Bab 3

517 26 0
                                    

    Farisya telah siap kemas kesemua barang-barangnya memandangkan dia akan duduk di rumah sewa yang diberikan oleh CEO syarikat.

Dia memerhati gambar keluarganya sebelum letak di dalam luggage. Kemudian dia mengambil satu klip reben besar dan klipkan di rambutnya.

  Kemudian dia melangkah keluar dari biliknya bersama luggage.

Maira hanya memerhati wajah adiknya yang begitu cantik dan comel menuruni tangga dengan senyuman yang sangat manis.

"Good morning kakak!" sapa Farisya gembira kepada kakaknya. "Morning baby, dah ready nak kerja?" tanya Maira lembut.

"Dah! Tak sabarnyaa!" kata Farisya gembira. "Nanti sampai sana jaga diri, jangan gatal" kata Faizul yang baru sahaja turun daripada bilik.

"Hehehehe, don't worry! Adik pandai la jaga diri!" kata Farisya. Syafiq hanya menggeleng perlahan dengan ketawa kecil.

Seusai sarapan Farisya meletakkan luggage nya di dalam but kereta. Kemudian Farisya melangkah kearah adik beradiknya untuk bersalam sebelum gerak. "Adik gerak dulu, Assalamualaikum" kereta yang dipandu oleh Farisya bergerak meninggalkan perumahan mereka.

"Waalaikumussalam," serentak mereka bertiga menjawab. Maira memandang kearah dua abangnya dengan wajah yang serious. "There's a mission tonight, Tengku Amir just give it to us.... We need to get ready," kata Maira sebelum melangkah masuk kedalam rumah.

Syafiq dan Faizul hanya mendiamkan diri selepas mendengar arahan itu. Mereka perlu bersiap-siap kerana malam ni adalah pertaruhan yang sangat kejam.

************************************

    Tiba di syarikat Miracle's Holding. Farisya terus bergegas memasuki syarikat tersebut sebelum boss nya tiba.

Sementara menunggu lift, ada panggilan message masuk. Farisya membukanya dan melihat nama tersebut 'Boss Raphael'.

Raphael - Where are you?

Farisya - Ada dekat lift boss! Lift ni lambat sikit.

Raphael - faster.

Farisya menutup telephone nya semula dan masuk ke dalam lift. Tiba di tingkat 21, Farisya terus ke bilik bossnya Dan diketuk.

Tok! Tok! Tok!

  Farisya memasuki pejabat selepas Raphael memberikan kebenaran untuk masuk.

"Selamat pagi Tuan," ucap Farisya sambil menunduk sikit kepalanya. Raphael hanya memandangnya Tanpa berkelip. 'Kenapa Aku rasa macam tak kena je ni?' bisik Farisya dalam hati.

"Duduk" kata Raphael sepatah sambil menunjukkan arah meja kerja Farisya yang berada di dalam pejabat tersebut. Boleh tahan besar jugak pejabat ni.

  "Qi, file?" tanya Raphael selepas Farisya duduk di kerusi meja kerjanya. Rizqi menghulurkan satu fail dan beri kepada Farisya. "Kau siapkan benda ni, pukul 2 petang aku ada meeting" Raphael memberi fail kepada Farisya.

"Baik tuan," Farisya terus membuat kerjanya. "Kau dah kahwin?" Farisya mengangkat kepalanya selepas mendengar soalan daripada Raphael.

"Belum Tuan, kenapa?" tanya Farisya yang sedikit pelik. Dah kenapa tiba-tiba tanya pasal kahwin? Buang tabiat ke apa boss aku ni?

"Takde pape, teruskan buat kerja" jawab Raphael sebelum bergerak semula ke meja kerjanya.

Rizqi mengerutkan dahinya apabila abangnya tanya tentang soal kahwin. Oh ye.... Dia dah terobsessed dengan perempuan tu. Mampus laa...memang jadi nightmare laa budak perempuan tu.

My StarWhere stories live. Discover now