"Bismillah" Farisya menutup matanya sebelum mengangkat alat itu.
Perlahan-lahan mata dibuka. Farisya terkejut setelah melihat keputusan itu.
Pregnant
||
"Alhamdulillah" mengucap Farisya perlahan. Gembira melihat keputusan yang positif dari alat ujian kehamilan itu.
Adakah ini sebabnya mengapa dia selalu tidak dapat mengawal emosi? Selalu mengidam yang pelik-pelik?
Farisya tersenyum lebar sebelum menyimpan alat ujian kehamilan itu kedalam sebuah kotak kecil. Dia mahu membuat kejutan pada suaminya.
Ting tong!
Senyuman manis terukir sebaik sahaja mendengar bunyi loceng rumah.
Farisya turun kebawah dengan laju sebelum pintu rumah dibuka. "Abang dah balik-"
"Congratulations sayang" ucap Raphael sambil melutut bersama sejambang bunga dihulur.
Farisya berasa pelik. Suaminya sudah tahu ka??
Raphael tergelak kecik melihat wajah isterinya. Pelik la tu macam mana dia boleh tahu.
"Pelik ke macam mana abang boleh tahu?" tanya Raphael diakhiri dengan ketawa kecil.
"Ya la, siapa je yang tak pelik bila suami dia tahu walaupun isteri dia tak bagitahu?" ujar Farisya selepas mengambil sejambang bunga daripada Raphael.
Raphael bangun daripada melutut sebelum tersenyum nipis. "Firasat suami sayang" ujar Raphael mencium pipi putih Farisya.
Farisya menarik tangan suaminya menuju ke ruang tamu.
Kotak kecil diambil dan diberikan kepada suaminya. Perlahan-lahan Raphael membuka kotak kecil itu bersama senyuman lebar.
Tanda positif itu dipandang, sumpah dia berasa sangat gembira sekarang. "Awak rasa kan, apa agaknya ya jantina baby kita nanti?" tanya Farisya.
"Kenapa?" tanya Raphael semula.
"Nothing just wanna know" ujar Farisya sambil tersengih. Raphael mengerut namun dibiarkan sahaja.
"Awakkk, lapaarr nak makan ramen dekat Pokku Dessert tuu" renget Farisya. Mula dah mengidam dia!
"Ibu mengandung tak boleh makan pedas" kata Raphael menarik isterinya untuk duduk diatas sofa.
"Tapi.."
"Tak ada tapi tapi" potong Raphael menyimpan alat ujian kehamilan itu kedalam kotak semula.
Farisya menunduk memandang lantai. Air mata sudah mula bergenang. Raphael yang seakan perasan itu terus menghela nafas panjang.
"Okay fine, abang belikan" mata Farisya terus bersinar. "Only this time okay?" ujar Raphael sebelum mencapai kunci motor dari atas meja.
Farisya angguk dengan laju. Senyuman masih terukir dibibirnya. Gembira!
Raphael terus melangkah keluar untuk membeli makanan kegemaran isterinya. Tengah mengandung pun nak makan benda pedas.
Selepas sahaja suaminya keluar, dengan pantas Farisya mengambil telefon bimbitnya untuk membuat panggilan.
Nombor kawan baiknya di tekan sebelum diletakkan ditepi telinga. Panggilan diangkat.
"Hello?" sapa Melur dalam talian.
"Wei beb! Aku ada berita paling gembira ni!" kata Farisya dengan teruja. Melur yang didalam talian sudah bingung dengan kawan baiknya. Berita apa pulak ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...