnya memasuki bilik dimana Dohyuk berada.
Tock! Tock! Tock! Pintu rumah itu diketuk.
Dua cowo yang sibuk bermain kad itu terkejut. Mereka berdua perlahan-lahan turun ke bawah.
Siwoo langsung ke arah hujung balkoni dan mengeluarkan dumbellnya.Sementara Sean di bawah berlagak seperti seorang penjual. Mujur di celananya punya kartu nama nya dan perusahaannya di Melborn. Dia cuman berharap mereka berdua tidak memberi perhatian bahawa kartunya bukan dari negara luar.
Dua jejaka itu membuka pintu dengan wajah berjaga-jaga. Di belakang badan, mereka udah bersedia dengan senjata tajam.
" Hi selamat pagi tuan, saya Sean Wen dari syarikat terkenal di kota ingin menanyakan jika tanah di sini mahu dijual? Saya melihat keluasan kawasan ini sangat sesuai buat membangunkan kilang kami yang akan datang..
" Sean memulakan lakonannya.Siwoo dengan sedaya upaya mengetuk kaca jendela. Retaknya sediki demi sedikit.
Dohyuk yang lagi tidur, terbangun. Dia meliat seseorang sedang mengetuk salah satu kaca jendela biliknya. Tetapi kerana rantainya tidak cukup panjang, dia tidak dapat melihat siapa di balik jendela.
Setelah beberapa kali percubaan, kaca akhirnya pecah. Siwoo menendang sisa kaca yang tidak pecah dengan kakinya. Setelah ruangnya pas seukuran badan, Siwoo langsung masuk melewatinya.
Dohyuk terkejut. Siwoo di depan matanya.
" Si.. woo.. " Mata Dohyuk berair. Dia tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Siwoo langsung mendekati Dohyuk dan memeluknya.
" Sabar aku coba pecahkan rantai ini dulu " kata Siwoo. Dia lalu coba memukul rantai menggunakan dumbell yang sama.
Tetapi kerana bunyi pecahan yang agak kuat, salah satu penjahat yang menjaga rumah itu naik ke atas.
" Ah bunyi apa itu? " tanya Sean berpura-pura.
" Tiada apa. Maaf anda sila pergi kami tidak berminat. " jejaka satunya lagi mahu menutup pintu dan juga naik ke atas tetapi pintunya di tahan Sean.
" Tuan tunggu dulu, ini saya nak bagi kertas promosi, kalau-kalau tuan berminat.. " Sean mengeluarkan sesuatu dari celana bahagian belakang.
Spreiiiii! Dengan cepat Sean sprai pemedih mata ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu menjerit kesakitan. Sean kemudian menendang lelaki itu beberapa kali sehingga lelaki itu tidak banyak bergerak. Sean langsung berlari ke lantai atas.
Di hadapan bilik terlihat Siwoo sedang bertarung dengan seorang lagi lelaki. Tetapi kerana Siwoo berbadan kurus, posisinya sangat bahaya dan dia dipukuli beberapa kali. Sean dengan cepat menarik lelaki berkenaan. Mereka pula bertarung berdua.
Siren polis udah kedengaran dari jauh. Akibat terlalu kaget, penjahat itu mengeluarkan pisau. Dia berniat mau menikam Sean dan melarikan diri.
Siwoo yang melihat jejaka itu mengeluarkan pisau dari celana belakang langsung bangun dan berlari ke arah Sean. Dia menolak Sean untuk menjauhi penjahat itu tetapi Siwoo yang tertikam di bahagian rusuk kirinya.
" Siwoo!!!!! " Dohyuk menjerit melihat Siwoo ditusuk depan matanya.
Penjahat itu langsung keluar ke arah balkoni dan melarikan diri. Sean mengangkat Siwoo yang menahan kesakitan.
" Siwoo!!! Sean panggil ambulan!! " jerit Dohyuk. Dohyuk berdiri dan coba berjalan ke arah Siwoo yang berbaring di samping Sean. Sean menjerit memanggil polis dan meminta mereka memanggil paramedik.
Pandangan Siwoo memudar tetapi dia melihat ke arah Dohyuk di depannya. Kerna kaki Dohyuk dirantai, Dohyuk tidak dapat menuju ke arah Siwoo.
" Siwoo!!! Jangan tutup matamu. Liat aku! Tetap bersamaku Siwoo! Jangan tutup matamu! " Dohyuk menjerit sambil menangis.
" Dohyuk aa... " pandangan Siwoo semakin kabur..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
nota penulis : nyesek banget. Siwoo! 🤧😭
-Ququrie-
KAMU SEDANG MEMBACA
My Suha Side Story - Fanfic
Fiksi PenggemarLanjutan My suha side story versi Fanfic. Enjoy.